Virus yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar apatah lagi kini ia mampu menjangkiti orang lain tanpa sebarang simptom, maka akan ada kebarangkalian besar, setiap daripada kita ada keperluan untuk membuat ujian pengesanan virus Covid-19.
Kadar Bayaran Ujian Pengesanan Covid-19
Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan ada menyediakan kemudahan untuk ujian pengesanan virus Covid-19. Ujian ini ditawarkan di fasiliti kesihatan kerajaan dengan kadar bayaran tertentu.
Bayaran ini bagaimanapun tertakluk dalam [Peraturan 3 di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Fi bagi Ujian Pengesanan Covid-19) 2020].
Berikut adalah kadar bayaran bagi ujian pengesanan Covid-19 di fasiliti kesihatan kerajaan:
Menerusi kemudahan yang ada di fasiliti kerajaan, terdapat 3 jenis ujian:
Ujian Pengesanan Covid-19
- Tindak balas berantai polimerase (Rt-PCR)
- Warganegara - RM150 / Bukan warganegara - RM 250
- Kit ujian pantas (RTK) Antigen
- Warganegara - RM60 / Bukan warganegara - RM 120
- Kit ujian pantas (RTK) Antibodi
- Warganegara - RM30 / Bukan warganegara - RM 60
Siapa Yang Dikenakan Bayaran untuk Ujian Covid-19?
Bayaran ujian pengesanan Covid-19 di fasiliti kerajaan tidak akan dikenakan kepada:
- Penjawat awam yang menjalankan tugas rasmi di dalam dan luar negara.
- Warganegara dan bukan warganegara yang disyaki positif Covid-19.
- Warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif Covid-19.
- Penduduk di Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
- Individu di bawah survelan bagi penyakit seperti influenza like illness (ILI) dan jangkitan pernafasan akut teruk/Severe Acute Respiratory Illness (SARI).
- Pengembara dari luar negara yang mendapat pengecualian bayaran ujian pengesanan Covid-19
Harga dia ok juga la. Tidak terlalu mahal.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.