Buat duit menerusi Shopee. Ramai yang sangka mereka tahu bagaimana nak buat duit di Shopee, tetapi sebenarnya mereka tidak tahu bahawa ada tiga cara untuk menjana pendapatan menerusi Shopee. Salah satunya pastinya dengan menjual barang seperti ramai mengetahui. Namun, ada dua lagi cara yang sesetengah dari kita tidak tahu.

Shopee sememangnya lubuk menjana pendapatan terutama untuk para surirumah dan mereka yang memilih untuk bekerja di rumah. Ia boleh menjadi sumber pendapatan utama mahupun secara sampingan atau sambilan. Ada je golongan seperti pelajar dan surirumah yang berjaya menjana pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit sebulan menerusi Shopee, tak perlu kedai, dan tak banyak modal dikeluarkan. Serius ni .. bukan cerita rekaan!

Tiga Cara Memperoleh Pendapatan (Buat Duit) di Shopee

Cara Buat Duit di Shopee
Shopee merupakan salah satu platform di mana pembeli dan penjual boleh berurusniaga jual-beli secara online. Ia telah menjadi antara platform popular membeli-belah online di Malaysia. Malah, mengikut statistik dikeluarkan Statista, Shopee merupakan platform e-dagang yang paling banyak digunakan rakyat Malaysia, selain Lazada dan PG Mall.


Daripada fakta tersebut, agak rugi jika rakyat Malaysia tidak mengambil peluang ini untuk menjana pendapatan menerusi platform Shopee. Apatah lagi sekarang, urusniaga jual-beli online ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja, 24 jam asalkan mempunyai capaian internet yang baik.

3 Cara Anda Boleh Buat Duit Dengan Shopee

Seperti di awal saya sebutkan tadi, anda ada tiga cara untuk buat duit menerusi Shopee. Jika anda cakna dengan perkembangan perniagaan online di dunia, saya pasti ramai yang dah tahu mengenai cara-cara yang akan saya kongsikan ini.

1. Menjual Produk Sendiri

Cara ini adalah cara umum diketahui ramai. Ia adalah kaedah paling menguntungkan jika nak buat duit di Shopee. Ada produk sendiri, boleh terus letak di Shopee. Kemudian, gunakan sahaja segala tools yang disediakan Shopee untuk melariskan jualan produk. Ikuti segala tips diberikan dan ambil peluang tawaran khas untuk penjual yang disediakan oleh pihak Shopee, contohnya cara meletakkan kod baucar diskaun, kos penghantaran percuma dan juga Shopee Coins.

Kelebihan lain menjual di Shopee adalah ia sudah pun mempunyai jutaan pelanggan sedia ada. Malah, Shopee menjadi platform yang dipercayai untuk membeli-belah secara online. Ianya selamat dan ada pelbagai tawaran menarik disediakan oleh pihak Shopee sendiri bagi menggalakkan lebih ramai orang membeli-belah di situ.

Lihat lelaki ini berjaya meraih pendapatan mencecah RM10k dengan menjual produknya di Shopee:

Lelaki Jana Pendapatan 10 ribu di Shopee

Walaupun Shopee dapat membantu penjual, terdapat juga keburukan menjual barangan secara online:

  1. Persaingan sengit dengan penjual lain
  2. Penipuan pembeli (scam)

Persaingan Sengit - Oleh kerana Shopee banyak membantu peniaga dan penjual mengaut keuntungan, banyak peniaga-peniaga lain juga berminat untuk menjual di Shopee.

Jom Ikuti Kelas Online Berniaga di Shopee Bersama Puan Zarini (Surirumah Bangkit). Ketahui Pelbagai Teknik Untuk Melariskan Produk di Sebalik Persaingan Yang Tinggi. Klik Sini.


Anda memerlukan strategi perniagaan yang kukuh untuk bersaing dengan peniaga-peniaga lain. Antara strategi yang boleh digunakan termasuk menurunkan harga jualan atau mengadakan promosi yang hebat.

Sebagai contoh:

Produk ‘Mouthgasm Crunch’ adalah salah satu produk yang digemari ramai. Oleh itu, terdapat ramai peniaga yang menjualnya.

Jika dilihat pada imej di bawah, terdapat banyak peniaga yang menjual produk yang sama dengan harga yang tidak jauh beza:

Cara Buat Duit di Shopee


Bagaimanakah anda boleh menonjolkan penjualan anda kepada pelanggan di lautan peniaga-peniaga lain?

Anda perlu mahir dalam strategi marketing bisnes untuk menarik minat pelanggan membeli dengan anda, dan bukan dengan peniaga lain.

Nak belajar strategi pemasaran daripada seller yang dah berjaya? Boleh dapatkan di sini (klik).

Penipuan Pembayaran (scam) juga merupakan salah satu perkara yang sentiasa membimbangkan para peniaga. Pada masa ini, scammers juga sudah semakin maju dengan menggunakan pelbagai taktik penipuan.

Salah satunya adalah, penipuan pembayaran yang berjadual. Saya ada kongsikan teknik penipuan ini di post ini - Cara Pembeli Menipu Penjual Online

Cara Bisnes Shopee

2. Dropshipping

Cara Buat Duit di Shopee

Mesti anda pernah melihat iklan atau posting di Instagram ataupun Facebook yang berbunyi seperti: "Agent Dropship diperlukan".

Namun, apa itu dropshipping?

Dropshipping adalah cara perniagaan di mana anda menjadi ejen jualan online kepada produk atau servis orang lain.

Dalam bisnes dropship, terdapat tiga pihak yang terlibat iaitu, pembekal (supplier), dropshipper dan pembeli (customer).

Sebagai seorang dropshipper, anda akan menjadi orang tengah di antara pembekal dan pembeli.

Saya pernah bercerita mengenai cara buat duit ini di sini - 2 Cara Buat Dropship di Shopee.

3. Affiliate Marketing (paling senang untuk newbies)

Secara ringkas, Affiliate Marketing adalah proses menerima komisyen apabila berjaya mempromosikan dan menjual produk atau servis orang lain secara online.

Saya sendiri menggunakan cara ini untuk buat duit di Shopee. Ia mudah dan senang, dan komisyen yang boleh anda terima adalah tidak terhad.


Tentu anda nak tahu bagaimana cara ini berfungsi kan?

Sebelum anda menerokai dunia Affiliate Marketing, anda perlu mendaftar pada rangkaian Affiliate.

Salah satu platform yang menyediakan akses untuk anda menjadi affiliate Shopee adalah InvolveAsia. Anda boleh daftar secara percuma, dan menggunakan InvolveAsia untuk mempromosi Shopee dan menerima komisyen setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan.

Bagaimana nak bermula?
  1. Daftar di sini untuk memulakan karier anda sebagai Affiliate Marketer atau anda lihat di sini untuk bagaimana untuk mendaftar sebagai Penerbit Involve.
  2. Anda perlu menghasilkan link Affiliate bagi setiap produk atau servis yang mahu dipromosikan.
  3. Hasilkan konten yang berkaitan dengan produk atau servis yang dipilih untuk dipromosikan. Anda boleh melakukannya samada menerusi blog, Facebook, Instagram, mahupun di Twitter.
  4. Kongsikan konten anda kepada pengikut online anda.
  5. Anda akan menerima komisyen jikalau pengikut anda klik pada link Affiliate anda dan membeli produk atau servis yang dipromosikan.

Terdapat pertindihan konsep antara Affiliate Marketing dan juga dropshipping. Jadual di bawah dapat menerangkan perbezaannya dengan jelas:


DropshippingAffiliate Marketing
ModalTidak perluTidak perlu
ProdukMenjual produk orang lainMenjual produk orang lain
Khidmat pelangganDropshipper perlu layanAntara pembeli dan penjual
Struktur komisyenAnda yang menentukannyaDitetapkan oleh Pengiklan
KesukaranSusahKurang Susah
Cara mendapatkan komisyenMenjual kepada pelangganMempromosikan content


Mengikut jadual di atas, kaedah membuat duit menggunakan Shopee yang paling senang adalah dengan menggunakan Affiliate Marketing.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement