Saya dan isteri memang sukakan seramik. Biasanya kalau kami nak mencari set pinggan mangkuk yang lawa-lawa dengan harga berpatutan, saya dan isteri akan pulang ke Batu Gajah atau Parit, Perak. Ada satu kilang pengeluaran produk seramik di Siputeh, berdekatan Batu Gajah.

Kilang seramik tu keluarkan produk seperti pinggan mangkuk, set cawan dan mug, set basuh tangan dan pelbagai cenderamata yang lain. Anda boleh customize corak, atau logo atau apa sahaja sesuai dengan acara atau keramaian.

Lavender Ceramics Siputeh - Tempat Jual Produk Seramik Cantik Harga Kilang

Kilang Lavender Ceramics Batu Gajah

Setelah beberapa tahun, akhirnya saya berkesempatan sekali lagi untuk ke kilang Lavender Ceramics yang terletak di kawasan perindustrian Siputeh berdekatan dengan Batu Gajah dan juga Tronoh.

Kilang ini agak tersorok, namun mudah nak jumpa jika ikut papan tanda yang disediakan di tepi jalan besar Ipoh-Lumut Expressway.


Kami kembali ke kilang seramik ini dengan membawa adik ipar yang jauh datang dari Putrajaya. Tujuannya nak mencari set pinggan mangkuk untuk dijadikan hadiah cenderahati sebagai hadiah perpisahan.

Kilang seramik ini memang menjadi antara tempat pilihan syarikat dan organisasi, samada di Perak atau di luar Perak. Kalau bernasib baik, mereka yang ke sini boleh dapatkan beberapa cenderahati 'reject' dengan harga murah seperti mug atau set pinggan mangkuk yang ada logo organisasi tertentu.

Kilang Jual Cenderahati Seramik di Batu Gajah

Pun begitu, pilihan sebenarnya agak terhad melainkan anda memang nak menempah set khas berbanding dengan set seramik yang ada di rak jualan. Jika kedatangan anda tepat dan betul pada masanya, memang ada banyak pilihan best dan menarik sebagai pilihan.

Meh layan mata melihat apa yang ada di Lavender Ceramics semasa saya dan isteri ke kilang ini (sebelum PKPB dilaksana)...

Kilang Lavender Ceramics Batu Gajah


Gelas Mug Seramik Harga Kilang di Batu Gajah
Cenderahati Cantik Seramik Harga Murah
Kilang Lavender Ceramics Batu Gajah


8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Dulu saya suka kumpul set pinggan mangkuk English Roses.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini ada banyak .. ada bunga kaler merah, pink, unggu ni ... ishh macam2 .. try la tgk .. mana tau kot berkenan

      Delete
  2. Kenapa tak pernah tahu sebelum ni padahal tak jauh mana pun. Ni kalau mak kinah tau, confirm dia beli satu set ni.

    ReplyDelete
  3. Dekat area Bemban pun ada 1 kilang seramik.. Dekat je dgn Siputeh ni kan

    ReplyDelete
  4. Dekat area Bemban pun ada 1 kilang seramik.. Dekat je dgn Siputeh ni kan

    ReplyDelete
  5. Kilang ni ada tak buat mangkuk seramik yg size kecil macam mangkuk lampu minyak India sembahyang tu?

    ReplyDelete
  6. Saya tak pasti, kena tgk dulu. Sbb kadang ada yang order benda camtu tapi tak berambil

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement