Sejak negara dilanda Pandemik Covid-19, banyak perkara yang dulunya sering dilakukan dah tak boleh nak dilakukan. Apatah lagi apabila Kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung Covid-19.

Apabila kerajaan mula-mula melaksanakan PKP, antara aktiviti yang tidak dibenarkan adalah memancing dan melancong termasuklah juga makan di restoran kesukaan.

Rindu Mee Bandung Tulang Changkat Ibol

Mee Bandung Sedap di Changkat Ibol, Taiping

Seperti kebanyakkan orang, saya pun ada kedai makan atau restoran kegemaran saya, apatah lagi apabila menu makanannya kena dengan selera saya seisi keluarga. Makanya, apabila dalam waktu PKP ni, pastilah akan teringat-ingat.


Salah satu menu yang menjadi kesukaan saya ialah Mee Bandung.

Dan dalam banyak-banyak tempat, saya paling suka Mee Bandung Tulang yang ada di Warung D'Bukit, Changkat Ibol. Selain Mee Bandung Tulang, ada juga menu lain seperti Mee Kari Ketam, Mee Bandung Udang dan Mee Rebus Tulang.

Tetapi, yang menjadikan kedai makan ini popular dan viral sebelum ini adalah kerana Milo Ais Kepal

Uhhh sedapnya kan ... bila teringat pasal Milo Ais Kepal... nyum nyum ...

Aha .. begitu halnya saya bila dok teringat akan Mee Bandung Tulang Warung D'Bukit.

Walaupun saya ada mencuba menu sama di tempat lain, tetapi entahlah ... rasanya tak sama dan tak mampu nak 'menangkap' macam apa yang tersedia di Changkat Ibol tu.

Apa boleh buat ye tak?


Dalam waktu sekarang, di waktu wabak pandemik Covid-19 masih kekal menjadi ancaman, kita perlu lupakan perkara yang kita suka buat sementara. Ia penting. Ia perlu untuk memastikan masyarakat dan orang sekeliling kita bebas dan tidak diancam virus ini yang masih lagi tiada vaksin mahupun penawar khusus.

Dan ia juga untuk memastikan bahawa diri kita juga tidak terkena mahupun menjadi penyebar virus ini.

Mee Bandung Tulang Sedap di Taiping

Ya, memang benar .. saya memang dah lama tak merasa Mee Bandung Tulang Changkat Ibol. Ia satu hasrat yang perlu saya ketepikan buat masa ini. Virus Covid-19 masih jadi ancaman, dan kita perlu bersama tanggani. #kitajagakita.

In Sha Allah, akan tiba waktu .. kita semua boleh buat apa yang kita biasa buat, dan menikmati apa yang kita suka, dengan rasa lebih bersyukur.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement