Memandangkan negara masih lagi bergelut dengan pandemik Covid-19, dan angka kematian harian semakin meningkat dan kes melepasi angka 5000 sehari, kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. PKP kali ini juga dikenali sebagai Lockdown 1.0 yang melibatkan beberapa fasa menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Banyak aktiviti tidak dibenarkan, malah ramai peniaga yang terpaksa 'berehat'. Ia memberikan impak dan kesan pada ramai orang. Ramai yang tidak tahu apa yang harus dilakukan dalam tempoh PKP 3.0 yang kini berlanjutan sehingga penghujung Jun 2021.

4 Projek Bermanfaat Yang Boleh Anda Lakukan Waktu Lockdown (PKP 3.0)

Projek Lockdown

Sebelum ini saya ada kongsikan 5 projek lockdown yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan. Kali ini saya ingin kongsikan beberapa lagi projek lockdown yang boleh anda lakukan dalam tempoh lockdown yang diumumkan kerajaan.

Jika sebelum ini, saya berkongsi bagaimana menambah-baik kehidupan dengan mencari alternatif menjana pendapatan, kali ini saya nak kongsikan pula satu projek yang dapat anda lakukan untuk kesihatan serta penampilan fizikal yang lebih menarik.


1. Projek Kurus dan Tampil Sihat

Projek Waktu PKP Boleh Dilakukan

Ramai yang sebelum ini merungut tiada masa untuk menjaga kesihatan atau memperbaiki penampilan diri .. nah waktu lockdown inilah anda boleh melakukannya. Anda boleh mulakan projek kuruskan badan untuk tampil lebih sihat. Amacam?

Eerrr ... tetapi jika anda sudah sememangnya memiliki tubuh yang kurus dan sihat, maka saya fikir tak perlulah buat projek ni...

Anda mempunyai banyak masa untuk merealisasikan projek kurus ini.

Perkara paling penting ialah mencari teknik, cara, kaedah dan ilmu untuk menguruskan diri dengan cara yang betul dan sihat. Anda ada capaian maklumat dari pelbagai sumber, samada menerusi laman web, blog, media sosial mahupun menerusi kumpulan makcik-makcik bawang dalam Whatsapp atau Telegram.

Malah, rancangan tv pun banyak menyajikan cara untuk mendapatkan tubuh yang kurus dan sihat.

Dulu, anda tak ada maca nak mendapatkan pengetahuan yang benar dan sesuai untuk menguruskan badan, jadi kali ini anda boleh buat.

Ada banyak cara yang mudah, murah dan yang tidak banyak mengeluarkan wang untuk menguruskan diri secara sihat.

Anda ada pilihan untuk tidak menggunakan supplement atau vitamin tambahan dalam proses menguruskan diri kerana anda sudah ada pengetahuan yang agak banyak mengenai cara terbaik untuk menguruskan badan dengan betul dan secara sihat semulajadi.

Anda tidak lagi mudah terpedaya dengan pelbagai iklan yang mungkin too good to be true tu.


2. Projek Kebun Mini

Saya tinggal di kawasan taman perumahan. Saya bernasib baik walaupun menduduki rumah teres dua tingkat, masih ada sekangkang kera kawasan lapang yang boleh dijadikan sebagai tempat untuk berkebun.

Hurmm cuma, cara berkebun tidaklah sama macam orang lain yang benar-benar bertanah. Dek kerana kawasan yang terhad, kena guna cara alternatif dengan bercucuk-tanam menggunakan pasu.

Lihat pada jenis tanaman yang ingin ditanam, jika jenis berbuah, kena gunakan pasu yang besar. Sekarang ni, pasu besar daripada plastik banyak dijual dengan harga yang mampu milik.

Selain harga lebih murah, ia juga lebih ringan. Jadi, jika ada keperluan untuk mengalihkan pasu nanti, tak adalah gunakan kudrat yang banyak.

Projek Lockdown

Ada banyak jenis tanaman yang boleh ditanam di dalam pasu untuk projek kebun mini ni.

Antaranya ialah tanaman cili (cili api/cili merah), buah Tin, Tomato, Bendi, Bayam, Limau Manis, Limau Kasturi, Limau Nipis, Serai, Kunyit, dan macam-macam lagi.

Pasu kecil boleh digunakan untuk menanam Bayam Hijau, Bayam Merah, Pegaga, Pudina, Kesum, Bawang, Kucai dan sebagainya.

Amnya kebun boleh dipenuhi dengan pelbagai jenis tanaman yang berguna untuk kegunaan seharian. Tidak perlu keluar rumah untuk ke pasar jika semua yang diperlukan ada di kebun kecil milik sendiri.

Ia akan ambil masa untuk dapatkan hasil, tetapi dalam tempoh lockdown, in sha Allah ... boleh merasa hasil keringat sendiri. Tak rugi berbudi pada tanah ni, lagipun tanam sendiri lebih berkat dan boleh buat pahala... in Sha Allah.

Oh ya, berkebun juga merupakan aktiviti yang bagus untuk projek menguruskan badan... dan menariknya, anda boleh tanam tanaman yang boleh bantu anda dalam projek menguruskan badan tu.

