Ada masanya warga emas anda mungkin memerlukan bantuan untuk menjalankan rutin harian mereka atau bantuan dari segi perubatan.

Sebagai rakyat Malaysia, anda mungkin tertanya-tanya - apakah pilihan penjagaan yang terbaik untuk warga emas anda? Artikel ini mempertimbangkan tiga pilihan· - pusat penjagaan warga emas, pembantu rumah, dan penjaga profesional.

Pilihan Penjagaan Warga Emas di Malaysia

Tips Memilih Penjagaan Warga Emas

Pusat Penjagaan Warga Emas

Pusat penjagaan warga emas adalah kediaman jangka masa panjang yang menyediakan khidmat penjagaan kepada individu yang memerlukan bantuan untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian dan juga bagi individu yang memerlukan rawatan khusus. Perkhidmatan penjagaan yang boleh didapatkan di pusat-pusat ini adalah penjagaan kejururawatan, fisioterapi, bantuan pemakanan, dan penjagaan gigi.


Selain itu, terdapat juga pusat penjagaan yang menyediakan khidmat penjagaan khas untuk warga emas yang menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti demensia, atau gangguan mental. Penghuni-penghuni juga diberi akses kepada jururawat yang sedia membantu mereka di sepanjang masa. Bagaimanapun, warga emas yang menetap di pusat penjagaan perlu mengikuti jadual dan rutin harian yang ditetapkan.

Ia juga terbuka kepada warga emas yang memerlukan bantuan penjagaan jangka masa pendek. Sebagai contoh, seseorang warga emas boleh menetap di pusat penjagaan tersebut secara sementara apabila penjaga tetap mereka memerlukan masa untuk berehat.

Penjagaan waktu malam turut diberikan untuk warga emas yang menghadapi Sundowning. Sundowning merupakan kecelaruan minda yang berlaku pada waktu petang dan malam. Ia menyebabkan kekeliruan, kegelisahan, sifat agresif atau boleh menyebabkan warga emas mengabaikan arahan.

Pembantu Rumah

Pembantu rumah adalah individu yang diupah untuk membantu dengan kerja-kerja di rumah, atau untuk menjaga kanak-kanak dan warga emas. Pembantu rumah di Malaysia diupah melalui agensi pekerjaan atau oleh majikan dan berada di bawah bidang kuasa Jabatan Imigresen Malaysia.

Apabila anda mengupah pembantu rumah, anda perlu menanggung kos 'sekali bayar' yang dikenakan kepada setiap majikan. Ini termasuk yuran agensi pekerjaan, permohonan permit, ujian kesihatan dan boleh mencecah RM1,500. Bergantung kepada kewarganegaraan pembantu rumah tersebut, gaji minimum mereka boleh dianggarkan antara RM2000-RM3000.

Cuba anda buat carian Philippines maid Malaysia, apa yang anda akan jumpa?

Pembantu rumah juga mungkin memerlukan latihan sebelum mereka bersedia untuk menjaga warga emas yang memerlukan penjagaan khusus. Dalam situasi ini, majikan barangkali perlu menghantar pembantu rumah ke kelas atau latihan penjagaan selanjutnya.

philippines maid malaysia

Penjaga Profesional

Penjaga profesional adalah mana-mana individu yang mengambil komitmen untuk menjaga individu yang memerlukan bantuan atas sebab masalah kesihatan, kekurangan upaya atau masalah mental. Penjaga profesional menyediakan khidmat penjagaan di rumah individu masing-masing dan membantu mereka dengan aktiviti harian seperti penyediaan makanan, memakai pakaian, pemantauan ubat-ubatan, pengangkutan dan pengurusan rumah.

Selain bantuan dengan aktiviti harian, penjaga profesional juga seringkali dipertanggungjawab untuk menjaga aspek perubatan dan keperluan sokongan emosi bagi warga emas.

Terdapat pelbagai agensi yang menawarkan perkhidmatan penjagaan. Perkhidmatan penjagaan di rumah tidak sama dengan perkhidmatan kesihatan di rumah, di mana doktor, ahli terapi dan jururawat berlesen menyediakan perkhidmatan perubatan. Walaupun penjaga profesional anda terlatih, mereka memberi tumpuan kepada aktivit kehidupan harian individu dan tidak perlu melakukan penjagaan kesihatan yang kompleks.

Penjagaan Mengikut Keperluan Anda
Homage menawarkan pelbagai khidmat penjagaan di rumah yang dapat menghilangkan rasa sunyi yang dihadapi ramai warga emas.

  • Aktiviti kehidupan harian (Makan, pemindahan, penggunaan tandas, dll)
  • Peneman harian dan penjagaan khusus
  • Penjagaan kejururawatan termasuk penjagaan luka, kateter atau penjagaan tiub makan
  • Terapi (Fisioterapi, terapi pertuturan dan terapi carakerja)


Jadualkan Konsultasi Penjagaan Percuma


Jadual Pilihan Penjagaan Warga Emas di Malaysia

Faktor-Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan

Terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum anda memilih penjagaan yang terbaik untuk orang tersayang.

Status Kesihatan dan Keperluan Warga Emas

Pengetahuan lengkap tentang keadaan orang yang tersayang dapat membantu anda membuat keputusan yang terbaik.

