Perak Man dah kembali ke tempat asalnya di Lembah Lenggong, Perak? Jika anda seorang yang meminati kisah prasejarah, pastinya telah kenal dan mengetahui sedikit sebanyak mengenai Perak Man ini. Perak Man adalah gelaran diberikan kepada satu rangka manusia zaman Paleolitik, yang ditemui pada tahun 1991.

Perak Man adalah rangka manusia lengkap paling terawal ditemui di Asia Tenggara. Penemuannya adalah dari hasil kerja-kerja ekskavasi (excavation) atau penggalian di Gua Gunung Runtuh, beberapa kilometer ke utara pekan Lenggong pada ketinggian 105 meter dari paras laut.

Jenguk Rangka Perak Man Yang Kini Telah Kembali ke Lenggong

Galeri Arkeologi Lembah Lenggong

Perak Man asalnya ditempatkan dan dipamerkan di Muzium atau Galeri Arkeologi Lembah Lenggong sebelum ianya dipinjamkan ke Muzium Negara. Ketika Perak Man dipinjamkan, muzium ini telah ditutup sementara untuk kerja naik-taraf dan penambah-baikkan.

Setelah sekian lama dipinjamkan, akhirnya Perak Man kembali ke Galeri Arkeologi.. yang saya pun tak tahu bila ia dikembalikan... huhu.

Perak Man, Penemuan Unik Rangka Manusia Zaman Batu Hampir Lengkap di Asia Tenggara

Perak Man



Untuk info, Perak Man adalah satu penemuan yang unik dan menjadi antara penemuan penting berkaitan wujudnya tamadun awal di zaman Paleolitik di Asia Tenggara. Usia rangka Perak Man dianggarkan lebih daripada 10,000 tahun.

Penemuannya adalah menerusi ekskavasi dijalankan oleh pelajar-pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai pensyarah hebat dan berkarisma, Prof. Emeritus Datin Paduka Dr. Zuraina Majid dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia.

Kerja-kerja ekskavasi telah dilakukan antara tahun 1990 hingga 1991.

Perak Man ditemui dalam keadaan foetal iaitu kedua-dua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging. Turut ditemui bersama rangka Perak Man ialah ialah 10 peralatan batu, termasuk alat senjata seperti pemukul.


Menurut kajian, Perak Man mempunyai ketinggian 157 sentimeter dan dipercayai mati pada umur antara 40 hingga 45 tahun. Dan dipercayai Perak Man adalah seorang yang penting dalam masyarakatnya ketika itu bersandarkan kepada penemuan barangan lain di samping rangkanya.

Selepas penemuan penting ini, satu-persatu penemuan prasejarah ditemusi di sekitar gua-guna yang ada di Lenggong, seterusnya langsung membawa kepada pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 30 Jun 2012.

Jika anda ke Muzium Arkeologi ini, anda akan dapat saksikan bagaimana proses dokumentasi dan permohonan dibuat diketuai oleh Dr. Zuraina bagi mendapat pengiktirafan UNESCO. Sesungguhnya ia satu usaha yang memerlukan fakta-fakta konkrit bagi merealisasikannya.


Pada saya, ia merupakan satu kebanggaan buat negara amnya, dan penduduk sekitar Lenggong khususnya apabila Lembah Lenggong diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

Dengan pengiktirafan ini, selayaknya Muzium Arkeologi Lembah Lenggong dilengkapi dengan kemudahan terbaik bagi memastikan Perak Man terus terpelihara untuk rujukan di masa hadapan.

Galeri Arkeologi Lembah Lenggong 2020

Dari kunjungan semula saya dan keluarga ke muzium ini, ada beberapa perubahan yang boleh dikatakan besar telah dilakukan oleh pihak muzium. Antaranya ialah adanya galeri khas dan khusus untuk Perak Man.

Saya kongsikan sedikit beberapa gambar galeri Perak Man yang ada di Muzium Arkeologi Lembah Lenggong yang telah dinaik-taraf.

Galeri Perak Man di Muzium Arkeologi Lembah Lenggong
Siapakah Dia Perak Man?

Malah, di galeri tersebut anda akan diperlihatkan dengan rangka sebenar Perak Man yang telah ditemui pada tahun 1990.

Jika anda berkesempatan menuju ke Gerik atau ke arah Pantai Timur, bolehlah singgah ke Muzium atau Galeri Arkeologi ini. Ada banyak papan tanda arah ke sini yang pastinya membantu.

15 Fakta Hangat Mengenai Perak Man

Rangka Sebenar Perak Man di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, Perak

Di bawah ini ada beberapa fakta menarik yang ingin saya kongsikan berkaitan Perak Man ini:

  1. Perak Man dipercayai dilahirkan lebih 10,000 tahun lalu dalam keadaan cacat dan badannya agak pendek.
  2. Bahagian atas kiri badan Perak Man menunjukkan bukti kecacatan anggota badan yang berpanjangan, mungkin sebahagiannya lumpuh.
  3. Pergelangan tangan kiri dan keseluruhan tangan Perak Man juga dipercayai cacat.
  4. Perak Man diketahui sebagai berjantina lelaki dengan mengkaji tulang punggung, sakrum (tulang komposit membentuk belakang pelvis) dan tengkorak serta tulang paha.
  5. Penentuan jantina Perak Man juga adalah bersandarkan kepada dagu rahang bawah bersegi memaparkan ciri lelaki. Jika perempuan, ia sepatutnya bulat dengan tanda garis tengah.
  6. Sakrum berbentuk lengkung dengan dimensi yang memanjang berbanding kelebarannya merupakan satu lagi tanda kuat ia seorang lelaki.
  7. Perak Man juga dipercayai menghidap sakit tulang belakang.
  8. Dari struktur tulang Perak Man, didapati bahawa beliau banyak mencangkung secara berlebihan atau berpanjangan sejak dari kecil.
  9. Usia Perak Man dipercayai 40-45 tahun dianggap sebagai tua atau mempunyai pengaruh kerana rata-rata penduduk atau masyarakat ketika itu cuma bertahan hidup sehingga umur 20 hingga 30 tahun sahaja.
  10. Anggaran usia diperoleh dari kesan ruas tulang belakang tengkuk, penipisan tulang belikat, penyusutan tulang periodontal dan tahap kehausan gigi Perak Man.
  11. Dari penemuan beberapa barangan di samping rangka Perak Man selain cara pengebumiannya, disimpulkan bahawa Perak Man adalah seorang yang dihormati dan mempunyai pengaruh.
  12. Perak Man dikebumikan bersama kerang-kerangan (shells) dan peralatan batu yang diletakkan di sekeliling dan di atas jasadnya. Tangan kanan diletakkan pada bahagian atas bahu dan tangan kiri berada di perut. Kedua-dua kaki dilipat sehingga menyentuh dada.
  13. Turut dipercayai Perak Man merupakan seorang yang berpengetahuan luas dalam banyak perkara, sehingga dianggap sebagai Pawang dalam masyarakatnya.
  14. Penemuan Perak Man juga menunjukkan bahawa masyarakat Paleolitik ada tingkatan kedudukan dalam masyarakat.
  15. Masyarakat Perak Man dipercayai adalah masyarakat penyanyang dan sangat menghormati orang lain meskipun terdapat kekurangan atau kecacatan seperti Perak Man.

Kehidupan Perak Man

Ok... dah dapat sendikit sebanyak fakta hangat mengenai Perak Man?

Jika nak tahu lebih lagi berkaitan Perak Man ini, boleh lihat sendiri rangka Perak Man di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong tu nanti.

Ia dipamerkan pada kedudukan hampir sama dengan ketika ia dijumpai. Rangka Perak Man kini disimpan dalam kabinet kaca kedap udara yang dibina khusus bersama-sama dengan alat mengukur kelembapan dan suhu.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement