Pihak PLUS akan melaksanakan sepenuhnya sistem tag Touch n Go RFID atau Radio Frequency Identification mulai 15 Januari 2022 di semua lebuhraya kendalinya. Sistem tag ini yang sudah dilengkapi dan diselaraskan dengan sistem Pengecaman Automatik Nombor Pendaftaran Kenderaan (ANPR) dijangka akan melancarkan lagi perjalanan pengguna lebuhraya terutama ketika melalui plaza tol.

Tag TNG RFID boleh dibeli dengan hanya RM35, jauh lebih murah daripada harga peranti SmartTAG baharu dengan tanpa penggunaan bateri. Tag ini boleh dibeli menerusi laman web PLUS, Touch n Go, Shopee mahupun Lazada.

Fakta Menarik Mengenai Sistem Tag Touch n Go RFID

Fakta Menarik Sistem RFID Touch n Go

Tag RFID ini sangat mudah dipasang, namun anda digalakkan untuk merujuk kepada panduan pemasangan yang disediakan atau boleh lihat panduan yang telah saya sediakan di blog ini.

Jika anda kurang yakin atau hadapi masalah untuk memasang tag RFID, anda boleh ke lokasi pusat pemasangan yang telah ditetapkan. Anda boleh semak lokasi pemasangan di sini - https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres

Muat Turun Aplikasi E-Wallet Touch n Go

Anda juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi e-wallet Touch n Go dari Google Play Store atau Apple App Store terlebih dahulu sebelum memesan atau membeli tag RFID ini.

10 Fakta Menarik Mengenai Sistem RFID



2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nice sharing... nk kena register gk ni...

    BalasPadam
  2. Hurmm... terpaksalah rakyat bertukar kepada yang ini pula ya...
    Apa-apa pun terima kasih atas perkongsian ini sifu HH

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement