Anak saya, Zikri pun boleh buat Jem Nanas sendiri. Jika anda peminat jem, bolehlah cuba resepi dan cara menyediakan jem ini sendiri di rumah, in Sha Allah, ianya tahan lama dan mudah untuk dibuat.
Cara Buat Jem Nanas Homemade Yang Sedap Tahan Lama
Untuk menghasilkan jem buah-buahan yang sedap, kena cari buah yang sedang-sedang masak, bukan masak ranum dan tidak juga terlalu muda. Jika nak buat Jem Nenas, kena cari yang ada rasa masam-masam sikit, barulah nanti akan terasa kenanasannya .. eh .. hehe.
Ok. Nak tahu rahsia untuk jadikan Jem Nanas tahan lama tanpa barang pengawet?
Caranya mudah, ketika memotong buah Nanas, ambil sekali empulurnya untuk dikisar. Jangan dibuang. Ia juga menambah rasa serat pada jem.
Jom tengok bahan-bahan untuk membuat Jem Nanas sendiri ni ..
Bahan-Bahan
- Sebiji Nanas (separa masak)
- Gula
- Garam
- Daun Pandan (optional)
- Pewarna kuning (optional)
Cara Penyediaan
- Kupas buah Nanas dengan buang kulit dan juga 'mata'.
- Potong kecil agar mudah untuk dikisar. Kisar sehingga separa lumat. Jangan sampai terlalu halus, nanti tak terasa serat Nanas tu. Boleh tambah sedikit air untuk mudahkan buah dikisar.
- Tapis buah yang telah dikisar untuk diasingkan jusnya. Tetapi jangan buang semua jus. Masukkan serat Nanas yang telah ditapis tadi ke dalam periuk dan panaskan.
- Tambahkan gula secukupnya (kena rasa sendiri ikut citarasa). Tambahkan sedikit garam (untuk naikkan rasa buah Nanas). Kacau bahan-bahan ini dengan api sederhana.
- Tambah sedikit pewarna kuning jika perlu - kalau warnanya pucat. Boleh tambah daun pandan untuk bau wangi, tetapi lebih baik biarkan sahaja bau Nanas.
- Kacau sehingga ia jadi likat dan pekat.
- Bila dah likat tu, tuangkan ia dalam bekas dan biarkan ia sejuk seketika, kemudian barulah simpan ke dalam peti sejuk.
Pembuatan jem sendiri ini menjadi antara kerja kursus anak saya semasa belajar di rumah waktu Covid-19. Alhamdulillah, jem dihasilkan memang menjadi dan rasanya sedap.
Anak saya siap botolkan lagi Jem Nanas yang telah dibuat sendiri...hehe .. presentation untuk kerja kursus, mestilah perlu menarik .. ye tak?
[Dah Baca] Senarai dan Resepi 13 Biskut Raya Popular
Jem ini boleh dijadikan bahan untuk membuat biskut Tart Nanas yang sememangnya popular waktu Raya.
Cubalah.
mudah jer buat jem nenas nie... nak rajin jer
ReplyDeleteBetul. Nak kena rajin je. Resepi sama je dgn bahan lain.
DeleteRamadhan kareem semoga ramadhan ini lebih bermanfaat dan lebih baik dari tahun2 sebelumnya
ReplyDeleteWahhh pandainya Hanif buat Jam... Nampak sedap
ReplyDeleteSedap.. kejap je abis .. huhu .. sbb skit ..haha
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.