Aha .. begitulah halnya dengan kejadian yang berlaku di taman perumahan saya. Jika sebelum ini keadaan taman perumahan saya agak sunyi sejak PKP dilaksana, baru ini dikejutkan pula dengan kehadiran seekor lembu tersesat arah.
Kecoh Lembu Terlepas dan Tersesat Waktu PKP
Kawasan taman perumahan saya ini memang dikelilingi beberapa kampung dan rumah setinggan. Kebanyakkan mereka adalah bekas pekerja ladang kelapa sawit.
Apabila kebanyakan ladang sudah ditukar menjadi taman perumahan, ramailah yang mencari sumber alternatif untuk meneruskan kehidupan dan mendapatkan mata pencarian. Salah satunya ialah dengan memelihara haiwan ternakan seperti lembu, kambing, ayam dan itik.
Ramai yang menternak haiwan-haiwan ini di kawasan rumah sahaja. Jadi, bukan satu kepelikan jika ada yang mempunyai kandang kambing dan lembu betul-betul di halaman rumah.
Biasanya pemilik haiwan ini akan mencari sumber makanan seperti rumput segar untuk haiwan-haiwan ini terutama lembu di kawasan berhampiran dan diberi makan di dalam kandang sahaja.
Namun, sejak kerajaan melaksanakan PKP, ia menjadi sukar. Terutama sekali apabila kawasan saya ini dikenakan PKP Bersyarat yang tidak membenarkan pergerakan merentas daerah.
Kerana kawasan yang terhad, dan kesukaran mendapatkan padang ragut .. banyak pemilik haiwan ini membebas lepas haiwan ternakan mereka.
Haa .. itu sebablah ada lembu yang tersesat, keluar dari kawanan lembu yang lain dan masuk ke kawasan perumahan.
Nasib baiklah tak ada yang masuk ke rumah penghuni taman .. huhu.
Mungkin lembu tersesat ini menghidu bau segar padang rumput yang ada di taman saya .... sampaikan lupa kawanan nya yang lain. Haa .. dah sedar-sedar .. "eh mana kawan-kawan aku .." terus melelong tak tentu arah keliling taman.
Agak kelakar jugalah sebab lembu nan seekor ini bertawaf beberapa kali kawasan rumah saya.
Anak-anak saya seronok melihat gelagat lembu ni. Yelah, dah lama tak dapat lihat sesuatu yang di luar kebiasaan kan.
Nasib baiklah lembu yang terlepas waktu PKP ni. Dulu, pernah saya terserempak dengan babi hutan yang menyondol ubi kayu belakang rumah. Uhh ntah mana datangnya pun saya tak tahu.
Anda ada kejadian macam ni berlaku di tempat anda tak?
Hmmm .. macam-macam hal kan ..adeh.
harapla lembu tu jumpa balik dgn geng2 dia hehe kesian jgk tengok
ReplyDeletemacam-macam hal..besar jugak lembu tu. nasib baik tak kacau org kan
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.