Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Waktu itu, ramai yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan ada yang kehilangan punca sumber pendapatan. Namun, itulah .. dalam setiap musibah itu ada hikmah sebaliknya yang sebenarnya memberikan kesan lebih baik dalam kehidupan.

Sebenarnya, peluang itu ada untuk selesaikan masalah dihadapi. Contohnya, waktu Covid-19 melanda, peluang untuk berniaga secara online terbuka luas, malah ada inisiatif daripada kerajaan untuk bantu rakyat menceburi perniagaan dalam talian atau secara online ini.

Rahsia Jual Snek Super Ring Jana Income 4 Angka Sebulan

Rahsia Jual Snek Murah Tapi Income 4 Angka Sebulan

Perniagaan atau menjual barang secara online adalah antara cara terbaik untuk menjana pendapatan ketika seluruh dunia menghadapi kesan pandemik Covid-19 ini. Dengan menggunakan internet, barangan yang kita jual boleh pergi ke merata tempat malah dijual pada harga yang mampu memberikan keuntungan yang lumayan.

Inilah yang telah dilakukan oleh Puan Adilah, salah seorang internet marketer (IM) yang saya kenal, yang berjaya menjual keropok kegemaran ramai rakyat Malaysia iaitu Super Ring menerusi platform E-Bay. Dengan pengetahuan belajar menggunakan platform E-Bay, beliau telah meraih pendapatan 4 angka sebulan dengan menjual hanya keropok Super Ring sahaja. Hebat kan?


Super Ring telah menjadi snek makanan ringan yang viral dan telah mendapat permintaan tinggi di luar negara terutama Amerika Syarikat. Hmm ... anda pasti tahu kenapa makanan ringan ini secara tiba-tiba mendapat perhatian dunia kan?

Melihat kepada viralnya Super Ring, Puan Adilah telah mengambil peluang untuk memasarkan produk ini menerusi E-Bay, dan alhamdulillah, telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan sehingga beliau mampu menjana pendapatan tambahan sehingga 4 angka sebulan!

Rahsia Raih Income Lumayan Jual Super Ring


Sedia maklum, snek tersebut yang berharga RM1.60 di Malaysia mampu dijual sehingga mencecah USD$12 (~RM50) menerusi platform E-Bay. Malah, ada antara rakan saya (selain Puan Adilah) yang menjual ubat nyamuk, pes Adabi, rempah ratus, perencah makanan dan macam-macam lagi, yang kebanyakkanyan boleh didapati di pasaraya seperti Mydin, 99 Speedmart dan Shopee untuk dipasarkan.

Tempe dan petai pun ada dijual menerusi E-Bay, dan permintaannya juga sangat baik.

Samada anda sedar atau tidak, produk-produk ini telah dikenali serata dunia kerana adanya YouTube yang menjadi tontonan di merata ceruk dunia. Dari situlah, ramai yang teringin dan mahu mencuba, hingga ada yang mencari produk tersebut di laman web shopping online termasuk di E-Bay.

Makanya, ia bukan satu yang pelik seandainya surirumah seperti Puan Adilah berjaya memperoleh pendapatan 4 angka sebulan dengan hanya menjual Super Ring.

Anda nak ikut jejak langkah Puan Adilah menjual di E-Bay tak? Beliau belajar di sini:



Snek Super Ring Popular di Korea



Mungkin ada yang tak tahu, snek ini menjadi sangat popular dan mendapat permintaan yang di luar jangka di Korea Selatan setelah Jennie dan Jisoo dari Blackpink mengaku yang Super Ring merupakan antara snek kegemaran mereka.

Sekarang anda nampak peluang ini tak? Dengan berniaga di platform online seperti di E-Bay, anda mampu menjual snek seperti Super Ring yang boleh mencecah sehingga (RM40-RM50) walhal di Malaysia, dengan nilai seperti itu .. anda boleh memborong berbungkus-bungkus Super Ring ini.

Soalnya sekarang, adakah anda berani untuk menceburi bidang perniagaan secara online ini dan merebut peluang yang ada bagi menjana pendapatan lumayan?

Panduan Menjual Dengan Shopify


Dengan menjual di E-Bay, anda tidak perlu kedai, malah boleh melakukan hanya di rumah, sepertimana yang telah dilakukan oleh surirumah Puan Adilah. Produk yang dijual pula mudah didapati di pasaraya jadi tiada masalah untuk mendapatkan bekalan untuk dijual di platform online seperti E-Bay. Best kan?

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tapi betullah... memang sedap super ring ni... atau sebab dah lama giler x makan atau memang sengaja sedap... hehehehe

    ReplyDelete
  2. jual benda sedap nampak senang tp tak ramai mampu menyerlah dalam persaingan yg sengit

    ReplyDelete
  3. jual benda sedap nampak senang tp tak ramai mampu menyerlah dalam persaingan yg sengit

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.. lama tak makan super ring...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement