Sebelum ini, saya pernah kongsikan sedikit panduan atau tips untuk memasuki ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) TMUA berdasarkan pengalaman saya menghantar anak ke temuduga TMUA ini. Alhamdulillah, panduan tersebut telah mendapat perkongsian yang sangat baik malah telah membantu ramai calon tingkatan 1 TMUA untuk melakukan persediaan terbaik sebelum ujian temuduga TMUA.
Tips Hafazan Mudah untuk Lulus Temuduga TMUA Tingkatan Satu
Salah satu keperluan untuk lulus permohonan ke tingkatan satu Sekolah Khusus Model Ulul Albab ialah kebolehan calon menghafaz ayat-ayat Al-Quran diberikan. Calon yang menghadiri ujian temuduga TMUA akan diberikan satu set soalan mengandungi beberapa potong ayat Al Quran yang perlu dihafal dalam tempoh diberikan.
Calon kemudiannya perlu membaca potongan ayat tersebut ketika diminta semasa dalam temduduga. Dan setiap calon akan diberikan potongan ayat Al Quran berbeza dan mereka akan terbahagi pada kumpulan-kumpulan tertentu semasa ujian temuduga dilakukan.
Makanya, calon yang ingin memasuki tingkatan satu ke sekolah TMUA perlu mempunyai daya ingatan yang kuat dan kebolehan menghafaz dalam masa yang singkat.
[Baca Juga] Cara Mohon ke Tingkatan 1 SMKA/SABK Pulau Pinang 2021
Kali ini saya nak kongsikan tips lulus ujian temuduga yang telah diberikan oleh guru cemerlang tahfiz, SMKA Kedah, iaitu Ustaz Badrulhanif Sulaiman. Beliau telah kongsikan tips bagaimana untuk menghafaz dengan mudah dalam masa singkat, terutama untuk calon yang akan menduduki temuduga tingkatan satu ke sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA).
Tips yang diberikan oleh Ustaz Badrulhanif ini adalah berkenaan penggunaan pancaindera seperti mata, mulut serta kebolehan otak untuk saling bekerjasama bagi pembikinan visual. Otak akan memaparkan gambaran yang telah direkodkan melalui pembacaan mulut dan penglihatan mata seperti yang diminta oleh otak. Ia adalah kaedah mudah untuk cepat mengingati sesuatu yang dihafal.
[Baca Juga] Panduan dan Tips Temuduga ke Sekolah TMUA Sekolah Berasrama Penuh (SBP)- Dari Pengalaman Sebenar
Jom cuba.
Mudah-mudahan apa yang dikongsikan oleh Ustaz Badrulhanif akan membantu calon-calon yang telah terpilih untuk ke ujian temuduga TMUA nanti, in Sha Allah.
Berikut adalah langkah-langkah yang beliau berikan:
Langkah Pertama
Langkah Kedua
Langkah Ketiga
Langkah Keempat
Menarikkan…. satu ayat tak sampai 1 minit… andai 30 minit agaknya dah berapa ayat ya yang anda dapat hafaz. Selamat mencuba…!
Okay.
Saya harap perkongsian hebat daripada ustaz ini bakal membantu anak-anak yang akan menghadapi ujian temuduga TMUA tingkatan satu kelak. Paling penting ialah mampu untuk menghafaz ayat Al Quran diberikan dalam tempoh diberikan sebelum ditanya oleh penemuduga nanti.
In Sha Allah, jika lulus .. calon akan diterima untuk ke Tingkatan Satu TMUA. Yang penting, berusaha, buat yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.