Ini menyebabkan bukan sahaja pembeli kerugian, tetapi juga pihak penjual di Shopee. Apabila barang rosak atau pecah, ia akan memberikan impak dan review yang kurang baik kepada kedai Shopee mereka.
Panduan Peniaga Shopee - Tatacara Pembungkusan Barang Yang Betul
Pihak Shopee sedar akan masalah ini, lalu menyarankan tatacara yang betul dan selamat untuk membungkus produk yang dipesan pelanggan. Penjual yang bertanggungjawab seharusnya mengikut tips diberikan ini bagi memastikan produk yang dijual selamat sampai kepada pembeli.Dengan tatacara pembungkusan yang betul serta penggunaan material yang sesuai untuk membungkus produk, ia mampu:
- Elakkan kerosakan atau kelewatan pesanan semasa penghantaran;
- Elakkan permintaan bayaran balik atau refund kerana produk rosak yang dilaporkan oleh pembeli;
- Dapatkan ulasan yang lebih positif dan kepuasan pembeli yang lebih tinggi apabila produk diterima dalam keadaan sempurna.
Bergantung pada jenis produk yang hendak dihantar kepada pelanggan, penjual mungkin perlu menggunakan teknik dan bahan pembungkusan yang berbeza. Pastikan membiasakan diri dengan pelbagai keperluan pembungkusan untuk pelbagai jenis produk.
Tatacara Membungkus Produk Dengan Selamat dan Betul
Amnya, tatacara pembungkusan yang selamat dan betul adalah dengan menggunakan kotak dan juga pita pelekat.Jika anda seorang penjual di Shopee, boleh ikuti panduan am di bawah ini untuk membungkus produk:
Jika anda seorang penjual pakaian seperti baju atau seluar, atau produk kain; adalah disarankan anda melapik produk tersebut dengan kadbod sebelum diisikan ke dalam plastik pembalut.
Peranti elektronik bernilai tinggi seperti tablet, komputer riba, monitor dan TV adalah rapuh dan harus dibungkus dengan lebih teliti untuk mengelakkan kerosakan. Ikuti langkah-langkah ini semasa mengemas elektronik bernilai tinggi.
Gunakan kadbod yang tebal yang saiznya lebih besar dari peranti. Asingkan aksesori peranti jika ada pada bungkusan berlainan. Gunakan styrofoam untuk isi ruangan kosong pada kadbod atau kotak. Gunakan pita pelekat untuk tutup bahagian terbuka serta seal dengan kemas.
Guna Extra Bubble Wrap
Untuk lebih selamat ...
Bungkus kotak pembungkus dengan extra bubble wrap untuk lebih selamat dan menyakinkan. Ia boleh membantu menyerap hentakan apatah lagi apabila sekarang banyak orang sudah tahu cara nak berniaga secara online. Pasti banyak barang dan produk di tempat atau hub penghantaran untuk diproses.
Dan untuk barangan mudah pecah seperti alat elektronik, kaca dan gelas, produk cecair dan seumpamanya ... lekatkan pelekat mudah pecah di luar kotak atau pembungkusan. Letakkan lebih daripada satu pelekat dan letakkan juga pelekat top atau bottom sebagai tambahan.
Lagipun banyak kes berlaku kerosakan barang kerana pembungkusan yang kurang kemas dan sekadar dibuat sambil lewa. Walhal, ia penting dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjual selain memastikan penjual terutama di Shopee mendapat rating dan review yang terbaik.
Bahan-Bahan Untuk Membalut dan Pembungkusan
Berikut adalah beberapa barang atau perkakasan yang boleh membantu penjual untuk membungkus produk dengan lebih baik dan selamat sebelum penghantaran ...Semoga ia membantu dan boleh menjadi panduan kepada penjual terutama di Shopee.
pembungkusan brg memang penting..tambah kalau bnda tu kaca..mudah pecah. lagi la kena doublekan pack
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.