Tetapi, daripada penelitian rambang yang saya buat berdasarkan pertanyaan kepada penjual selain promosi dilakukan penjual menerusi media sosial, saya dapati harga jualan buah durian masih lagi tinggi. Misalnya, buah durian kampung dari Balik Pulau, dijual antara RM15-RM18 sekilogram. Manakala harga buah durian kahwin, rata-rata dijual melebihi RM25 sekilogram.
Harga Jualan Buah Durian Popular Balik Pulau
Sebelum ini, ada penguasah kebun buah durian dari Sungai Pinang yang melaporkan bahawa harga jualan buah durian terutama dari sekitar Pulau Pinang akan turun antara RM5 - RM10 bagi setiap sekilogram.
Misalnya, buah durian Pulau Pinang D604 yang sebelum ini berharga RM38 sekilogram kini dijual pada harga hanya RM28 per kilogram.
Berita tersebut memang mengujakan terutama sekali buat penggemar durian seperti saya sekeluarga.
Namun, realitinya sejak bermulanya PKP 3.0, harga buah durian Balik Pulau masih lagi dianggap mahal malah ada akhbar melaporkan harga buah durian ini, baik durian kampung mahupun durian kahwin, dijual dengan harga kayangan.
Jika dulu, keenakan buah durian boleh dinikmati penduduk kampung dengan harga antara RM3 - RM5 sekilogram (durian kampung). Tetapi sekarang tidak lagi.
Buah durian kampung kini dijual sekitar RM10 hingga RM15; durian kahwin (RM25 hingga RM35); D2 (RM25 hingga RM28); D24 (26 hingga RM30); 604 (25 hingga RM28), Ho Lor (RM38-RM40); Musang King (RM65 hingga RM75) dan Duri Hitam (RM75 hingga RM100) sekilogram.
Senarai Harga Buah Durian Popular Pulau Pinang (Bukan Rasmi)
Berikut adalah senarai harga buah durian dari Balik Pulau sewaktu PKP 3.0:
Jenis Durian (Gred) | Harga Sekilogram (RM) (termasuk kulit) |
---|---|
Kampung Kahwin (A) | 15 |
Ang Bak Kia/ M5 | 20 |
D14 | 18 - 25 |
D11 | 15 - 20 |
Khun Poh | 30 -32 |
Lipan | 30 - 32 |
Hor Lor | 35 - 38 |
Kulit Hijau / D15 | 24 - 30 |
D604 Lak Kong Si | 20 |
D175 / Udang Merah | 29 - 38 |
Choo Chun | 32 |
Bakyu | 32 |
747 Kapal Terbang | 27 |
Ganja | 24 |
Kunyit | 20 |
IOI | 35 |
Harga di atas berdasarkan daripada senarai harga beberapa penjual buah ini yang saya peroleh menerusi pertanyaan, samada di Facebook, WhatsApp dan juga di gerai jualan.
Harga tertera mungkin berbeza mengikut tempat jualan dan bergantung kepada jualan oleh peraih atau pemborong.
Peniaga buah di Pahang pula, ada berkongsi harga buah durian ini dari sana:
Bagi durian kampung, harga jualan antara RM8 hingga RM22 sekilogram (kg) mengikut gred. Bagi buah durian popular Musang King pula dari RM25 hingga RM50 sekilogram, durian IOI dijual antara RM30 - RM35/kg), Udang Merah (RM30/kg), D13 (RM22-RM28/kg) dan D88 (RM22/kg).
Perkongsian ini hanya sebagai panduan am sahaja. Apa pendapat anda dengan harga jualan buah durian sewaktu negara berada di dalam PKP 3.0 ini?
Saya pernah dulu ke Penang dan beli makan durian di gerai, situ laa saya kenal ioi Tuan.. punyalah sedap, cuma saya tak gemar sebab isi tebal, naik muak makan lelama,, nasib pahit.. kalau manis, saya tolak tepi..
ReplyDeletepernah makan udang merah dekat teluk bahang.sedap giler.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.