Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia telah mengumumkan satu peperiksaan online khusus untuk calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 iaitu Ujian Psikometrik. Ujian ini dijalankan untuk membuat penilaian lanjutan calon yang telah lulus Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE).
Ia adalah ujian wajib lulus bagi mengikuti Program Pascasiswazah Pengurusan Awam untuk sesi 2022 di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).
Tips Menduduki Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir Diplomatik M41
Ramai yang bertanya saya, apakah dia ujian Psikometrik ini? Apakah tips terbaik untuk menghadapi ujian dan bagaimana bentuk soalan yang akan ditanya di dalam ujian ini nanti.
Secara amnya, ujian ini adalah untuk menilai sikap atau tingkahlaku, personaliti atau kompetensi seseorang calon samada sesuai atau tidak dengan jawatan yang dipohon. Dengan kata lain, adakah calon tersebut mempunyai keserasian dengan jawatan.
Contoh mudah ujian ini adalah seperti berikut:
Berkaitan Pekerjaan
Kritikan boleh menghalang peningkatan prestasi kerja.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
Berkaitan Organisasi
Saya peka kepada perubahan persekitaran.
A. Ya
B. Tidak
Kerja Berpasukan
Saya selalu bertanya jika kawan saya kelihatan mempunyai masalah.
A. Benar
B. Tidak Benar
Ujian ini akan mengukur tret-tret individu atau personaliti dari pelbagai sudut keserasian. Sudut keserasian ini diuji bersandarkan kepada beberapa domain serta indikator penilaian, contohnya:
Kompetensi
- Kerjasama
- Daya Tahan
- Kepatuhan
- Yakin Diri
- Keberanian
- Minat
- Analitikal
Personaliti
- Extraversi
- Kebersetujuan
- Kehematan
- Kestabilan Emosi
- Keterbukaan
Integriti
- Amanah
- Tanggungjawab
- Ikhlas
- Disiplin
- Keadilan
- Kerohanian
Berdasarkan panduan am Ujian Psikometrik daripada pihak SPA, calon perlulah menjawab dengan jujur bertepatan dengan nilai-nilai positif dalam diri. Jawapan yang diberikan oleh calon menerusi ujian ini akan dianggap sebagai respon bertanggungjawab oleh calon.
Seterusnya setiap respon akan dianalisis sesuai dengan kehendak perjawatan - samada wujud keserasian atau tidak.
Ujian Psikometrik kebiasaanya dilakukan dalam tempoh 20-30 minit. Namun, daripada pengalaman saya membantu calon kerja kerajaan, ada ujian ini yang mengambil masa sehingga 60 minit yang melibatkan 200 soalan.
Penentuan faktor kejayaan di dalam Ujian Psikometrik ini adalah berdasarkan kepada skor merit calon serta nisbah lantikan/simpanan untuk satu-satu perjawatan. Jadi, penarafan lulus atau gagal - berjaya atau tidak berbeza antara perjawatan.
Berikut ada beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik yang disesuaikan dengan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41:
1. Saya sentiasa mencari kesempatan untuk membina hubungan interpersonal yang akrab dengan rakan sejawat.
A. Ya
B. Tidak
2. Saya lebih berorientasikan keputusan segera daripada melihat hasil yang lebih besar.
A. Ya
B. Tidak
3. Saya berharap dapat menjadi ketua yang baik.
A. Ya
B. Tidak
4. Jika mengamalkan sikap merendah diri, saya akan dipandang rendah.
A. Ya
B. Tidak
5. Bangun awal pagi adalah bukan satu masalah kepada saya.
A. Ya
B. Tidak
6. Mencuba perkara baru setiap hari
B. Setuju
C. Tidak setuju
7. Belajar dari kesilapan diri sendiri
A. Setuju
B. Tidak setuju
8. Membiarkan orang lain menjadi ketua
A. Setuju
B. Tidak setuju
9. Bekerjasama dalam satu pasukan
A. Setuju
B. Tidak setuju
10. Memberi hormat kepada orang berpangkat tinggi
A. Setuju
B. Tidak setuju
Soalan ujian ini akan ditanya dalam pelbagai bentuk. Malah, setiap calon akan menerima set soalan yang berbeza namun amnya tret soalan adalah sama.
Dalam banyak-banyak peperiksaan dan ujian dilakukan oleh SPA, ujian inilah yang paling mudah. Pun begitu, terdapat beberapa soalan yang mampu memerangkap calon sehingga gagal mendapat markah merit yang baik.
Awas Perangkap Soalan Psikometrik
Soalan perangkap ini kadangkala saling-kait dengan beberapa soalan lain dalam set yang sama. Dari sini ia akan menguji dan menilai sejauh mana kejujuran calon dalam memberikan respon yang sepatutnya.
Bagi membantu calon, saya syorkan agar banyak melakukan latih-tubi contoh soalan ujian ini agar dapat membiasakan diri dengan pelbagai bentuk domain serta indikator penilaian tret personaliti.
Latih Diri Bersikap dan Berminda Positif
Perlu latih diri untuk bersikap positif dari segi emosi, sikap, tindakan, pemikiran ... mental dan juga fizikal. Sebelum ujian sebenar, banyakkan membaca buku motivasi, selain amalan baik seperti membaca Al Quran dan juga bersedekah.
Percaya atau tidak, ia akan membantu secara tak langsung di dalam memberikan respon yang sepatutnya untuk ujian ini nanti.
Semoga bermanfaat dan selamat berjaya di dalam Ujian Psikometrik PTD M41.
Oh ya, tips terakhir ... terapkan dalam diri apakah nilai-nilai yang baik yang perlu bagi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik, dan kesanggupan diri untuk menempuh dan mengikuti Program Pascasiswazah Pengurusan Awam.
Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik 2021
Buat calon yang tercari contoh-contoh soalan untuk persediaan latih-tubi Ujian Psikometrik, anda boleh menggunakan rujukan Ujian Psikometrik disediakan oleh Tim Infokerjaya.
Pakej rujukan ini menyediakan lebih 200 contoh soalan sebagai persediaan dan ianya boleh ditempah secara online menerusi pautan/link di bawah ini:
Info Pakej Rujukan Ujian Psikometrik
Anda juga akan diberikan beberapa tips lain terutama bagaimana untuk mengetahui perangkap-perangkap soalan ujian yang boleh menggagalkan calon.
Selamat menelaah. :)
Bagusnya siap dah ada tips haaaa.. walau Saya ni tak tau apa sebenarnya ujian ni, tapi bila baca, menguji minda gak yaa..
ReplyDeleteBagus pengkongsian tips ni
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.