Ada tak yang masih lagi menunggu tarikh untuk anak mengambil Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)? Buat makluman ibubapa dan anak-anak tahun enam dan juga tingkatan tiga yang masih lagi belum menduduki ujian ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikah baharu perlaksanaan PKSK dalam tahun 2021.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh KPM pada 31 Disember 2021. Tarikh baharu untuk PKSK perlu dibuat memandangkan ujian PKSK yang dijadualkan sebelum ini terpaksa ditangguhkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seluruh Malaysia.

Tarikh Baharu Perlaksanaan PKSK bagi Tahun 2021

Tarikh PKSK Baharu 2021

Untuk makluman ibubapa dan anak tahun enam dan juga tingkatan 3 (2020) yang masih lagi belum menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), berikut adalah tarikh baharu yang telah diumumkan oleh kerajaan:

  • PKSK Tingkatan 1 : 20 hingga 29 Januari 2021
  • PKSK Tingkatan 4 : 15 hingga 25 Februari 2021
  • Semakan Pusat PKSK Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 : Bermula 8 Januari 2021


Semakan bagi menduduki PKSK untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 masih lagi menggunakan laman web yang sama iaitu:
  1. https://spskt1.moe.gov.my
  2. https://spskt4.moe.gov.my
Semakan hanya boleh dibuat mulai tarikh 8 Januari 2021 seperti dinyatakan oleh KPM.

Jika ada ibubapa dan anak yang telah membuat permohonan untuk kemasukan sekolah khusus iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) .. bolehlah melakukan semakan mulai tarikh dinyatakan untuk mengetahui tarikh menduduki PKSK selain lokasi Pusat PKSK.


Pengalaman Anak dan Tips Duduki PKSK

Anak saya, Zikri telah selamat menduduki PKSK pada tahun 2020. Alhamdulillah. Cuma masih lagi menunggu keputusan dan semakan samada berjaya ditempatkan di sekolah yang dipohon semasa mengisi permohonan kemasukan sekolah khusus.

Jika nak sedikit tips mengenai PKSK ini, boleh baca di sini - Contoh Soalan dan Tips Menjawab Soalan Ujian PKSK

Amnya, menurut anak saya, soalan PKSK tidaklah sesukar mana, terutama untuk soalan melibatkan EQ, SQ dan SSQ. Cuma agak sukar untuk seksyen atau bahagian B - Kecerdasan Intelek. Bahagian ini menumpukan kepada pengetahuan am, IQ dan juga penyelesaian masalah (soalan matematik). Soalan untuk seksyen A dan seksyen B adalah secara objektif dan perlu dijawab secara online.

Untuk menjawab seksyen B, calon yang terlibat dengan PKSK perlu mantap dalam pengetahuan am. Sebaik-baiknya banyak membaca subjek sains, sejarah dan akhbar. Sebagai persediaan tambahan, saya syorkan untuk buat latih-tubi pantas secara lisan. Jika secara bertulis ni, anak cepat bosan. Anak juga akan lebih cepat menangkap.

Anak juga perlu rajin buat latih-tubi soalan-soalan matematik terutama yang berjenis teks atau perenggan. Anak perlu faham soalan sebelum memilih jawapan disediakan. Tak boleh gopoh kerana kesilapan memilih akan menyebabkan anak mungkin kehilangan markah.

Untuk info, calon yang terbabit dengan PKSK tidak ada sebarang pengumuman mengenai keputusan ujian, cuma nanti hanya akan dimaklumkan mengenai keputusan samada dapat atau tidak memasuki sekolah khusus yang dipohon.

Ok. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada ibubapa dan calon yang akan duduki PKSK tahun 2021 ini.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement