Salah satu cara untuk memasak lemang sendiri di rumah adalah dengan menggunakan pulut yang dikukus dalam balutan daun pisang. Ia adalah alternatif kepada lemang kukus menggunakan cawan atau gelas.
Pengalaman Pertama Kali Memasak Lemang Kukus Daun Pisang
Jika sekali tengok Lemang Daun Pisang ni, ia macam Pulut Dakap je. Tapi Pulut Dakap ada inti dalam cara penyediaannya.
Ketika Hari Raya tempoh hari, isteri saya telah ambil kesempatan untuk menghasilkan lemang kukus ini. Sebelum ini pernah gunakan beberapa cara lain, termasuklah menyediakan lemang menggunakan air fryer.
Resepi dan Cara Membuat Lemang Kukus
Nak memasak lemang cara ini tak susah, bahan-bahan penting adalah seperti pulut, santan, garam dan juga daun pisang. Wajib ada periuk kukus untuk menyediakan lemang dengan cara begini. Kalau tak tak adalah namanya lemang kukus .. huhu...Cara membuatnya pula melibatkan dua peringkat kukus. Pertama, kena kukus pulut terlebih dahulu di dalam periuk. Boleh kukus guna periuk nasi - jika ada fungsi pengukusan.
Jangan lupa masukkan garam ke dalam beras pulut tadi sebelum mula mengukus.
Lepas kukus pulut separuh masak, ia perlu ditambah dengan santan. Gaul sehingga sebati. Biarkan seketika dalam mode stim/warming (jika guna periuk nasi).
Masukkan pulut tadi ke dalam daun pisang yang telah dilayur. Balut pulut tadi dalam bentuk silinder. Ikat dengan tali atau benang.
Kemudian, kukus semula di dalam pengukus dan kukus lebih kurang 30 minit. Jika mahu ada bau-bau kena bakar, boleh angkat dan bakar dalam periuk atau kuali sehingga daun pisang sedikit terbakar.
Dah siap untuk dihidangkan.
Amacam? Boleh cuba sendiri?
Kalau ikutkan saya akan beli sahaja lemang tradisional yang ada dijual di sini. Tetapi sebab musim pandemik ni, ramai betul orang nak mendapatkan lemang sehingga beratur panjang.
Malah, menurut penjual lemang .. tempahan lemang memang banyak sehingga tak cukup tangan nak penuhi permintaan. Rezeki waktu sukar katanya.
Lemang kukus ini memang sedap dan lembut. Cuma kadangkala jika tersilap sukatan, lemang mungkin akan jadi sedikit lembik dan kurang berlemak.... berbeza rasa sama sekali dengan Lemang Tradisional yang dibakar tu.
Tetapi itulah, sahaja saya kongsikan resepi dan cara membuatnya agar memberikan pilihan untuk menikmati hidangan hari raya ini.
Oh ya, jika anda cari resepi, tips dan panduan berkaitan Air Fryer, boleh dapatkan panduan ini - Ebook Panduan Resepi dan Tips Air Fryer.
Terkejut HH datang komen di blog SA hari ni setelah sekian lama menghilang...tak pernah lagi buat lemang macam ni...mesti sedap bau dia..pernah kukus lemang dalm buluh...kejadiannya sama macam lemang bakar..sedap
BalasPadamSejak saya jarang tulis blog ni ... mmg duduk diam je dalam gua .. hehe
PadamLetak kelapa parut & gula merah jadi lopez.Dapnyer😋
BalasPadamMenarikkk, boleh cuba ni, bukan tggu raya jer, kalau pandai buat, hari-hari nak makan pun boleh masak kan Tuan...
BalasPadamtekstur dia cun tu mesti sedap berlemak
BalasPadamDatang blog HH, terima kasih sudi komen blog kita, sedap lemang tu, tak pernah buat lemang lagi nanti cuba resepi HH ni. Selalu kalau raya kak ipar selalu bagi hihihi
BalasPadamteringin juga buat lemang sendiri, jemput baca ya semua menyambut kelahiran bayi , Shipping from china to Malaysia , scrub badan
BalasPadamsedapnya nampak lemang tu! nampak lembut dan gebu je susu untuk ibu hamil
BalasPadamtangan kebas
sakit sendi
sakit lutut
posisi tidur ibu hamil
bacaan gula normal untuk ibu mengandung
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.