Salah satu usaha kerajaan adalah dengan memperkenalkan moratorium. Ia antara topik hangat diperkatakan kerana beberapa sebab, antaranya adakah ia bagus dan sesuai untuk diambil dalam keadaan sekarang yang serba memaksa?
Isu Hangat Moratorium 3.0
Apatah lagi dalam pengumuman dibuat kerajaan, moratorium kali ini yang dikenali moratorium 3.0 ada banyak isu berbangkit dan menjadi persoalan ramai orang. Sana-sini orang membahaskan samada wajar atau tidak untuk ambil moratorium yang ditawarkan oleh pihak pemberi pinjaman.
Sebabnya dari garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak bank...
Moratorium kali ini, nampaknya tidak sama seperti moratorium 1.0 yang diberi oleh pihak bank pada tahun 2020 yang lalu.
Ringkasnya.. Jika kita ambil morotarium kali ini.
Kadar faedah akan bertambah.
Ianya mungkin akan memberikan sedikit kelegaan pada waktu ini, tetapi, akan membebankan di hari kemudian. Harap-harap.. di hari kemudian itu.. jika anda salah seorang yang terbeban dengan keadaan hutang sekarang .. sudah ok dan mampu untuk menampungnya.
Perlu Atau Tidak Ambil Tawaran Moratorium?
Adakah perlu atau tidak ambil morotarium kali ini?
Ok, ini jawapan ringkas yang saya peroleh daripada rakan yang arif dalam soal ini ...
Jawapan 1 = Ya! Jika anda sedang terdesak dan memang tak mampu nak bayar hutang buat masa ini.
Moratorium ini akan mengurangkan sedikit bebanan anda buat masa ini, ia tidak hilangkan hutang.. ia hanya tangguh dan tambah hutang anda ke kemudian hari. Begitulah hakikatnya ...
Harap-harapnya, mudah-mudahan, in Sha Allah di kemudian hari, situasi dan keadaan kewangan anda sudah bertambah baik dan dapat menampung bebanan "faedah" tambahan yang dikenakan akibat morotarium yang diambil.
Jawapan 2 = Tidak! Jika pendapatan anda tidak terjejas dan anda mampu untuk membayar seperti biasa.
Moratorium kali ini tidak sesuai untuk anda berkira-kira dan "saje-saje" kononya nak simpan dan ada "duit lebih" sebab tak perlu bayar hutang.
Satu hakikat yang perlu kita faham dan terima... Moratorium 3.0 tidak akan melangsaikan hutang... sebaliknya ialah ...
Ia hanya menangguhkan hutang dan menjadikan hutang tersebut lebih besar di kemudian hari.
Dan hutang.....sebagaimana dituntut dalam agama adalah sesuatu yang wajib dibayar.
Tergantung amalan-amalan yang dibuat di dunia ini (setelah meninggal dunia) kerana hutang yang tidak dilunaskan.
Hmm... kalaulah hidup ini tiada hutang.. mesti seronok kan?
Ramai yang berimpian agar hidup tanpa hutang. Bebas hutang. Bebas bebanan kewangan. Hilang kerisauan kerana faktor kekangan kewangan dan hutang.
Sebenarnya... kita boleh sahaja hidup tanpa hutang!
Klik link dibawah untuk tahu cara hidup bebas tanpa hutang!
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.