Jika anda tinggal di kawasan belah utara ni, Gulai Ikan Semilang memang satu menu lauk Sya yang popular. Malah, di tempat saya iaitu Parit Buntar, menu ini antara menu wajib di kebanyakan kedai makan.

Bukan itu sahaja, ramai penduduk di sebelah utara menjadikan menu ini antara menu kesukaan untuk makan di pagi hari bersama nasi panas.

Pertama Kali Isteri Masak Gulai Ikan Semilang

Gulai Ikan Semilang

Saya bukanlah peminat tegar gulai Ikan Semilang. Cuma jika ada, memang saya suka nak merasa. Gulai Ikan Semilang memang sedap, apatah lagi ada keunikan pada resepi menyediakannya.

Baru-baru ini, isteri saya masakkan saya Gulai Ikan Semilang. Walla .. walaupun ia merupakan percubaan pertama kali isteri saya menyediakan Gulai Ikan Semilang, rasa masakannya memang tidak menghampakan.

Kari Ikan Semilang

Alhamdulillah, kena dengan selera saya walaupun cara memasak gulai yang diguna-pakai isteri tidak seperti resepi original memasak Kari atau Gulai Ikan Semilang.


Gulai ini amnya sama je cara nak menyediakan gulai kari ikan yang lain, cuma ada bahan tambahan iaitu daun kesum dan juga bunga kantan. Jika kari biasa ada daun kari, tetapi gulai Ikan Semilang kena letak daun kesum dan bunga kantan sebagai 'secret ingredient'.

Jika tak ada daun kesum dan bunga kantan, bermakna gulai tersebut bukan resepi asal untuk menyediakan gulai Ikan Semilang. Lebih-lebih lagi jika masakan utara.

Ikan Semilang - Spesis Ikan Muara Yang Disukai Pemancing

Ikan Semilang adalah ikan menyerupai ikan keli, tetapi spesies ini adalah spesis ikan laut. Manakala keli adalah spesies ikan darat sama seperti ikan puyu, ikan sepat, haruan, kalui, talapia dan seumpamanya.

Ikan Semilang biasanya terdapat di muara sungai dan juga tepian pantai yang berlumpur.

Ikan Semilang agak hanyir, jadi sebagai cara untuk menghilangkan bau hanyir ikan ini, masakan gulai kena bahan-bahan yang saya sebutkan tadi, selain melebihkan air asam jawa dalam masakan.

Gulai Kari Semilang Rasanya Lebih Masam Berbau Wangi

Itu sebab Gulai Ikan Semilang rasanya lebih masam daripada gulai kari ikan yang lain.

Bau daun kesum dan bunga kantan akan sedikit sebanyak menghilangkan bau hanyir ikan ini dalam gulai. Malah, bau harum dua bahan ini akan meningkatkan selera makan.


Ada banyak resepi cara memasak Gulai Ikan Semilang. Anda boleh cari dengan mudah di internet.

Selain daripada masak kari, ikan Semilang juga sedap untuk dimasak sebagai Asam Pedas. Orang yang tinggal di selatan Semenanjung biasanya akan menyediakan menu ini sebagai yang paling layak untuk memasak ikan Semilang.

Bahan-bahan memasak lebih kurang sama, kena ada daun kesum dan bunga kantan. Cumanya jika menyediakan Asam Pedas, sudah pastilah tidak bersantan.

Anda peminat Kari atau Gulai Semilang?

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. 1st time dgr ikan gemilang.. haha

    thefakhirin.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Ikan semilang ni biasa kat laut kan..kalau ikan darat panggil Keli...pernah masak macam ni and ternyata sedap...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement