Dengan izin Allah dan limpah rezekiNya, saya kekal dan terus bahagia bersama isteri dan empat orang cahayamata. 17 tahun yang cukup banyak kenangan nan indah.
Hadiah Kejutan Ulangtahun Perkahwinan ke 17
Sesiapa sahaja yang hidup sah berpasangan inginkan usia perkahwinan yang panjang. Saya dan isteri sangat bersyukur kerana kami masih kekal sama bahagia dan gembira di samping anak-anak yang semakin membesar.
Dan setiap kali hari ulangtahun perkahwinan, isteri saya pasti akan membuat kejutannya tersendiri. Isteri saya memang seorang yang sentimental dan sensitif, dan beliau mempunyai ingatan yang cukup kuat berbanding saya.
Aha .. anda tentu 'faham' apa yang cuba saya nak sampaikan ini .. kekeke
Saya akui saya tak berapa pandai menjadi seorang lelaki atau suami yang romantik. Apatah lagi pergaulan saya dengan orang sekeliling sejak menjadi house husband kerja di rumah menjadi terhad. Jadi, kemahiran saya dengan orang sekeliling menjadi lemah.
Namun, isteri saya melengkapi kekurangan saya. Beliau lebih baik berinteraksi dengan orang lain. Hatta dengan kawan-kawan saya sendiri ... huhu yang kebanyakkannya juga adalah kawan-kawan isteri saya..
Di hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-17 ini, isteri saya membuat kejutan seawal tengah malam dengan menghadiahkan satu set hadiah dalam bentuk 'bar' coklat. Dan ia satu hadiah yang istimewa kerana ia adalah hadiah ditempah khas.
Uhh .. jujur cakap, pada awalnya saya pun tak pasti apa hadiah yang diberikan oleh isteri saya memandangkan ia berada di dalam kotak yang nampak elegan. walaupun simple.
Menurut isteri saya, hadiah ini ditempah khas menerusi Shopee.
Hurmmm .. menarik kan? Hadiah ulangtahun boleh ditempah menerusi Shopee!
Aha .. nampak tak betapa hebat isteri saya ni. Setiap tahun pasti ulangtahun perkahwinan kami nampak istimewa walaupun ia tidaklah segah pasangan lain.
Buat isteri saya, terima kasih untuk 17 tahun yang bahagia. Terima kasih atas hadiah hari ulangtahun.
Buat anda yang ambil masa membaca posting ini, doakan kami kekal bahagia, sihat, ceria dan diberkati Allah sehingga ke akhir hayat kami sekeluarga. Amin.
semoga bahagia selamanya.
ReplyDeleteTerima kasih .. alhamdulillah
Deletehappy aniversary!
ReplyDeletethefakhirin.blogspot.com
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.