Pernah cuba buat jus air Asam Belimbing tak? Aha .. sekarang ni, di kebanyakan tempat, Asam Belimbing atau juga dikenali sebagai Belimbing Buluh dah banyak berbuah lebat. Selain buahnya dijadikan bahan dalam masakan seperti gulai lemak, kari dan dijadikan sambal, sebenarnya buah Asam Belimbing juga sangat sedap dibuat air jus.

Jika di tempat anda ada banyak buah ini, bolehlah cuba membuat air jus Asam Belimbing. Rasanya cukup enak dan menyegarkan. Dan jauh sekali dari rasa masam yang kebanyakkan orang sangkakan. Tak percaya? Cubalah resepi yang saya kongsikan di bawah ini.

Resepi Sedap Jus Air Asam Belimbing

Resepi Jus Air Asam Belimbing Buluh

Sebenarnya, cara menyediakan jus ini sama sahaja dengan cara menyediakan jus buah-buahan biasa. Apa yang diperlukan adalah buah Asam Belimbing atau Belimbing Buluh secukupnya. Janganlah ada 4-5 biji terus dibuat jus, tak berapa sesuai dan nanti rasanya tak cukup sedap. Kalau boleh biar ada seplastik gitu.


Bahan-Bahan

  • Lebih 10 biji buah Asam Belimbing/Belimbing Buluh
  • Air gula
  • 3-5 biji Asamboi

Cara Menyediakan

  1. Basuh semua buah asam, gunakan buah yang segar sahaja. Mana yang dah lembik tu, asingkan.
  2. Basuh dengan bersih termasuk membuang kotoran dan juga sisa tangkai buah.
  3. Masukkan ke dalam pengisar, dan kisar kesemua buah tersebut.
  4. Tapis untuk asingkan serat kasar buah. Dapatkan jusnya sahaja.
  5. Letakkan jus ke dalam bekas dan tambahkan air serta air gula.
  6. Masukkan asamboi.
  7. Simpan di dalam peti sejuk atau boleh terus tambahkan ais.

Air Jus Asam Belimbing

Sebagai tips tambahan untuk rasa sedap jus air Asam Belimbing ni, gunakan nisbah 3 jus dengan 1 air dan 1 air gula. Barulah ada rasa masam-masam manis.

Sejak saya ada dapat bekalan buah ni dari beberapa jiran, serta sanak sedara, maka dapatlah isteri saya menyediakan jus ini beberapa kali. Kadangkala saya beli sahaja di pasar. Harga dalam RM1 - RM2 untuk satu pinggan penuh (5-10 biji).

Pertama kali mencuba, belum sempat simpan 24 jam dalam peti ais, jus ni laris tanpa disangka.

Air buah Belimbing Buluh memang ada khasiatnya sendiri. Malah, ia boleh diamalkan setiap hari untuk mereka yang ada masalah darah tinggi dan juga kencing manis.

Ia juga bagus untuk mereka yang ada masalah jerawat dan mampu melegakan batuk.



Banyak lagi khasiat dan kegunaan buah ini. Dan nak tanam pokok Asam Belimbing pun tak berapa susah. Jiran saya sendiri tanam pokok ini di halaman rumah. Ia tak susah nak dijaga dan buahnya pula memang banyak dan keluar di batang pokok sama seperti pokok buah Nanam atau buah Katak Puru.

Resepi jus buah Asam Belimbing ni bolehlah nanti dicuba semasa dalam bulan Ramadan. Ia memang sedap sebagai hidangan berbuka kerana ia boleh menyegarkan tubuh badan selepas seharian berlapar dahaga. Apatah lagi ia berkhasiat dan baik untuk tubuh badan. Cubalah ya.

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Mmmm... sedapnya... rasa fresh, masam manis... kali pertama sy buat, perut tak tahan, lepas beberapa kali minum, dah serasi... bila cuasa panas sangat, petik buah kat belakang rumah..terus buat, cuma cara saya lain sikit... saya tak 'blender' hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai kata air dia masam. Awal dulu pun ingatkan masam. Yelah biasa buat dlm gulai je.

      Tp.sedap bila dah jadi jus.

      Delete
  2. baru baca jer dah terasa kemasamannya. Boleh cuba nie, elok agaknya untuk menurunkan berat badan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement