Tidak dapat dinafikan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia, banyak institusi pelaburan yang telah lama memberikan pulangan dividen yang stabil, mulai menyusut dengan ketara. Ini sangat membimbangkan ramai pelabur terutamanya yang ada melibatkan pinjaman dengan pihak bank.

Dengan kemunculan kelas saham online percuma dan iklan di radio serta televisyen, ayat "Tak Hensem Takpe, Janji Kaya" mulai menjadi viral. Ia telah menarik minat ramai. Natijahnya, semakin ramai yang mulai celik saham.

Trend Pelaburan Saham Rakyat Malaysia

Trend Pelaburan Saham di Malaysia

Trend atau fenomena ini bukanlah sesuatu yang negatif. Ia sebenarnya perkembangan sangat baik di kalangan rakyat Malaysia berkaitan pelaburan saham, apatah lagi ia menjadi instrumen yang bagus bagi menggandakan wang simpanan.

Trend ini telah menjadikan ramai rakyat Malaysia berjaya meningkatkan ilmu berkaitan saham serta pelaburan. Malah, kita dapat lihat semakin ramai yang berminat untuk mencuba bidang pelaburan saham ini, termasuklah golongan surirumah, pelajar institusi pengajian tinggi, pekerja sektor awam dan swasta, golongan petani dan yang bekerja sendiri.


Tetapi, bukan semua orang ada kemampuan dari segi masa untuk belajar dan bebas kekangan masa bagi mengawasi atau monitor pelaburan yang dibuat.

Itu sebabnya kini wujud satu trend yang semakin popular dikalangan mereka yang mula celik saham iaitu mendapatkan servis private mandate.

Ia merupakan servis yang dapat membantu golongan yang berminat untuk melabur dalam pasaran saham yang mempunyai kekangan-kekangan tadi.

Private Mandate DDNK

Apakah private mandate?

Private mandate diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia adalah pelaburan mandat; iaitu satu pelaburan secara individu yang mana pelaburan ini, terus ke bursa saham, dan pelaburan ini diuruskan oleh seorang pengurus dana bertauliah.

Ada banyak individu yang menawarkan servis private mandate ini, salah satunya ialah private mandate Dato Dr Nazri Khan (DDNK). Beliau ialah pengurus dana yang sah dan berlesen (License No: eCMSRL/B9561/2019).

Berbeza dengan pelaburan saham individu melalui akaun CDS, pelabur perlu mempersiapkan diri untuk mempunyai pengetahuan analisis teknikal dan fundamental. Dengan adanya private mandate, kini pelabur boleh menarik nafas lega dengan menyerahkan tugas tersebut kepada pengurus dana berlesen.

Apa yang hanya perlu dilakukan oleh pelabur adalah monitor atau mengawasi penyata pelaburan setiap bulan.

Siapa DDNK?

Dato Dr Nazri Khan - DDNK

Dato Dr Nazri Khan (DDNK) bukan sekadar pengurus dana atau yang menawarkan servis private mandate. tetapi juga merupakan seorang CEO pengurus dana dalam Inter-Pasific Asset Management (IPAM)!

Saya pasti ramai yang mungkin tidak kenal dengan DDNK ini. Baiklah, seedikit latar belakang mengenai beliau yang berkaitan dengan pelaburan saham:
  • Memegang ijazah Ekonomi dan Kewangan dari University of Manchester, United Kingdom.
  • Memegang ijazah Doktor Falsahah (PhD) Ekonomi dan Kewangan daripada Universiti Multimedia. 
  • Pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden Kanan Phillip Capital Management Investment
  • Pernah menjadi Naib Presiden Kanan Affin Hwang Bank selama 10 tahun.
  • Pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Berhad
  • Bekas Ketua Pegawai Penyelidikan MIMB Investment Bank.

Kelebihan Private Mandate DDNK

1. Strategi jual-beli saham mengikut trend psikologi pasaran dan formula khas DDNK.

Kelebihan Servis Private Mandate DDNK

2. Patuh Syariah (telah mendapat pengiktirafan oleh Salihin Shariah Advisory Sdn Bhd iaitu Penasihat Syariah yang diiktiraf Suruhanjaya Sekuriti Malaysia).

Syariah Compliance Investment

3. Keuntungan yang baik. Mengikut rekod yang diaudit 2019-2020, secara purata selama 19 bulan adalah 137%.

Private Mandate DDNK

Caj Dikenakan Private Mandate DDNK

Buat mereka yang mempunyai minat serta keinginan untuk mendapatkan servis private mandate ini, pastinya ingin mengetahui apakah caj-caj yang dikenakan oleh DDNK untuk servis profesional yang disediakan. Berikut adalah caj-caj tersebut:

  1. Sales charge - 5% per transaksi modal
  2. Management fee - 1.5% setahun
  3. Performance fee - 20% setahun

Kesimpulan

Pelaburan private mandate adalah suatu pelaburan yang telus. Setiap bulan, pelabur akan diberikan penyata pelaburan transaksi jual beli saham yang telah dilakukan oleh pengurus dana. Private mandate juga dibawah seliaan dan diaudit oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Selain itu, private mandate DDNK juga mempunyai panel syariah tersendiri yang akan mengawasi kepatuhan syariah dalam sertiap urusniaga saham yang dilakukan.

Jika anda mempunyai modal dan tiada masa untuk monitor perkembangan saham serta pelaburan, maka private mandate adalah merupakan pilihan terbaik masakini.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang private mandate DDNK, bolehlah lawati www.privatemandate.com

Disclaimer

1-Investment involve varying degree of risk, and there can be no assurance that the future performance of any specific investment, investment strategy or product made reference to directly or indirectly in this website.

2- Investment records displayed yet to be verified by an authorized third party
.

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. melabur kene gaya dan prosedur boleh miliki bisnes dan kelab bola..
    xcaya tanya bro zamsaham

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement