Keistimewaan dan keunikan berlian memang tidak dapat disangkal. Ini kerana setiap satu butir berlian adalah berbeza dan mempunyai sifat yang tersendiri. Ia adalah batu permata yang mempunyai daya tahan yang kuat dan tidak mudah pecah.
Fakta Mengenai Berlian
Berlian sering dikaitkan dengan wanita. Terhasilnya berlian menerusi suhu dan tekanan yang tinggi seolah mirip dengan kisah perjalanan seorang wanita yang cekal dan tabah menempuh hari-hari mendatang.
Tanyalah mana-mana wanita, mereka pasti akan teruja dengan berlian.
Berlian tidak pernah gagal untuk membuatkan seorang wanita itu rasa istimewa dan disayangi. Kerana itulah ianya menjadi pilihan utama wanita berbanding puluhan batu permata yang ada di dunia.
Betul tak?
[Dah Baca?] Pertama di Dunia - Cincin Batu Berlian Sepenuhnya
Bagi saya, tidak kira berlian yang jernih mahupun berwarna, kecantikan padanya adalah sukar untuk dibandingkan. Dan menerusi pembacaan saya, didapati setiap jenis berlian yang bernilai tinggi biasanya mempunyai latar belakang yang sangat menakjubkan.
10 Fakta Menarik Mengenai Berlian Yang Harus Diketahui
Di Malaysia, antara pakar yang boleh berkongsi latar menarik dan fakta berkaitan berlian adalah Habib Jewel. Syarikat ini memang terkenal dengan kepelbagaian corak, bentuk serta rekaan batu permata seperti berlian.
Boleh dikatakan, jika ingin mencari permata belian yang bermutu tinggi, maka carilah di cawangan Habib Jewel ini.
Okeh.
Habib Jewel telah berkongsi dengan saya beberapa fakta menarik mengenai permata berlian yang sangat bernilai ini. YEahh .. tambah lagi pengetahuan kita semua mengenai batu berharga ini, terutama sekali buat para wanita.
- Berlian pertama telah dijumpai di India pada empat abad lalu.
- Berlian paling besar yang pernah ditemui adalah di Afrika dengan berat yang sangat mengagumkan iaitu seberat 3,106,75 Karat!
- Wanita pertama yang memakai cincin berlian ialah daripada kerabat diraja Perancis, Mary dari Burgundy apabila Archduke Maximilian dari Austria mempersembahkannya sebagai cincin pertunangan pada tahun 1477.
- Perkataan ‘diamond’ (berlian) berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘adamas’ yang bermaksud tidak terkawal atau tidak dapat dihancurkan.
- Terdapat banyak budaya masyarakat zaman lampau yang mempercayai berlian mempunyai kuasa atau kebolehan untuk melindungi pemakainya daripada bahaya dan menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu.
- Berlian yang paling semula jadi adalah berusia antara 1 billion dan 3.5 billion tahun.
- Berlian sangat unik kerana lebih kurang 250 tan bumi mesti dilombong untuk menghasilkan satu karat berlian.
- Bergantung kepada baki bahan kimia, berlian boleh didapati dalam pelbagai warna seperti biru, kuning, merah jambu, ungu dan hijau.
- Berlian merupakan simbol kekuatan, kesetiaan dan cinta.
- Berlian dihasilkan melalui sebuah elemen, iaitu karbon.
wah tq hh fro sharing
BalasPadamSetakat ni belum jatuh cinta teruk dengan berlian lagi
BalasPadambelian hanya untuk dibeli dan tidak untuk dijual semula..
BalasPadamjual semula jadi tiada harga
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.