Anda tentu telah sedia maklum bahawa KWSP hanya mampu memberikan kadar dividen 4.9% sahaja untuk simpanan syariah. Manakala, pihak Tabung Haji hanya memberikan kadar keuntungan 3.1% sahaja. Dan, jika anda masih ingat, awal tahun ini, Amanah Saham Bumiputera (ASB) juga telah mengumumkan kadar dividen mereka iaitu sebanyak 4.25% sahaja.
Cara Mendapatkan Keuntungan Pelaburan Lebih 5 Peratus
KWSP, TH dan ASB adalah merupakan tiga tempat simpanan yang bersifat pelaburan yang ramai rakyat Malaysia terlibat. Tiga tempat simpanan wang ini, adalah merupakan tempat utama dan tempat paling ramai orang menyimpan wang... dan ketiga-tiga tempat ini nampaknya, hanya mempu memberikan kadar pulangan... kurang dari 5%.
Menyedari hakikat ini, semakin ramai orang pada waktu ini, sedang mencari-cari tempat yang lebih berbaloi untuk menggandakan duit mereka, atau dengan kata lain, mencari cara untuk mendapatkan keuntungan pelaburan atau dividen lebih daripada 5%.
Ada ke tempat yang mampu memberikan pulangan yang lebih?
Jawapannya memang ada!
Melabur Dalam Pasaran Saham
Salah satu tempat yang boleh memberikan kadar pulangan yang lebih tinggi dan lebih cepat adalah pasaran saham!Selepas apa yang berlaku sekarang, ramai yang nampak potensi pasaran saham ini. Apatah lagi sekarang sudah ada kaunter saham patuh syariah yang mampu memberikan pulangan yang lebih baik daripada simpanan wang yang dibuat menerusi KWSP, TH mahupun ASB.
Berikut adalah antara sebab kenapa ramai yang memilih untuk menceburi pasaran saham ini:
1. Kadar perolehan keuntungan itu, lebih pantas...
Di pasaran saham, 5% keuntungan itu boleh diperolehi dalam masa beberapa hari atau minggu sahaja... berbeza jika mahu dibandingkan dengan pelaburan emas atau hartanah yang mengambil masa bertahun-tahun untuk memperlihatkan kenaikan sebanyak 5% itu.2. Kadar cairan yang sangat tinggi.
Tidak seperti hartanah, proses untuk jual beli hartanah, biasanya akan mengambil masa berbulan-bulan dan kadangkala bertahun. Tetapi, untuk pasaran saham.. hari ini beli, jika esok sudah untung, sudah boleh jual dan dapatkan semula cash anda. Ia sangat pantas.3. Modal Rendah
Jika anda mahu membeli emas, amaun paling kecil yang boleh anda beli adalah 1 dinar = RM 1000. Begitu juga jika anda ingin membeli hartanah , kos permulaannya juga sangat besar dan memerlukan beribu-ribu ringgit untuk bayar deposit dan segala macam yuran. Berbeza dengan saham, anda boleh start melabur dengan modal serendah RM100.Sebenarnya, ada banyak lagi sebab mengapa orang kini lebih tertarik untuk melabur di dalam pasaran saham berbanding pelaburan-pelaburan lain pada waktu ini.
Namun begitu..
Sebelum mahu menjejakkan kaki dalam dunia pelaburan saham, anda mestilah lengkapkan diri dengan ilmu terlebih dahulu.
Kalau main redah dan masuk sahaja... takut-takut nanti.. rugi besar pula.
Berita baiknya.... kini sudah ada panduan langkah demi langkah, bagaimana untuk mula melabur di dalam pasaran saham ini.
Panduan ini, telah ditulis oleh seorang bekas doktor gigi yang kini, lebih selesa duduk di rumah dan berjual-beli saham secara online menerusi phone beliau sahaja.
Jika anda para pembaca budiman berminat untuk belajar, bagaimana untuk melabur dalam pasaran saham... boleh klik pada pautan disediakan di bawah ini untuk info lanjut:
ada duit menyimpan sikit2 lama jadi bukit
ReplyDeleteAkhir-akhir ini di sekitar komuniti saya, ramai yang bercakap tentang pelaburan emas. Mungkin sebab emas lebih sinonim dengan kehidupan. Tambahan pula pembelian emas juga sudah boleh dilakukan, juga, bermula dengan RM100 tetapi lebih kepada pembelian secara konsisten setiap bulan. Namun begitu, saya tak betul-betul pasti sejauh mana pulangan selepas setahun. Nampaknya pelaburan saham ni lebih menarik...
ReplyDeletenice sharing..bilmu baru ni nak belajar bab simpanan ni
ReplyDeleteSimpan dan labur. Tak rugi .. in Sha Allah
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.