Pasaran Forex berfungsi berasaskan perbezaan pada kadar tukaran. Kadar tukaran sentiasa berubah-ubah, dan ini memberi peluang kepada para pedagang untuk meraih keuntungan.

Bagaimana Cara Berdagang di Forex

Matawang mewakili ekonomi sesebuah negara. Ekonomi negara-negara yang mempunyai hubungan dagang menunjukkan dinamika hubungan yang tertentu antara sesama mereka: apabila satu ekonomi menjadi lebih kuat dari yang lain, matawang masing-masing mengubah hubungan ini dengan cara yang serupa.

Bila berita baik diumumkan untuk ekonomi Britain – pound Britain naik berbanding matawang lain. Jika prospek yang suram diunjurkan untuk Eropah – nilai mata wang Euro akan menyusut berbanding yang lain. Pergerakan turun naik ini membentuk apa yang dilihat oleh setiap pedagang di carta sepanjang masa, dan turun naik nilai matawang inilah yang membolehkan kita berdagang dan meraih keuntungan.


Perdagangan Matawang

Secara amnya, sebanyak mana negara atau ekonomi komanwel yang ada di bumi ni, sebanyak itulah matawang yang ada. Dengan FBS, anda boleh dagangkan kesemuanya, atau, sekurang-kurangnya kebanyakan dari matawang yang berperanan penting di skala global. Lebih dari sekadar dolar AS, euro atau pound Britain.

Berikut senarai sebahagian matawang yang boleh anda dagangkan dengan FBS:

  • Dolar AS
  • Euro
  • Pound Britain
  • Yen Jepun
  • Yuan Cina
  • Dolar Australia
  • Dolar New Zealand
  • Franc Swiss
  • Dolar Kanada
  • Peso Mexico
  • Ruble Rusia
  • Real Brazil
  • Rand Afrika Selatan

Seperti yang boleh anda lihat, ada banyak matawang, termasuk matawang eksotik yang mempunyai keistimewaannya tersendiri, membolehkan pedagang memilih strategi perdagangan yang sangat spesifik. Terdapat banyak lagi di sana, dan kebanyakan darinya di dalam bentuk pasangan silang (cross pairs) dengan mata wang utama seperti dolar AS atau euro.

Perdagangan mata wang tidak sukar jika anda boleh menerapkan disiplin dan pendekatan yang terstruktur untuk perdagangan. Gunakan perkakas fundamental seperti kalendar ekonomi untuk mengetahui peristiwa besar mana yang mempengaruhi setiap matawang.

Gunakan juga indikator teknikal seperti Purata Bergerak yang memberikan petunjuk tentang harga saham di masa depan yang terdekat.

Selain dari itu, ingat bahawa ada pelbagai jenis akaun di mana anda boleh berlatih berdagang tanpa dana atau mendapatkan faedah dari spesifikasi kontrak tertentu.


3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Asalam saudara..blogger otai..semoga rezeki terus mengalir di blog ya

    ReplyDelete
  2. berkira-kira nak join yg coins tu..tp takut.
    dogecoin, bitcoin..luno apa benda lagi ntah. takut tersilpa je tanpa guidance

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement