Awas dengan taktik terbaru 'scammers' yang cuba menipu para pengguna dan pemilik kad BigPay! Menerusi satu email yang dihantar kepada semua pengguna kad BigPay, pihak BigPay memaklumkan bahawa ada dua taktik terbaru dikenalpasti digunakan dalam penipuan ini.

Menurut email tersebut, penipuan ini dibuat untuk mendapatkan nombor kod (OTP) dan wang di dalam akaun BigPay pemilik. Pengguna dan pemilik akaun yang tidak sedar mengenai taktik penipuan ini pasti terpedaya yang boleh mengakibatkan mereka kerugian beratus dan beribu ringgit.

Dua Taktik Terbaru Penipuan Menggunakan BigPay

Taktik Terbaru Menipu Pengguna BigPay

Pihak BigPay memaklumkan bahawa penipuan secara online terbaru ini menggunakan salah satu daripada dua taktik berikut yang dikenalpasti:

  1. Penipu akan memaklumkan bahawa pemilik atau pengguna BigPay bahawa kad BigPay warna biru milik mereka akan ditukarkan kepada kad berwarna merah. Makanya, pemilik akaun dikehendaki untuk memberikan butiran diri selain dari kod OTP untuk pengesahan.
  2. Penipu akan memaklumkan yang pemilik akaun akan menerima kad BigPay premium yang baharu, jadi pemilik akaun perlu memberikan butiran peribadi dan juga kod OTP untuk pengesahan.

Pihak BigPay memaklumkan bahawa pihak mereka tidak ada rancangan untuk menukar kad BigPay warna biru kepada warna merah. Malah, tiada kad premium ditawarkan kepada mana-mana pemilik kad BigPay buat masa ini.

Pihak BigPay Tidak Sesekali Akan Minta Kod OTP

Selain dari dua taktik terbaru ini yang dikenalpasti bertujuan menipu pemilik kad BigPay, pengguna juga harus berwaspada dengan sebarang tawaran yang menggunakan BigPay seperti CashBack, cabutan bertuah atau ganjaran istimewa.


Pihak BigPay tidak akan sesekali meminta butiran diri pemilik akaun kerana semua data tersebut memang disimpan oleh pihak BigPay. Malah, pihak BigPay ingin memaklumkan kepada semua pengguna bahawa mereka tidak sesekali akan meminta nombor atau kod OTP kepada pengguna.

Kod OTP adalah satu kerahsiaan dan hanya perlu diketahui oleh pemilik akaun sahaja ketika diperlukan.

OTP TIDAK BOLEH dikongsi atau diberikan kepada pihak lain hatta kepada pihak yang mendakwa mereka adalah staff BigPay sekalipun/

Maka, kawan-kawan yang ada memiliki kad BigPay, sila berhati-hati dan jangan sesekali terpedaya dengan sebarang tawaran yang nampak 'too good to be true'.

Pastikan Perkara Berikut Elak Ditipu

BigPay Prepaid Mastercard and Apps

Amnya, untuk memastikan wang anda dalam BigPay selamat dan tidak menjadi mangsa scammers ini, pastikan:

  1. Tiada sebarang staff BigPay yang akan meminta nombor atau kod OTP atau PIN dalam apa jua keadaan sekalipun.
  2. Sesiapa yang mendakwa mereka adalah staff BigPay dan menghubungi anda menerusi media sosial, whatsapp atau menerusi laman web selain daripada www.bigpayme.com adalah merupakan scammers dan perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa.
  3. Pihak BigPay tidak sesekali menghubungi atau menelefon pemilik akaun BigPay secara rawak untuk pemberian hadiah.

Jika anda tidak dapat login ke akaun BigPay atau ada menerima mesej OTP mencurigakan atau tidak boleh masuk ke aplikasi BigPay, anda diminta untuk menghantar email ke support.my@bigpayme.com seberapa segera.


Buat anda yang masih belum mengetahui berkaitan BigPay ini, ia adalah merupakan satu platform pembayaran online atau e-wallet yang turut memberikan anda kad prabayar Mastercard secara PERCUMA.

Kad Prabayar Mastercard diperkenalkan AirAsia

Ia adalah kad prabayar yang diperkenalkan oleh AirAsia dalam menyokong usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat menggunakan sistem pembayaran tanpa tunai. Namun, tujuan sebenar AirAsia memperkenalkan BigPay adalah untuk memudahkan membuat pertukaran mata wang asing secara digital.

BigPay memudahkan urusan menerusi 3 cara - e-wallet, kad prabayar Mastercard dan juga aplikasi di smartphone.

Saya sendiri mempunyai kad prabayar Mastercard BigPay dan juga menggunakan aplikasi BigPay ini.

Buat anda yang berminat untuk menggunakan BigPay, anda boleh mendaftar secara percuma menerusi link berikut - https://www.bigpayme.com/

Anda kemudian perlu memasukkan nombor telefon anda untuk didaftarkan.

Selepas itu, anda perlu mengisi butiran diri seperti dikehendaki termasuklah alamat rumah untuk tujuan penghantaran kad prabayar Mastercard secara percuma. Kad ini akan diterima dalam tempoh antara 5-7 hari selepas pengesahan pendaftaran anda.

Penggunaan BigPay adalah sama kaedahnya dengan sistem lain seperti Touch n Go dan juga Boost. Jadi, ianya adalah selamat selagi anda menggunakannya secara berhati-hati dan waspada terhadap penipuan online.


Daftar Percuma BigPay dan Terima RM10 Dalam Akaun

Oh ya, untuk tempoh terhad, jika anda mendaftar sekarang, anda akan menerima RM10 secara percuma di dalam akaun BigPay anda. Gunakan kod referral berikut - QGD4LX43L8 untuk membolehkan anda layak menerima RM10 tersebut ya.



2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Banyak idea ya scammers skrg mau menipu org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya .. siapa yang kurang alert taktik penipuan ni memang mudah jadi mangsa. Yang berlaku sekrang pun walaupun dah berkali pihak berwajib beri amaran, pun masih ramai kena tipu dengan scammers.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement