Semakan untuk menghadiri Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) sudah boleh dilakukan menerusi portal semakan di sini - https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

Jika anda merupakan ibubapa mahupun murid yang telah memohon untuk memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), pastikan telah mendaftar dan memohon untuk menjalani ujian UKKM sebagai syarat kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM.

Format Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Tingkatan 1 2020

Semakan Online Kemasukan Tingkatan 1 MRSM

Kemasukan ke MRSM pada tahun (2020) ini mewajibkan calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi dan minat calon.

UKKM melibatkan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta Ujian Keperibadian. Bagi pemohon yang memohon program Ulul Albab pula diwajibkan untuk menduduki Ujian Hafazan sebagai syarat tambahan.

Calon perlu lulus keempat-empat UKKM untuk melayakkan diri dipertimbangkan memasuki MRSM dan keutamaan diberikan kepada golongan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Info UKKM 2020

Amnya ujian ini adalah seperti di bawah:

Format Soalan UKKM Mara Tingkatan 1

Semua soalan adalah soalan objektif dan ia merupakan ujian bertulis dan bukan ujian berkomputer atau ujian online. Jadi, kena pastikan membawa alat tulis untuk ujian UKKM ini.
Pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah dan memudahkan urusan UKKM dilaksanakan dengan sempurna.

Permohonan secara online bagi Tingkatan 1 dibuka mulai 24 Ogos 2020 hingga 4 Disember 2020.

Buat calon yang telah mengetahui tempat untuk menduduki UKKM ini, berikut adalah beberapa arahan am yang perlu diambil perhatian:

Calon perlu memakai pelitup muka, pakaian seragam sekolah yang lengkap dan kemas serta mematuhi penjarakan fizikal semasa berada di pusat ujian yang telah ditetapkan.

Calon perlu mengikuti SOP PKPP pusat ujian UKKM masing-masing.

Perlu diingatkan, hanya calon sahaja dibenarkan untuk mendaftar.

Calon diwajibkan membawa:

  1. Borang Deklarasi Kesihatan (Covid-19) yang telah lengkap diisi bagi setiap individu yang hadir ke pusat ujian. (Boleh rujuk dalam lampiran disediakan beserta borang UKKM). 
  2. Surat panggilan menduduki ujian UKKM dan Ujian Khas Ulul Albab.
  3. Kad pengenalan calon (MyKad/MyKid)
  4. Alat tulis (pensil 2B atau BB, pemadam pensil dan pengasah pensil)

Calon perlu berada di pusat ujian UKKM 15 minit lebih awal untuk taklimat sebelum ujian.

Calon tidak dibenarkan membawa masuk sebarang peranti elektronik (telefon pintar, jam pintar, pemain MP3/MP4, kamera dan lain-lain) ke bilik ujian.

Calon digalakkan untuk membawa makanan dan minuman sendiri sebagai kudapan ketika waktu rehat.


Maklumat berkaitan program pendidikan menerusi MRSM boleh dimuat-turun percuma di sini - https://anyflip.com/hfwhx/ztjy/

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Perkongsian yang baik terutamanya yang akan menjalani ukkm kan

    Jemput singgah www.rancangantivi.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement