Cari rujukan untuk hadapi Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen? Ujian ini adalah merupakan ujian khas berkaitan personaliti dan menguji integriti untuk calon-calon yang akan berkhidmat dalam instistusi atau jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ujian ini telah diperkenalkan KDN sebagai satu alternatif kepada Ujian Psikometrik yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sistem Pemprofilan Rekrutmen atau dikenali sebagai SPiER ini adalah ujian khas untuk penjawat awam kategori penguatkuasa.

Rujukan untuk Persediaan Ujian SPiER KDN

Rujukan Ujian SPiER

SPiER KDN
adalah sistem yang digunakan untuk pengambilan kakitangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya bagi penguatkuasa, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen. Ia merupakan tiga sistem ujian psikometrik secara berkomputer atau online.

Ujian penilaian secara online ini dibangunkan secara spesifik mengikut keperluan setiap agensi atau jabatan di bawah KDN. Dalam erti kata lain, setiap agensi dan jabatan penguatkuasaan di bawah KDN akan mempunyai ujian SPiER yang khas dan tersendiri sebagai ujian saringan.

Rujukan Persediaan Ujian SPiER

Ianya adalah ujian penilaian dengan set bateri psikometrik yang mengandungi beberapa alat ujian psikometrik dibangunkan bagi tujuan saringan awal calon baru.

Amnya SPiER akan menilai calon dari segi personaliti, integriti, kesihatan mental, kompetensi dan patriotisme; sama seperti Ujian Psikometrik yang dikendalikan SPA.

Jadi, untuk calon-calon yang terlibat atau dipanggil untuk menghadapi peperiksaan atau ujian SPiER untuk jawatan penguatkuasa di bawah KDN, saya syorkan untuk mendapatkan rujukan serta contoh soalan berkaitan Ujian Psikometrik.

Contoh Soalan Ujian

Berikut adalah contoh soalan untuk ujian SPiER ini:

1. Saya seorang yang suka bekerja dalam pasukan

  • A. Ya
  • B. Tidak

2. Saya seorang yang amanah

  • A. Ya
  • B. Tidak

3. Saya boleh bekerja di bawah tekanan

  • A. Ya
  • B. Tidak

4. Saya berpendapat memberikan hadiah adalah galakan untuk bekerja lebih baik

  • A. Setuju
  • B. Tidak setuju

5. Setiap pegawai kerajaan perlu mematuhi setiap arahan ketua jabatan

  • A. Setuju
  • B. Tidak setuju

6. Menjaga kedaulatan negara adalah tugas penguatkuasa

  • A. Setuju
  • B. Tidak setuju

7. Saya adalah seorang yang mudah cemburu pada kejayaan orang lain

  • A. Benar
  • B. Tidak benar

8. Saya tidak boleh bekerja secara terburu-buru

  • A. Benar
  • B. Tidak benar

9. Saya suka dipuji untuk setiap tugasan yang berjaya disiapkan

  • A. Benar
  • B. Tidak benar


Tips Menjawab Soalan Ujian SPiER

Dalam menghadapi atau menjawab soalan ujian SPiER ini, calon dikehendaki menjawab soalan dengan jujur tetapi dalam masa yang sama menonjolkan sifat-sifat positif, sesuai dengan soalan ditanya.

Setiap soalan biasanya berkait antara satu sama lain, tetapi disusun dalam bentuk yang mampu memerangkap calon - samada sedar atau tidak. Semua soalan perlu dijawab dengan pantas dalam tempoh ditetapkan.

Jika anda adalah calon yang terlibat dengan ujian SPiER ini, boleh gunakan pakej ebook Rujukan Ujian Psikometrik yang disediakan oleh Tim Infokerjaya.

Ebook Percuma Rujukan SPiER Imigresen

Pakej rujukan Ujian Psikometrik Infokerjaya ini mengandungi set-set contoh soalan yang sesuai digunakan sebagai latih-tubi ujian SPiER sebagai persediaan sebelum ujian sebenar. Ia boleh mempersiapkan calon selain membantu calon mengenal-pasti soalan psikometrik yang mengelirukan.

Kepada rakan pembaca yang terlibat dengan SPiER ini, saya doakan anda berjaya di dalam ujian ini nanti. Ingat tips penting ini -tonjolkan nilai positif diri.

Untuk dapatkan pakej rujukan, boleh klik link disediakan di bawah ini:

Klik Sini Untuk Info Lanjut


6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Jenuh la nak jawab 99 soalan dlm masa 30 minit. Tapi nasib baik lah selection jawapan dia ya/tidak jer😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kena jawab pantas .. tak sempat nak fikir panjang. Masa pembangunan sistem ni, memang dibuat macam tu supaya seboleh2nya nak dapatkan result yang benar jujur.

      Delete
  2. baru tahu pasal ujian spier ni hehe maklum la da lama tak login spa haha

    ReplyDelete
  3. macam ujian personality nak masuk asrama hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Soalan pun banyak ... kalau otak tak pickup .. susah gak nak habiskan. Lagi soalan yang nampak serupa tapi tak sama ... hehe

      Delete
  4. saya baru tahu juga tentang perkara ini

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement