Menurut Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin, GPN pada 2019 adalah 4.86 manakala 4.89 pada 2018, 4.90 pada 2017 dan 5.05 pada 2016. Untuk pengetahuan, nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon SPM yang lebih baik; begitulah sebaliknya.
Top 10 MRSM Terbaik Bersandarkan Keputusan SPM 2020
Amnya tahun 2020, peratus calon yang layak menerima sijil SPM meningkat sebanyak 1.96 peratus iaitu 88.68 peratus berbanding 86.72 peratus pada tahun 2019. Malah, calon berkeperluan khas (CBK) yang layak menerima sijil SPM pada tahun 2020 juga meningkat kepada 68.22 peratus, berbanding 61.34 peratus pada 2019.
MRSM Catat Keputusan Cemerlang SPM 2020
Daripada keputusan SPM 2020 yang telah diumumkan pada 10 Jun 2021, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mencatatkan prestasi cemerlang dengan beberapa MRSM mencatatkan GPM (Gred Purata Maktab) kurang daripada 2.0.Senarai 10 MRSM tersebut adalah:
- MRSM Tun Ghafar Baba
- MRSM Langkawi
- MRSM Taiping
- MRSM Alor Gajah
- MRSM Kuala Kubu Bharu
- MRSM Johor Bahru
- MRSM Kuantan
- MRSM Pengkalan Hulu
- MRSM Gemencheh
- MRSM Tun Dr Ismail
Secara keseluruhan SPM 2020 bagi MRSM mencatatkan indeks Gred Purata Maktab (GPM) 2.359 yang menunjukkan peningkatan prestasi berbanding SPM 2019 (2.538) dan SPM 2018 (2.458). Malah, MRSM juga mencatata 100 peratus gred lulus dalam semua subjek.
Seramai 1,098 calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mendapat semua A (A+, A dan A-) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang diumumkan. Dalam jumlah tersebut, seramai 22 orang calon berjaya mendapat A+.
Tahniah diucapkan kepada semua tenaga kerja, tenaga pengajar, ibubapa dan juga pelajar (calon SPM 2020). Sesungguhnya kejayaan manis ini akan menjadi antara kayu pengukur kepada keputusan SPM akan datang, memandangkan ia dijalankan di waktu negara bergelut dengan Pandemik Covid-19.
tahniah semua yang berjaya
ReplyDeletealhamdulilah dan tahniah kepada mereka yang berjaya
ReplyDeletealhamdulillah..tahniah pada anak2 yg berjaya dengan cemerlang
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.