Ramai yang terbabit dengan Ujian Psikometrik SPA mencari tips untuk menjawab soalan ujian ini. Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib lulus untuk memasuki perkhidmatan awam selain daripada PSEE.

Ujian Psikometrik adalah proses atau antara kaedah yang diguna-pakai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk singkirkan calon sebelum calon dipilih ke peringkat temuduga.

Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik

Pakej Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Psikometrik adalah ujian mengenai bidang pengajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi. Ujian Psikometrik meliputi ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap, integriti serta kompetensi calon menerusi pelbagai bentuk soalan yang boleh mengelirukan.

Bentuk dan Format Soalan Ujian Psikometrik

Soalan ujian psikometrik SPA akan ditanya dalam banyak cara. Calon akan dinilai menerusi soalan pelbagai pilihan samada berkaitan emosi, situasi, tindak-balas, dan juga penyelesaian matematik.

Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Psikometrik adalah instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

Soalan Psikometrik Melibatkan Tret Personaliti

Calon kena faham bahawa ujian ini akan mengukur dimensi berkaitan aptitud minda, kecenderungan minat dan tret personaliti. Tret personaliti yang bakal ditanya menerusi ujian psikometrik melibatkan antara lain:

  • Sikap agresif
  • Analitikal
  • Autonomi
  • Ketahanan
  • Kritik diri
  • Intelektual
  • Introvert/Ekstrovert
  • Bersandar
  • Pencapaian
  • Sokongan
  • Kejujuran dan lain-lain

Soalan akan diberikan pilihan jawapan dalam pelbagai bentuk. Ada dalam ayat penyata, ada dalam bentuk persetujuan - betul/salah; setuju/tidak setuju atau dalam bentuk kekerapan seperti selalu, jarang, kadangkal, tidak pernah. Jawapan juga adakala diberikan dalam bentuk jawapan berangkai dengan pelbagai pilihan seperti i, ii dan iii; i dan ii sahaja; i dan iii sahaja; semua jawapan di atas.

Semuanya ditanya dan diberikan pilihan jawapan untuk menilai bagaimana calon akan menunjukkan respon terhadap soalan. Ujian Psikometrik mahu menilai personaliti anda!.

Daripada pengalaman, ada ketika ujian ini disertakan dengan dua teknik soalan ujian Psikometrik iaitu, ujian penaakulan berangka dan ujian pertimbangan lisan.


Ujian penaakulan berangka menunjukkan keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan nombor dengan cepat dan tepat. Ujian ini mengandungi soalan yang menilai pengetahuan anda tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis jualan, kadar, trend dan penukaran mata wang.

Ujian pertimbangan lisan memerlukan anda untuk membaca petikan pendek secara bertulis dan kemudian menjawab soalan menilai kefahaman mereka.

Soalan juga akan terdiri daripada penilaian perbendaharaan kata atau kefasihan anda, ujian ini menilai keupayaan anda untuk berfikir secara membina.

Daripada beberapa pengalaman ujian Psikometrik lepas, ada soalan yang ditanya dalam bentuk peribahasa, simpulan bahasa dan bidalan lama.

Cara terbaik untuk persediaan awal bagi menghadapi ujian Psikometrik adalah dengan memperbanyakkan membuat latih-tubi. Dengan melakukan latih-tubi iaitu latihan menjawab contoh-contoh soalan ujian Psikometrik, calon akan mampu memilih jawapan yang tepat dan cepat dalam tempoh masa diberikan.

Contoh-Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Di bawah disertakan beberapa contoh soalan ujian Psikometrik khas untuk rujukan anda. Contoh soalan di bawah boleh dijadikan rujukan asas untuk membiasakan diri anda dengan jenis soalan yang bakal anda hadapi nanti dalam ujian Psikometri.

Contoh soalan ujian Psikometrik adalah seperti yang berikut :

1. Dalam sebuah acara atau aktiviti, anda biasanya berbual dengan :

A. Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
B. Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja.

2. Anda lebih menumpukan pada orang yang

A. Waras fikiran (sensible)
B. Imaginatif

3. Di antara perkara yang kurang diterima ialah

A. Hidup tanpa arah tuju
B. Hidup seperti biasa

4. Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh

A. Undang-undang berbanding kondisi
B. Kondisi berbanding dengan undang-undang

5. Anda lebih memberi perhatian kepada hal-ehwal yang

A. Memberi keyakinan
B. Memberi perasaan terharu

6. Anda lebih menggemari acara yang dimulakan dengan

A. Masa yang tepat
B. Secara santai

7. Pilihan anda dibuat secara

A. Teliti
B. Rawak

8. Dalam kelompok sosial anda, maklumat yang anda terima biasanya

A. Terima maklumat awal
B. Terima maklumat akhir

9. Fakta yang anda baca, terima dan dengar

A. Fakta yang benar
B. Fakta yang salah

10. Penulis sepatutnya menghasilkan artikel berdasarkan

A. Fakta dan isi yang benar
B. Analogi dan imaginasi rekaan

11. Anda lebih gemar jika dikelaskan sebagai individu yang

A. Sabar
B. Mesra

12. Anda membuat keputusan dengan

A. Moral
B. Logik

13. Pengalaman dalam kehidupan terjadi secara

A. Dirancang
B. Rawak

14. Anda perlu bersikap

A. Serius dan bercita-cita tinggi
B. Santai dan senang berbincang

15. Apabila bergaul dengan orang ramai

A. Anda memberi salam dahulu
B. Menunggu orang memberi salam


Bentuk soalan ujian Psikometrik juga biasa ditanya dalam bentuk begini:

1. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

2. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

3. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.

A. Sangat setuju
B. Setuju
C.Tidak pasti
D. Tidak setuju
E.. Sangat tdak setuju

4. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan.

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

5. Saya mudah berasa bosan.

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

Pernah juga soalan ujian Psikometrik ditanya dalam bentuk soalan yang lebih ringkas, dengan dua pilihan jawapan seperti ditunjukkan di bawah ini:

1. Jika saya membanggakan diri, saya akan dipandang tinggi

A. Setuju
B. Tidak Setuju

2. Saya berpendapat larangan merokok di tempat kerja adalah tidak wajar

A. Setuju
B. Tidak Setuju

3. Saya suka melakukan aktiviti yang boleh memajukan diri saya.

A. Ya
B. Tidak

4. Apabila saya sedar kesilapan yang telah dilakukan, saya akan berikhtiar untuk berubah.

A. Ya
B. Tidak

5. Saya akan bertindak tegas apabila tidak berpuas-hati dengan kualiti dan hasil kerja seseorang.

A. Ya
B. Tidak


Nampak macam mudah dan senang untuk menjawab soalan-soalan ujian Psikometrik ini!!

Tapi awas, ini cuma beberapa contoh soalan ujian Psikometrik sahaja. Ada banyak bentuk soalan berkaitan psikologi yang mungkin anda tidak pernah lihat.


Tips Mudah Menjawab Soalan Ujian Psikometrik SPA

Ini tips untuk mudahkan anda jawab soalan-soalan ujian ini:

Ujian Psikometrik adalah tentang sikap dan personaliti POSITIF. Jadi, pastikan anda memberikan jawapan yang memberikan impak positif. Minda dan pemikiran mesti diperbetulkan supaya nilai positif ditonjolkan semasa menjawab ujian ini.

Rujukan Khas Ujian Psikometrik - Lengkap Latih-Tubi (Disertakan Jawapan>

Pakej Rujukan Ujian Psikometrik



Pakej rujukan ini PROVEN, ia dah bantu ramai calon yang dipanggil untuk Ujian Psikometrik sebelum ini. Malah, ramai yang berjaya lulus selepas menjadikan ebook rujukan ini sebagai persediaan mereka sebelum ujian Psikometrik sebenar.

Ujian Psikometrik - Contoh Soalan dan Rujukan

Rujukan ini diguna-pakai untuk hampir semua ujian Psikometrik untuk jawatan kerja kerajaan, ini termasuklah untuk PSEE Ujian Psikometrik terkini yang dijadualkan seperti di bawah ini:

PERHATIAN
Rujukan ini sesuai digunakan untuk peperiksaan sesi Februari 2022 seperti di bawah:

Rujukan Psikometrik 2022


Maka, gunakan rujukan ini sebagai latih-tubi dan panduan menjawab ujian itu kelak. Jangan bazirkan masa anda untuk mencari di internet, kerana semuanya telah dikumpulkan dalam sebuah pakej rujukan yang lengkap serta dikemaskini setiap tahun.


Saya doakan anda berjaya. Lulus adalah bukan pilihan untuk masa sekarang kerana jumlah pengangguran semakin meningkat. Inilah waktu untuk anda berada di luar angka pengangguran ini.



5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tips yang sangat2 berguna... untung sangat sesiapa yang baru cari kerja. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  2. dah tiga kali jawab.. tiga kali tak lepas hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha lagi. Elok gunakan contoh2 soalan dalam rujukan ni.

      Delete
  3. oh baru tahu kena amik yang positif je. selama ni jawab ikut jujur je. hahahahha. patut la saya x lepas ujian. hahahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan sebenar - dan jawapan yang dikehendaki akan bergantung kepada keperluan jawatan, jabatan atau kementerian. Jadi, mungkin jawapan yang rasanya betul itu akan dapat markah, mungkin tidak.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement