Masa telah meninggalkan kita. Tak mampu kita untuk undurkan masa. Apa yang telah berlaku telahpun berlaku. Sekarang terserah kepada kita untuk melakukan apa yang terbaik berdasarkan fakta sejarah yang lepas.
Trafik Blog Untuk Tahun 2020
Begitulah halnya dengan kerjaya saya sebagai seorang penulis blog sepenuh masa, bekerja sendiri di rumah. Walaupun banyak perkara berlaku pada tahun 2020, tetapi entahlah ... mungkin kerana pandemik yang melanda membuatkan banyak waktu saya luangkan kepada yang lain, daripada menerbitkan artikel yang baharu.
Mungkin juga kerana berlakunya writer's block. Bukan perkara baharu. Ia pernah terjadi sebelum ini sehingga membuatkan blog saya kehilangan trafik berbulan-bulan.
Pun begitu, setelah melihat statistik blog sepanjang tahun 2020, saya masih boleh merasa lega kerana jumlah trafik nampaknya lebih baik daripada tahun sebelumnya (2019). Ada peningkatan yang saya nampak bersandarkan kepada apa yang direkodkan oleh Google Analytics.
Jumlah Trafik Blog 2020 Mengikut Cerapan Google Analytics
Untuk tahun 2020, blog ini telah berjaya memperoleh jumlah kemasukan trafik sebanyak 3,871,205 pageviews. Ia melibatkan 1,440,221 pengunjung unik yang sentiasa mencari maklumat dan panduan terbaik yang dikongsikan di dalam blog ini.
Alhamdulillah, ia peningkatan lebih sejuta PV untuk tempoh yang sama berbanding tahun 2019. Pada tahun 2019, blog ini memperoleh sebanyak 2,835,140 pageviews daripada hampir 1.8 juta pengunjung.
Walaupun jumlah pengunjung unik berkurangan, namun peningkatan jumlah trafik yang agak baik tidak mengecewakan sangat. Malah, saya boleh merasa sedikit bangga kerana blog masih mampu menarik trafik walaupun tiada kekerapan update konten.
Terima Trafik Tinggi Walaupun Kurang Konten Baharu?
Tetapi tidaklah bermaksud bahawa fundamental sesebuah blog untuk terima trafik tinggi tidak boleh digunapakai - lebih konten, lebih banyak trafik. Logiknya, blog yang mempunyai banyak konten pastinya akan menghasilkan trafik yang baik.Apa yang berlaku ialah, blog saya mempunyai kekuatan dari segi SEO untuk beberapa kata kunci yang evergreen. Secara tak langsung memberikan trafik berterusan tanpa gagal walaupun dalam jumlah yang kecil tapi konsisten.
Tips Mendapatkan Trafik
Untuk mendapatkan idea bagi menghasilkan konten evergreen tidaklah sesusah mana, asalkan kita peka pada situasi semasa selain mengambil tahu perkara trending yang seringkali dicari orang.
Dari pengalaman saya, apa yang dikongsikan itu boleh menjadi satu post yang evergreen jika ia mampu menawarkan penyelesaian kepada masalah orang lain. Contoh paling mudah ialah resepi dan tips berkaitan anak-anak.
Dari apa yang saya lihat, blog yang berkongsi mengenai resepi biasanya akan menerima trafik yang tinggi ketika bulan puasa, sama kesannya apabila negara dikenakan PKP di mana ramai orang lebih banyak menghabiskan masa di rumah.
Begitu juga dengan blog yang berkongsi mengenai tips berbasikal, berkaitan hobi ... yang secara langsung menerima trafik agak baik waktu pandemik Covid-19 melanda.
Buat rakan blogger, saya harap apa yang dikongsi ini sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan, bukan setakat hanya merasa kagum dengan angka yang sebenarnya boleh dicapai oleh mana-mana blog sekalipun. Jika blog yang sendu seperti blog ini boleh cecah angka jutaan PV setahun, blog anda pun boleh . ... tak gitu?
Tahniah!
ReplyDeletetahniah
ReplyDeleteBlog hebat
Tahniah bang. Sentiasa power
ReplyDeleteUhhh lama tak nampak .. mana pergi?
DeleteSibuk dengan ig😂
Deletetahniah
ReplyDeleteterbaik bang...boleh dijadikan sumber rujukan dalam meningkatkan ranking blog sedia ada..
ReplyDeletefuyoo traffic hebat.. tq HH for tips. mama akan try apply.
ReplyDeleteterbaikkk.. smoga blog sy pun mcm ni one day.. hehe
ReplyDeletealhamdulillah..tahniah
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.