Kaedah baharu yang dimaksudkan ialah Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus atau dikenali sebagai PKSK. Penilaian ini akan dibuat secara berperingkat mulai 12 Oktober untuk kemasukan tingkatan 1 dan 26 Oktober untuk kemasukan tingkatan 4.
Panduan Persediaan Menghadapi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
PKSK dilaksanakan kepada calon yang telah mendaftar dan memohon secara online kemasukan ke sekolah khusus. PKSK juga dianggap sebagai ujian menggantikan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) sebelum ini.
Buat calon yang memohon, semakan pusat peperiksaan atau penilaian PKSK boleh dibuat secara online mulai 7 Oktober untuk kemasukan ke tingkatan satu dan 12 Oktober untuk calon kemasukan ke tingkatan empat bagi sesi persekolahan 2021.
Semakan boleh dibuat menerusi laman web berikut:
- Semakan tingkatan satu - https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/ujian_uksbp/semak_uksbp.cfm
- Semakan tingkatan empat - https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/ujian_uksbp4/semak_uksbp4.cfm
PKSK akan dilaksanakan untuk kemasukan sesi persekolahan 2021 mulai 12 hingga 23 Oktober 2020 untuk calon tingkatan satu, manakala untuk calon tingkatan empat, PKSK akan dilakukan mulai 26 Oktober hingga 6 November 2020.
Tatacara Perlaksanaan PKSK
PKSK akan dibuat secara tiga sesi seperti berikut:PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi. Setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa. Dalam fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.
Seterusnya dalam fasa 2 calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan - rujuk portal semakan dan borang.
Format dan Komponen PKSK 2020
Berikut adalah format atau komponen PKSK yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia:- Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ)– 20%
- Bahagian B: Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) -70%
- Bahagian C: Artikulasi Penulisan–10%
Panduan Am Berkaitan Cakupan Isi Kandungan PKSK
- EQ - Kecerdasan emosi untuk mengenal-pasti, menggunakan, memahami dan menguruskan emosi ke arah yang lebih positif.
- SQ - Kecerdasan untuk mengukur kemampuan jiwa dalam menangani kehidupan seharian.
- SSQ - Ia bagi mengukur kemampuan rohani individu iaitu kepercayaan beragama, moral dan akhlak.
- IQ - Ia bagi mengukur kemampuan intelektual, rasional dan logik serta penyelesaian masalah (matematik).
Persediaan Penting Menduduki PKSK
Semua calon yang telah membuat permohonan perlu:- Membuat semakan pusat untuk menduduki PKSK di laman web KPM pada 7 hingga 23 Oktober 2020 bagi Tingkatan 1 (Satu) dan pada 12 Oktober hingga 6 Nov 2020 bagi Tingkatan 4 (Empat).
- Mencetak slip pendaftaran PKSK di laman sesawang tersebut untuk dibawa bersama-sama ke Pusat PKSK.
- Membawa kad pengenalan (MyKad/MyKid) ke Pusat PKSK
- Membawa peralatan tulis.
- Memakai pakaian seragam sekolah ketika menduduki PKSK.
- Memastikan diri sihat dan tidak bergejala Covid-19.
- Bawa dan sentiasa memakai pelindung muka (face shield) mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
- Amalkan penjarakan fizikal.
Semoga panduan ini sedikit sebanyak membantu para ibubapa dan juga calon bagi menghadapi ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (2020) bagi sesi persekolahan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 (sesi 2021).
Rujukan dan Sumber: Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.