Dalam perkongsian kali ini, kita akan melihat kepada apa sebenarnya forex leverage ini dan bagaimana ia dapat mengukuhkan kedudukan para pelabur.
Gunakan Teknik Forex Leverage untuk Mendapatkan Modal Pelaburan
Apa Itu Forex Leverage?
Sebagai langkah pertama, mari kita rungkai apa itu forex leverage. Ianya merupakan sejenis pinjaman pendahuluan maya bagi pelabur yang pertukaran asing. Dengan cara ini, anda akan dapat berdagang pada jumlah yang lebih tinggi dan mengaut lebih banyak keuntungan daripada setiap transaksi.Namun, pinjaman ini tidak akan dikreditkan terus kepada anda. Anda cuma perlu membayar sebahagian dari jumlah transaksi dengan meninggalkan caragaran dalam akaun anda dan selebihnya akan diselesaikan oleh broker anda.
Apakah Leverage Ratio?
Leverage ratio, atau nisbah pinjaman maya ini menetapkan jumlah yang perlu dicagar oleh pelabur dan jumlah yang akan dibiayai oleh broker.
Contohnya, jika anda mahu berdagang dalam satu lot pertukaran USD/JPY yang bernilai $100,000 pada nisbah 1:500, anda hanya perlu meninggalkan USD 200 dalam akaun sebagai cagaran. Selebihnya akan diambil alih oleh broker dan apa-apa keuntungan dari transaksi tersebut akan menjadi milik anda.
Bagaimana Dengan Pembayaran Balik?
Jika anda pernah berdagang saham, anda pasti tahu yang segala pinjaman dari broker perlu dibayar balik dengan faedah. Namun, ceritanya sedikit berbeza dalam dunia pertukaran asing.Mereka yang mengambil jalan forex leverage ini tidak perlu memulangkan semula jumlah yang dipinjam. Sebaliknya, mereka hanya akan diberikan sejumlah margin, atau baki yang perlu ditinggalkan dalam akaun sebagai cagaran.
Apakah Fungsi Margin?
Ramai yang pasti buntu memikirkan apa fungsi cagaran dalam akaun tadi. Margin ini merupakan cagaran yang membebaskan anda dari berhutang kepada broker anda. Dengan ini, broker anda dapat mengawal keadaan sekiranya dagangan anda tidak berapa menguntungkan.
Jika pelaburan anda semakin menghampiri jumlah margin, broker anda akan menggunakan sistem margin call untuk mengaktifkan sejumlah margin yang lebih tinggi, dan seterusnya membolehkan mereka menambah lagi modal pelaburan ke dalam transaksi anda, mengikut jumlah leverage yang dijanjikan.
Memilih Jumlah Leverage Yang Ideal
Pelabur baru pasti celaru memikirkan jumlah leverage yang sesuai bagi mereka. Pada kebiasaanya, jumlah leverage yang dikatakan ideal adalah antara a 1:20 - 1:50. Lebih dari 40% dari pelabur forex memilih untuk menggunakan leverage yang tinggi sedikit dari yang disarankan iaitu 1:10.Ini akan membuka ruang untuk menyempurnakan dagangan yang lebih tinggi nilainya, seterusnya membawa ebih banyak keuntungan. Bagi pertukaran matawang kripto pula leverage yang sesuai digunakan adalah antara 1: 2 - 1: 5.
Apakah Risiko Leverage?
Sepertimana lazimnya pelaburan, tiada transaksi yang bebas risiko sepenuhnya. Sistem pinjaman melalui leverage ini juga mempunyai risiko, di mana kadar pasaran jatuh menjunam sehingga memakan jumlah cagaran asal anda. Ketika ini, anda akan dikira sebagai berhutang kepada broker anda mengikut kadar leverage asal.
Namun, broker anda senantiasa memantau transaksi dan dagangan anda untuk memastikan ini tidak berlaku. Anda juga boleh menutup sesi dagangan anda jika ianya tidak menunjukkan sebarang kautan untung.
Walaupun ada risikonya tersendiri, sistem leverage ini telah membantu ramai pedagang, terutamanya pedagang baru untuk melabur dan mengaut keuntungan yang tinggi tanpa perlu modal asal yang tinggi. Anda juga boleh menggunakan cara ini untuk membenteng transasksi anda dan mengurangkan risko menimba hutang daripada pelaburan anda.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.