Bisnes Makan Delivery adalah bisnes yang semakin melonjak naik terutama ketika pandemik Covid-19 masih lagi pada tahap yang menggusarkan. Ia bisnes yang sebenarnya dah lama ada cuma ia tak semeriah sekarang, jika adapun kebanyakkan dibuat oleh restoran besar makanan segera contohnya seperti Pizza Hut atau Mc Donalds.

Sebenarnya bisnes ini tak susah nak buat, dan modalnya pun bukannya besar. Sebab apa? Sebab utamanya ialah anda tidak perlu nak sewa atau buka kedai. Cukup menggunakan teknologi sedia-ada, dan melakukan bisnes delivery makan ini hanya dari rumah.

4 Kelebihan Menjalankan Bisnes Makan Delivery dari Rumah

Kelebihan Buat Bisnes Makan Delivery dari Rumah

Salah seorang kenalan maya saya iaitu Syaiful atau lebih dikenali sebagai Abang Speggo adalah antara ramai usahawan dari rumah yang berjaya menjalankan bisnes delivery makan ini.

Beliau cuma masak dan jual satu menu makanan sahaja iaitu Spaghetti Bolognese. Bila hanya satu menu, maka tak perlu nak pening, bahan-bahan juga tak banyak. Senang nak kira modal pusingan dan mudah untuk ketahui keuntungan dijana.

Apa kelebihan sebenar melakukan bisnes ini? Kenapa sekarang semakin ramai yang menceburi bisnes ini terutama waktu kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP)?

1. Anda Tidak Perlu Menyewa Kedai

Ini adalah antara sebab utama mengapa model bisnes ini mendapat perhatian. Dalam melakukan bisnes makanan delivery ini, anda tidak perlu menyewa premis. Mengapa perlu cari premis walhal segalanya boleh dibuat di rumah sahaja? Ya, masak makanan hanya dari dapur rumah anda saja!

Berbeza dengan kedai makan, di mana pemilik perlu menyewa premis untuk menjalankan perniagaan. Lokasi kedai juga perlu anda ambil kira. Jika lokasi tak strategik, maka tak ramailah orang akan berkunjung ke kedai anda. Rumit kan?

2. Anda Boleh Mulakan Bisnes Delivery Makan ini Dengan Pantas

Semua peralatan memasak memang sudah ada di rumah. Makanya, anda tidak perlu keluarkan modal atau pening kepala untuk mencari dan membeli dapur gas, periuk, mahupun kuali. Pakai sahaja apa yang ada.

Ianya berbeza sekiranya anda ingin membuka kedai makan. Segala kelengkapan dapur perlu anda sediakan bermula daripada kosong. Itu tidak termasuk dengan kelengkapan perabot seperti meja makan dan kerusi lagi. Nak dekorasi ruangan kedai lagi. Fuhh…banyak.

Bisnes Dari Rumah Makan Delivery

3. Jarang Berlaku Pembaziran

Bisnes ini adalah mengikut pesanan. Jadi, anda hanya perlu menyediakan kuantiti makanan mengikut berapa byang pelanggan anda pesan atau tempah. Jika pelanggan tempah 10 bungkus, maka hanya siapkan tempahan makanan untuk 10 bungkus sahaja.

Tiada isu makanan tidak terjual. Malah, anda dapat elakkan pembaziran. Dan pembaziran boleh menyempitkan rezeki jika anda tak ambil berat mengenainya .. huhu.

Satu lagi, bila anda masak ikut pesanan pelanggan, makanan pasti disediakan dengan penuh kasih sayang dan in Sha Allah, bawa keberkatan. Hasil nanti pasti buatkan anda gembira.

4. Bisnes Makan Delivery Gunakan Modal Rendah

Cuba anda teka, berapa modal yang dimulakan oleh Abang Speggo untuk menjalankan bisnes makanan ini dari rumah? Anda mungkin tak percaya, beliau hanya bermodalkan RM50 sahaja.

Betul ke? Lorrr .. betullah .. modal tu hanya untuk beli barangan basah saja bagi hasilkan tempahan spaghetti bolognese. Dengan RM50, Abang Speggo mampu hasilkan keuntungan ratusan ringgit dengan hanya melakukan bisnes makan delivery dari rumah.

Tiada modal untuk sewa kedai, beli kelengkapan kedai, bil elektrik atau air kedai sebab di rumah segalanya dah sedia ada.



Bagaimana dengan promosi? Yelah, kalau nak menjual sesuatu, mesti kena beritahu orang yang kita menjual sesuatu. Betul tak?

Cara paling cepat ialah dengan mempromosikannya pada jiran-jiran, kawan-kawan dan boleh juga promosikan dalam group WhatsApp atau group Facebook. Percuma je. Tak perlu keluarkan kos pun untuk permulaan bisnes delivery makan ni. Kalau ada pun, ia sangat minima dan anda pun takkan sedar.

Bisnes Jual Makanan Dari Rumah

Cuma satu sahaja ingatan daripada Abang Speggo... kena pastikan yang makanan yang kita jual itu sedap sehingga orang akan terus memesan makanan .. dan dalam hal ini spaghetti bolognese. Bila ada yang teringin nak makan spaghetti bolognese, mereka tak cari lain dah.

Cuma anda fikirkan, bagaimana syarikat besar macam KFC itu diingati? Ya .. pastilah kerana ayam gorengnya. Bila nak makan ayam goreng hot and spicy, pasti kita akan ingat pada KFC hatta ada peniaga tepi jalan yang menjual ayam goreng harga RM1 seketul, betul tak?

Anda tidak perlu jual banyak jenis menu (untuk permulaan) dalam bisnes makan delivery ini. Fokus hanya pada satu, dan jadikan ia sesedap mungkin.

Ehh nak tahu resepi makanan yang Abang Speggo ni buat tak? Boleh dapatkannya di SINI.

Tak perlu pening. Dan in Sha Allah, ia satu bisnes yang menguntungkan.

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. mmg byk kelebihannya ye.. tak perlu bayar yg tak perlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai dah kawan2 saya buat bisnes makan dari rumah. Alhamdulillah, boleh lega banyak walaupun tak boleh kerja waktu pkp

      Delete
  2. sedapnyaa.. kaella lama dah nak buat service macamni, tapi belum kesampaian lagi hajat ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement