Masing-masing memberikan pendapat pro dan kontra, ibarat bidalan lama, 'rumah sudah siap, pahat masih berbunyi'. Namun begitu, antara intipati Belanjawan 2021 yang berjaya menarik perhatian saya ialah berkaitan pemberian bantuan kewangan oleh kerajaan. Jika sebelum ini, bantuan kewangan ini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH), mulai 2021 ia akan ditukar menjadi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan peruntukan lebih besar kepada mereka yang layak.
Kadar Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Kelayakan Menerima BPR
Menerusi Belanjawan 2021, kerajaan telah mengambil keputusan untuk terus melaksana dan menambah-baik bantuan tunai BSH yang akan dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat atau BSR secara lebih bersasar. Malah, golongan dan kelayakan penerima BSR ini juga diperluaskan.
Berikut adalah kategori penerima dan kadar bantuan yang akan diberikan menerusi BSR ini:
- Pertama:
- Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM 2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM 1,200.
- Isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM 1,800;
- Kedua:
- Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM 2,501 hingga RM 4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak, menerima sebanyak RM 800.
- Isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM 1,200;
- Ketiga:
- Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM 4,001 hingga RM 5,000; akan menerima bantuan sebanyak RM 500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak.
- Isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih, bantuan adalah sebanyak RM 750.
- Keempat:
- Individu bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM 2,500 ke bawah, menerima bantuan RM 350.
Pemberian BPR ini dijangka akan memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan RM 6.5 bilion.
Pembayaran BPR akan dibuat sebanyak dua kali. Bayaran BPR yang pertama dijangka akan dibuat sebelum Hari Raya 2021 (dijangka pada Mei 2021).
Kredit: Astro Awani dan Bernama
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.