Penjual online yang terpedaya, samada akan menghantar produk kepada 'pembeli' tersebut atau akan mengeluarkan wang sendiri untuk membayar pengembalian wang (refund) walhal ia sebenarnya satu penipuan pembelian online.
Teknik Penipuan Pembayaran Secara Online - Ramai Peniaga Online Jadi Mangsa Scammer
Jika anda seorang penjual online mungkin mudah terpedaya kerana 'pembeli' tersebut akan menggunakan resit yang nampak asli tetapi sebenarnya tiada sebarang pembayaran dilakukan. Ia dilakukan menerusi teknik tertentu pembayaran online yang saya fikir ramai yang tidak tahu atau tidak menyedari mengenainya.
Sejak dua menjak ini, penipuan pembayaran (scam) menjadi salah satu perkara yang sentiasa membimbangkan para peniaga online tak kiralah apa jua platform, samada media sosial (Facebook, Instagram dsb) atau platform membeli-belah seperti Lazada, Zalora, Shopee dan banyak lagi.
Pada masa ini, scammers semakin maju dengan menggunakan pelbagai taktik penipuan untuk menipu penjual online terutama yang masih lagi baru berniaga. Salah satu teknik yang dikenal-pasti adalah, penipuan pembayaran yang berjadual seperti ditunjukkan di bawah:
Modus Operandi Untuk Tipu Penjual Online
'Pembeli' akan menyatakan bahawa dia akan membuat pembayaran hari ini tetapi sewaktu membuat pembayaran secara online transfer, dia akan memilih pembayaran berjadual (scheduled payment). Kemudahan ini memang ada disediakan dalam semua sistem perbankan online di Malaysia, cuma ramai yang tidak tahu menggunakannya untuk urusan seharian.Jika nak tahu mengenai perkhidmatan pembayaran berjadual ini, anda boleh semak di portal bank atau menerusi aplikasi perbankan online. Semuanya ada diterangkan di situ.
Ok berbalik kepada modus operandi untuk penipuan pembayaran ini ... huhuhuhu
Resit Asli Tetapi 'Tak Laku'
Setelah 'pembeli' berjaya membuat pindahan wang, dia kemudiannya akan menghantar resit kepada penjual. Resit ini mengatakan bahawa pindahan wang itu telah diluluskan. Jadi, penjual pun akan terus untuk menyediakan produk yang dibeli pembeli dan sekaligus pengepos produk tersebut tanpa ragu-ragu.Untuk pengetahuan, resit tersebut sememangnya asli dikeluarkan secara online samada menerusi portal atau aplikasi perbankan online.
Selepas penjual berjaya mengepos produk itu, 'pembeli' (scammer) ini akan kemudiannya membatalkan pembayaran berjadual ini. Walaupun transaksi itu telah dilakukan dan resit telah pun dikeluarkan tetapi sebenarnya duit tersebut tidak akan sampai atau berada dalam akaun penjual. Ini adalah kerana pembayaran berjadual ini boleh dibatalkan pada bila-bila masa sahaja.
Inilah taktik dan teknik penipuan yang agak sukar untuk dikenal-pasti mahupun dibuat siasatan setelah laporan polis dibuat.
Ia memang satu taktik yang sungguh licik dan menyukarkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.
Ramai Penjual Online Kena Tipu oleh Pembeli (Scammer)
Ramai penjual online yang telah ditipu menerusi taktik kotor ini. Itu sebabnya ada platform jual-beli online yang mempunyai ciri khas untuk melindungi penjual online selain daripada pembeli.[Dah Baca?] Kelebihan-Kelebihan Berniaga atau Menjual Barang di Shopee
Jadi untuk menjadi seorang peniaga online, anda perlu berhati-hati ketika berhubung dengan pembeli produk anda. Platform seperti Shopee ada cara untuk melindungi penjual online daripada menjadi mangsa pembeli scammer ini. Berbeza dengan berniaga online menerusi platform seperti Facebook atau Instagram, tiada cara tertentu untuk mengelakkan peniaga dari menjadi mangsa penipuan pembayaran online ini.
Jadi, jika anda menjual barang bukan menerusi platform selamat seperti Shopee, ambil maklum mengenai modus operandi scammer ini dan sentiasa berhati-hati ketika menjual terutama menerusia platform media sosial.
Sumber Gambar: SiakapKeli
alahai...jahatnya.
ReplyDeletepatutnya kat resit tu pun takleh tulis "successful" kan..tulislah "scheduled" ke floating ke
saya selalu cek duit dah masuk ke belum kat bank2u.com dulu sebelum ucap terima kasih kepada pelanggan.
ReplyDeletesent from https://cukaipendapatan.company.site
Bayangkan scammer nak tipu scammer. Huhu. Entah bila sudahnya
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.