3. Projek Saham

Projek Lockdown

Siapa yang ada modal - mungkin duit dari KWSP atau duit bantuan dari kerajaan, bolehlah gunakan sebahagiannya untuk projek saham. Ia adalah projek jangkamasa panjang untuk menambah harta dan juga wang.

Ada banyak instrumen untuk melakukan projek ini; iaitu projek melabur di dalam pasaran saham!

Seperti mana-mana projek yang telah saya kongsikan, perkara penting perlu ada adalah ilmu pengetahuan mengenainya. Benda mengaitkan duit ni perlu berhati-hati supaya tak lebur begitu sahaja kerana kesilapan.

Projek Buat Duit Waktu PKPK

Ingin melabur di dalam pasaran saham, dan benar-benar menjana keuntungan darinya mestilah berbekalkan pengetahuan yang nanti akan meningkatkan juga pengalaman.

Dapatkan dahulu sebanyak mungkin ilmu pasal pelaburan saham ini sebelum anda "buat praktikal" dan mencampakkan duit anda ke dalam pasaran saham.

Nasihat saya, baca dahulu artikel, beli ebook atau buku, sertai webinar, tonton video, masuk group-group sembang berkaitan saham dan sebagainya. Jangan lupa bina circle kawan-kawan yang bergiat dalam perkara yang sama.

Lepas dah buat semua itu dan anda dah betul-betul jelas dan faham bagaimana proses menjana keuntungan dengan saham itu boleh berlaku.. barulah anda betul-betul letakkan duit anda di pasaran saham.

Gunakan tempoh lockdown ini untuk timba dan lombong ilmu mengenai pelaburan saham dulu.

4. Projek Affiliate


Saya tak pasti samada anda menyedari kewujudan program affiliate ini. Jika ini pertama kali mengetahuinya, maka anda pasti seorang yang pertama kali membaca blog saya...huhu...

Saya telah beberapa kali menerbitkan dan berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya di dalam program affiliate ini. Ia antara punca pendapatan utama saya sejak menulis blog (bermula tahun 2017).

Ringkasnya, program affiliate adalah seperti agen pemasaran.


Anda menjana wang menerusi komisen jualan produk yang berlaku menerusi pautan khas disediakan untuk anda.

Dengan kata lain, anda boleh daftar sebagai agen di sesebuah website, kemudian, anda promote website tersebut menggunakan link affiliate yang disediakan khas kepada anda.

Selepas itu, jika ada orang yang klik link anda itu dan kemudiannya membuat pembelian di website tersebut, maka, anda akan dapat komisen.

Komisen pula bergantung .. ada yang memberikan sehingga 60% daripada harga jualan, ada pula cuma sekadar 0.7%. Jadi, terserah nak pilih mana-mana program affiliate yang sesuai dengan anda.

Contohnya macam program affiliate Klikjer. Pendaftaran adalah percuma, dan komisen diberikan adalah 50% daripada harga jualan produk.

Jika anda mendaftar program affiliate dengan Involve Asia, anda ada puluhan produk yang boleh anda pilih daripada puluhan malah ratusan syarikat yang ada, termasuklah Agoda, Booking.com, Lazada, Shopee, Zalora, Mydin, Nike, Adidas dan banyak lagi.

Namun, komisen agak kecil. Pendaftaran juga percuma.


Sekali lagi nak ingatkan, untuk jadi affiliate ini... ia PERCUMA sahaja.. tak perlu bayar apa-apa yuran.

Jika ada yang kenakan yuran tu, mungkin ia cuba scam anda. Maka berhati-hatilah ya.

Program affiliate adalah cara menjana wang di internet antara paling mudah dan hampir tidak mengeluarkan sebarang modal (kecuali jika anda nak gunakan pengiklanan untuk promosi).

Paling best, tiada ikatan atau kontrak. Jika tak boleh buat, boleh tinggalkan. Jika tak datangkan hasil, anda boleh berhenti.

Dan ia juga tidak perlukan anda buat ia sepenuh masa, boleh buat secara sambilan sahaja.. iaitu selepas waktu kerja anda... time-time anda tengah rehat di rumah, selepas makan ke... atau sewaktu tengah duduk rilek-rileks main smartphone.

Nak join program affiliate percuma Klikjer? Klik Sini untuk Daftar

Okeh... rasanya cukuplah sampai sini dulu perkongsian saya mengenai projek lockdown yang boleh anda buat.

Ada banyak lagi perkara positif yang boleh dibuat dalam tempoh PKP yang kini sudah ke versi PKP 3.0. Samada ia memberikan impak pada kedudukan kewangan, mahupun kepada perkara kerohanian, penampilan fizikal dan kekuatan mental.

Semoga berjumpa lagi nanti dalam perkongsian akan datang.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Rugi tak ambil peluang waktu pkp.ni gunakan masa sebaiknya

    BalasPadam
  2. banyak benda boleh buat time pkp ni, terima kasih atas cadangan. jemput baca Lhdn e filling , logo printing , mekanik

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement