Anak-anak kegelisahan sebab dah lama terperuk di rumah. Apabila kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke PKPP, saya ambil kesempatan untuk bawa anak-anak uintuk melawat Zoo Taiping.

Zoo Taiping dibuka semula selepas beberapa bulan ditutup kerana PKP. Ianya dibuka semula pada 15 Jun lalu, dengan memberikan diskaun atau potongan sebanyak 20% pada harga tiket.

Lawatan ke Zoo Taiping Bersama Anak-Anak Waktu PKPP

Melawat Zoo Taiping Waktu PKPP

Pembukaan semula Zoo Taiping serta Night Safari walaubagaimanapun tertakluk pada Standard Operating Procedure (SOP) PKPP yang telah ditetapkan. Anak-anak kecil masih dibenarkan masuk tetapi disarankan untuk memakai pelitup hidung dan mulut.

Selain peraturan pemakaian mask, pengunjung juga akan diperiksa suhu badan. Manakala jumlah pengunjung ke dalam zoo dihadkan untuk satu sela masa ditetapkan. Saya tak pasti berapa had dikenakan, tetapi saya nampak kakitangan zoo akan merekodkan jumlah pengunjung yang masuk dengan alat kiraan di pintu masuk.

Zoo Taiping waktu PKPP

Seronok anak-anak saya dapat keluar dari rumah, kemudian dibawa pula ke Zoo Taiping. Memang dah lama anak-anak tak pergi ke Zoo Taiping ni yang sememangnya satu destinasi menarik yang ada di negeri Perak.

Lawatan kali ini, membolehkan anak-anak saya terutama Najmi (bongsu) melihat haiwan seperti Harimau Belang, Singa Afrika, Badak Sumbu Sumatera, Badak Air, Zirafah, Gajah Asia, Rusa Ubi, Pelanduk, Rusa Baween, Rusa Sambar, Rusa Bintik dan juga Kijang.

Gajah Asia Zoo Taiping
Badak Air Zoo Taiping
Badak Sumbu Sumatera
Singa Afrika di Zoo Taiping


Memandangkan ada had jumlah pengunjung, jadinya keadaan dalam Zoo Taiping memang terkawal dan tidaklah sesak pada satu-satu tempat.

Buat sesetengah orang, apabila kerajaan umumkan PKPP, ramai yang bawa anak-anak ke shopping mall, yang pada saya agak tidak sesuai kerana keadaan yang mudah sesak dengan orang ramai.

Kita lupa bahawa Covid-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Dan ia menjangkiti orang walaupun tanpa bergejala demam, batuk atau selsema.

Walaupun kerajaan sedia melonggarkan peraturan waktu PKPP, diharap janganlah kita ambil kesempatan untuk bawa anak-anak pergi ke tempat yang sesak, terutama shopping mall.

Jika mahu anak-anak keluar rumah, carilah tempat atau lokasi menarik yang kurang sesak dan pastikan mereka mematuhi SOP dan sentiasa memakai pelitup hidung dan mulut. Namun, adalah lebih baik jika mereka mampu untuk mengekang rasa bosan, biarkan mereka kekal berada di rumah.

Buat anda atau anak-anak yang tidak berkesempatan untuk ke Zoo Taping, saya kongsikan beberapa gambar ketika saya sekeluarga ke sana dalam waktu PKPP.

Deer in Zoo Taiping
Zoo Taiping
Harimau Belang
Kucing Batu
Zoo Taiping

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Mungkin sekarang pengunjung semakin berkurangan akibat pendemik ini

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement