Saya amat berterima kasih kepada sokongan yang diberikan terutama kepada pengikut blog ini dan juga rakan-rakan blogger yang secara tidak langsung menyumbang kepada angka 34 juta pageviews ini.
Blog Capai 34 Juta Pageviews
Pada tahun 2019, blog ini telah berjaya merekodkan jumlah hits sebanyak 2,835,140 untuk keseluruhan tahun tersebut. Dan saya menjangkakan rekod tersebut bakal terpadam melihatkan kepada jumlah hits terkini blog yang telahpun berjaya mencapai lebih 34 juta sebelum berakhirnya tahun 2020.
Secara kasarnya, saya boleh katakan, jumlah hits atau PV untuk blog ini bagi sepanjang tahun 2020 sudah pun melebihi 3 juta PV berdasarkan kepada rekod atau analitik yang ditunjukkan di dalam Google Analytics.
Ia merupakan satu kejayaan peribadi sebagai seorang penulis blog sepenuh masa yang bekerja atas jenama sendiri.
Kata orang, ia satu perkara yang mengujakan untuk one-man-show. Alhamdulillah.
Jumlah trafik yang boleh dikatakan agak baik ini mungkin disebabkan beberapa artikel yang kembali menjadi tumpuan para pencari maklumat di Google dan juga di media sosial seperti Facebook. Malah, ada artikel yang telah diterbitkan sebelum ini, menjadi sumber kepada beberapa artikel lain di blog dan laman web lain yang langsung memberikan kelebihan dari segi domain (DA) dan page authority (PA).
Asbab ini, banyak artikel yang dalam niche berkaitan mampu berada di laman utama carian Google. Dari situlah artikel-artikel ini menyumbang kepada jumlah trafik keseluruhan lebih daripada 34 juta sebelum berakhirnya tahun 2020. Sekali lagi syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang sering membaca perkongsian saya di blog ini.
Artikel Evergreen Penyumbang Trafik Berterusan
Walaupun sejak kebelakangan ini jumlah artikel baharu yang disiarkan sudah alami penyusutan atas beberapa sebab, saya sangat lega kerana masih ada beberapa artikel yang evergreen yang mampu menghidupkan blog ini. Malah, saya masih lagi terima banyak email dan komen mengenai beberapa perkara berkaitan artikel yang disiarkan.Untuk rakan blogger yang masih lagi cuba mencari cara untuk menaikkan trafik blog, boleh baca beberapa panduan dan tips blogging yang pernah saya siarkan sebelum ini.
In sha Allah, ia akan membantu.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.