Dalam satu kenyataan, Jabatan Perangkaan Malaysia telah menjadualkan semula Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 fasa kedua yang sepatutnya bermula pada 7 hingga 24 Oktober ini kepada 20 Januari sehingga 6 Februari 2021.
Tarikh Banci Bersemuka MyCencus 2020 Ditangguh Ke Tahun 2021
Disebabkan tarikh banci penduduk secara bersemuka telah ditangguh ke tahun hadapan, maka Jabatan Perangkaan Malaysia telah membuat penyusunan semula Banci 2020 melibatkan kedua-dua fasa Banci ini.
Menurut pengumuman dikeluarkan menerusi portal dan facebook rasmi MyCensus2020, fasa pertama Banci yang dijalankan secara dalam talian (e-Census) kini dilanjutkan bermula daripada 7 Oktober hingga 21 Disember 2020 perincian seperti berikut:
- Pra-pendaftaran bagi pengisian e-Census akan dibuka semula bermula 7 Oktober hingga 30 November 2020 dan tarikh akhir pengisian e-Census adalah sehingga 21 Disember 2020 dan
- Poskad ID e-Census akan dihantar ke kawasan yang disasarkan dan tarikh akhir pengisian e-Census adalah pada 21 Disember 2020.
Dengan makluman ini, maka diingatkan agar berhati-hati dengan mana-mana individu yang memperkenalkan diri mereka sebagai Pembanci untuk membuat bancian secara bersemuka memandangkan fasa kedua ini telah ditangguh ke tahun 2021. Untuk info, pelantikan Penyelia dan Pembanci juga telah ditamatkan pada 7 Oktober 2020.
Panduan Ringkas Pengisian E-Census
Memandangkan fasa kedua ditangguh dan fasa pertama banci dilanjutkan, berikut adalah panduan ringkas untuk pengisian E-Census dalam memastikan negara melengkapkan data negara seperti dirancang.
- Poskad banci akan diedarkan ke kawasan yang disasarkan mulai 7 Oktober 2020.
- Layari Portal MyCensus (https://www.mycensus.gov.my/) atau terus ke laman sesawang e-Census (https://ecensus.mycensus.gov.my/).
-
Klik Pengguna Kali Pertama
- Kemaskini maklumat peribadi berikut:
- Nama
- No. kad pengenalan
- Alamat e-mel
- No. telefon
- Alamat tempat kediaman semasa
- Bilangan lelaki dan perempuan yang biasa tinggal di alamat ini
- Pengesahan Pra-Pendaftaran
- Invitation Code
- Klik Pengguna Kali Pertama semula
- Daftar e-Census
- One Time Password (OTP) (PENDAFTARAN e-CENSUS)
- Menjawab soal selidik melalui sistem e-Census
- Perakuan dan Hantar
- Selesai e-Census
- Log Masuk
Jika ada persoalan am mengenai Banci Penduduk dan Perumahan 2020, anda boleh rujuk terus di laman Facebook rasmi MyCensus2020 (klik).
Oh ya, untuk pengetahuan anda, saya pernah terlibat dengan proses banci penduduk sebelum ini sebagai penyelia. Jika anda nak tahu cabaran, tanggungjawab dan ragam ketika saya terlibat dengan banci, boleh baca di sini - Pengalaman Penyelia Banci - Ketahui Tugas dan Tanggungjawab Penyelia Banci Penduduk
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.