Getah peti ais anda rosak? Pintu peti ais dah tak boleh tutup dengan rapat? Aha .. usah risau dan gusar. Getah peti ais tu mudah je nak ganti, malah anda boleh melakukannya sendiri. Betul ni, memang mudah sebab saya dah melakukannya.

Ok, buat anda yang ada masalah ini, bolehlah baca perkongsian daripada saya ni tentang cara-cara nak ganti getah peti ais tu, in Sha Allah .. anda tidak perlu nak panggil technician kedai letrik untuk menggantikannya. Jimat kos upah gitu.

Panduan Untuk Ganti Getah Pintu Peti Ais di Rumah


Peti ais saya dah lama bermasalah bila pintunya gagal nak tutup dengan sempurna. Bila ini berlaku, selalulah juga berhadapan dengan barang yang disimpan dalam peti ais rosak dan gagal untuk sejuk dengan sempurna.

Bukan itu sahaja, bil elektrik juga meningkat kerana pintu peti ais yang tak dapat nak ditutup dengan rapat, apatah lagi bila anak-anak sering buka tutup peti ais sepanjang hari terutama waktu cuti.

Jenuh juga saya nak periksa pintu peti ais setiap kali anak-anak ke dapur, terutama bila si kecil sesekali nak dapatkan sesuatu di dalam peti ais.


Cara Nak Ganti Getah Pintu Peti Ais

Ok, pertama sekali dalam langkah nak ganti getah peti ais ini ialah dengan mendapatkan getah pintu peti ais yang sepadan dengan saiz pintu tersebut.

Saya telah mendapatkan getah pintu peti ais menerusi Shopee. Ada seller yang menjual alat ganti untuk getah pintu peti ais ini. Harganya juga lebih murah dari apa dijual di kedai elektrik, bergantung kepada jenis dan juga saiz.

Baik.

Sebelum ingin membeli getah gantian ini, apa yang perlu anda buat ialah dapatkan dulu saiz yang sesuai. Biasanya seller akan meminta anda untuk menyatakan jenama peti ais anda.

Semak Saiz Pintu

Makanya, anda boleh rujuk pada label yang ada dilekatkan pada sisi pintu peti ais atau peti sejuk anda. Ambil gambar label tersebut dengan telefon anda. Lihat contoh di bawah ini:

Cara Ganti Getah Pintu Peti Ais yang Rosak


Jadinya, sebelum anda membeli dari seller, tanya dulu (chat) dengan seller tersebut samada ada menjual getah pintu untuk saiz tersebut. Anda cuma perlu hantarkan sahaja gambar label seperti contoh di atas

Kat Mana Nak Beli Alat Ganti Getah Pintu Peti Ais?

Sebagai memudahkan anda, saya syorkan anda mendapatkan alat ganti getah pintu peti ais pada seller yang saya beli sebelum ini, boleh klik pada butang pautan disediakan di bawah ini:



Jangan risau, ni dari seller tempatan, kalau tak silap saya ... kilangnya di Johor...hehe .. saya dah selidik dah siap-siap buat anda. So no worry. Penghantaran, in Sha Allah cepat.

Dan seller ini akan membantu anda jika ada masalah menerusi ruangan chat. Jadi, jangan segan-segan nak chat.

Ingat ya, sangat penting untuk anda kenal-pasti saiz pintu tu, kalau tidak nanti, getah pintu yang anda beli tak muat atau tak mampu berfungsi dengan baik.

Apabila barang dah sampai. Apa yang perlu anda buat ialah tanggalkan getah pintu peti ais yang rosak. Anda cuma perlu tarik sahaja getah tersebut dari pintu.

Kemudian, anda perlu bersihkan ruangan letakkan getah tersebut daripada sebarang kekotoran. Anda boleh sahaja gunakan gel pencuci pinggan mangkuk dan juga air. Lap sehingga kering.

Kadang Getah Pintu Baharu Melengkung/Tidak Berbentuk Empat Segi

Oh ya, lupa pula satu perkara. Jika getah gantian yang tiba pada anda agak melengkung, jemurkan dulu seketika (2-3 jam). Ia bagi melembutkan ia supaya berada pada saiz yang betul.

Selepas ruangan dibersihkan, anda masukkan getah baharu dengan bermula dari penjuru bawah. Tekan sehingga ia benar melekat pada celahan yang disediakan. Biar getah itu merapat tanpa ada sebarang regangan.

Tak berapa nak faham?

Boleh rujuk pada video di bawah ini:


Nampak tak?

Bila dah masuk elok, uji samada getah yang telah diganti boleh melekat atau tidak. Jika dah terus boleh, alhamdulillah. Jika masih belum, periksa samada semua bahagian telah dipasang dengan kemas. Pastikan tiada gap atau seperti nak tercabut.

Ambil Masa Untuk Lekatan Sempurna dan Kuat

Tutup pintu dan biarkan selama beberapa ketika. Ia akan ambil masa untuk berfungsi dengan baik. Saya sendiri, awal-awalnya tu tak berapa nak melekat, tetapi lama kelamaan, ia melekat dengan kuat sehingga anak kecil saya susah dah nak buka peti ais sendiri seperti selalu dia lakukan.


Katakan selepas anda ikut semua langkah dan panduan saya berikan di atas itu, anda boleh chat dengan seller untuk lebih kepastian dan cara untuk selesaikan masalah (jika ada). Saya sendiri berhubung dengan seller tersebut menggunakan whatsApp. Malah, pihak seller yang hubungi saya terlebih dahulu untuk pastikan saiz getah pintu yang betul sebelum mengesahkan pembelian/penghantaran.

Selepas saya dah buat gantian getah peti ais yang rosak tu dengan sendiri, saya rasa ia sebenarnya tak sesusah mana. Memang senang ya amat.

Yang penting ialah ... kena dapatkan saiz getah pintu peti ais yang betul, jika saiznya tak kena ... memang tak bolehlah nak diganti.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Wahh thanks for the info. Baru tau kita boleh tukar sendiri getah tu

    ReplyDelete
  2. Tenkiu share info ni. Tengah cari solution untuk tukar getah pintu ais jugak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement