Sejak wabak ini melanda, trafik blog ini sedikit sebanyak mendapat tempiasnya. Terdapat penurunan yang sememangnya dijangka. Namun, ada beberapa post yang berjaya melonjakkan nilai Pageviews (PV). Antaranya post berkaitan kesihatan, DoItYourself (DIY) dan beberapa maklumat berkaitan bantuan kewangan - terutama berkaitan banjir dan bencana.
Jumlah Trafik (Pageviews) Untuk Tahun 2021
Sejujurnya, saya sudah kurang aktif menulis blog sejak bermulanya Covid-19 ini. Mood saya makin 'ke laut' bilamana pihak Facebook anggap post dari blog ini merupakan post spam. Banyak artikel blog ini disekat di Facebook termasuklah artikel atau post yang pernah viral dan memanfaatkan ramai pembaca sebelum ini.
Apa boleh buat, setelah beberapa kali berusaha dan mencuba untuk menyahkan masalah konten dianggap spam, pihak Facebook masih lagi belum membenarkan blog ini dikongsi di platform tersebut.
Akur. Dan pada masa yang sama, sedikit sebanyak memberikan kesan kepada saya untuk menulis dan menerbitkan artikel baharu.
2020 - Blog Kurang Menerima Trafik
Maka, disebabkan kekurangan artikel baharu, blog saya agak kurang menerima trafik terutama pada tahun 2020. Sangat kurang sehingga saya segan nak berkongsi .. hahaha... boleh macam tu?Okey.
Untuk keseluruhan tahun 2021, blog ini telah menerima kurang daripada 2 juta pageviews, sepertimana pernah diperoleh sebelum ini iaitu sebelum datangnya wabak Covid-19 dan sebelum blog ini kena banned oleh Facebook.
Berikut adalah jumlah trafik untuk tahun 2021 - 1.9 juta PV daripada 1.4 sesi melibatkan 850,000 pengguna.
Data diatas adalah cerapan menerusi Google Analytics. Daripada apa yang boleh anda lihat, hampir 70 peratus pembaca adalah pembaca baharu, dan bukannya daripada pembaca sedia ada. Ini membuktikan, blog banyak menerima kunjungan hasil artikel-artikel lama yang evergreen.
Untuk pengetahun, blog ini telah pun menjangkau lebih 37 juta PV sejak ia mula-mula diterbitkan pada tahun 2010. Iaitu lebih kurang 2 tahun selepas saya mula menulis blog menerusi platform percuma blogspot.
Saya harap tahun 2022 akan memberikan lebih banyak kekuatan kepada saya untuk terus menulis, di sebalik hobi baru yang ada sekarang .. huhu...
Terima kasih kepada rakan-rakan blogger dan pembaca yang masih ke blog ini untuk membaca dan komen. Jika ada khilaf, saya mohon maaf dan semoga Allah memberkati apa jua perkongsian baik yang ada di dalam blog ini sejak 2010.
Kami dah kenal lama dengan blog tuan sejak 2010 lagi. Start dari situ dah selalu masuk ke sini membaca entri-entri terbaru. Hobi kami juga menulis artike-artikel baharu khususnya artikel teknologi.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.