Pusat Penjagaan Warga Emas

Pusat penjagaan warga emas sesuai untuk mereka yang memerlukan penjagaan intensif seperti:

  • Kekurangan fizikal atau mental disebabkan penyakit
  • Mempunyai masalah pergerakan atau terlantar di atas katil
  • Memerlukan bantuan dengan aktiviti harian mereka seperti penggunaan tandas atau berjalan
  • Tidak dapat dijaga di rumah oleh ahli keluarga, pembantu rumah berbayar atau khidmat penjagaan yang lain seperti khidmat perubatan, kejururawatan dan lain-lain.


Penjaga Profesional

Penjaga profesional biasanya dilatih untuk membantu dengan aktiviti kehidupan harian, seperti berjalan ke tandas, mandi dan sebagainya. Warga emas yang tidak memerlukan bantuan sepenuhnya boleh menggunakan khidmat penjagaan dari penjaga profesional.

Pembantu Rumah

Mereka biasanya tidak dilatih secara profesional untuk menjaga warga emas dan memerlukan tunjuk ajar sebelum boleh menjaga warga emas dengan rapi. Keluarga yang tidak memerlukan penjagaan khas boleh mengupah pembantu rumah untuk membantu dengan penjagaan warga emas dan kerja-kerja harian.

Jenis Penjaga dan Kekerapan Penjagaan

Jenis Penjaga untuk Warga Emas

Sikap penjaga, kepakaran dan kekerapan keperluan anda adalah faktor-faktor penting yang perlu dipertimbangkan sebelum anda memilih khidmat penjagaan terbaik untuk orang tersayang.

Pusat Penjagaan Warga Emas

Mereka mempunyai kakitangan terlatih yang berkebolehan untuk menjaga warga emas yang memerlukan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan perubatan. Kepakaran penjaga di pusat penjagaan warga emas juga lebih meluas dan disediakan sepanjang masa.

Penjaga Profesional

Mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada kesejahteraan individu, Ini termasuk menjadi peneman harian kepada warga emas tersebut. Mereka turut dilatih untuk membantu dengan aktiviti kehidupan harian atau membantu mengurus warga emas yang terlantar.

Sesetengah penjaga profesional juga dapat mengendalikan dan menguruskan individu dengan rutin penjagaan yang lebih kompleks, seperti suntikan, terapi oksigen, atau bantuan dengan senaman rehabilitasi.

Ini perlu dibincangkan sebelum pengupahan kerana ia memerlukan latihan khusus. Sekiranya penjaga tersebut dapat menguruskan keperluan individu dengan sepenuhya, mereka juga boleh membantu dengan kerja-kerja rumah yang ringan. Jadual dan tempoh penjagaan adalah fleksibel bagi penjaga profesional dan ditetapkan oleh keluarga dan penjaga.

Pembantu Rumah

Mereka diupah untuk membantu dengan kerja-kerja rumah seperti mengemas rumah, mencuci baju dan memasak. Kebanyakan daripada mereka tidak mahir menjaga warga emas dan memerlukan latihan penjagaan selanjutnya. Oleh kerana mereka tinggal bersama anda, pembantu rumah dapat membina perhubungan yang lebih baik dengan warga emas anda dan juga dapat memberi penjagaan harian.

Kementerian Sumber Manusia mengesyorkan tempoh pekerjaan selama lapan jam sehari untuk pembantu rumah yang bekerja lebih dari 5 hari seminggu. Majikan perlu memastikan yang setiap pembantu rumah diberikan satu hari cuti dan cukup rehat dalam masa sebulan.

Tempat Tinggal

Pusat Penjagaan Warga Emas

Pusat penjagaan warga emas dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan yang dibina khas untuk warga emas seperti susur tangan di persekitaran premis dan katil boleh laras untuk mengubah posisi penghuni-penghuninya.

Bagaimanapun, penghuni perlu mengikuti jadual yang ditetapkan dan ini mengehadkan kebebasan warga emas tersebut. Pusat penjagaan juga pilihan yang terbaik bagi warga emas yang sudah tidak mampu untuk hidup berdikari. Kebiasaanya, penghuni baru memerlukan masa untuk membiasakan diri dalam persekitaran baru. Ia juga boleh menyebabkan tekanan mental pada permulaannya.


Pembantu Rumah dan Penjaga Profesional

Mereka biasanya tinggal berasingan atau bersama dengan keluarga anda untuk menjalankan tugas mereka. Oleh itu, tiada peralihan fizikal yang diperlukan untuk warga emas selain daripada membiasakan diri dengan orang baru. Sesetengah keluarga juga boleh membuat pengubahsuaian di rumah untuk memastikan keselamatan warga emas.

Tempoh Masa

Kebanyakan pusat penjagaan memerlukan tempoh masa kira-kira sebulan sebelum warga emas boleh dipindah masuk. Manakala, berdasakan siaran akhbar oleh Kementerian Kesihatan, pengupahan penjaga profesional mengambil masa seminggu. Untuk pembantu rumah, sekiranya mereka diupah melalui agensi, masa menunggu adalah antara satu hingga empat minggu selepas proses permohonan.

Latihan dan Pensijilan

Pusat Penjagaan Warga Emas

Mempunyai kakitangan yang dilatih untuk menjalankan prosedur perubatan dan pemulihan yang diperlukan untuk kesemua penghuni.

Penjaga Profesional

Care Pro Homage adalah penjaga atau jururawat yang dilatih untuk menyediakan penjagaan yang berkualiti untuk warga emas. Sekiranya orang yang tersayang memerlukan bantuan dengan pelbagai jenis prosedur kejururawatan, jururawat Homage boleh mengendalikan prosedur ringkas seperti penyaliran keluar air kencing dan juga prosedur kompleks seperti Pemasangan tabung gastrostomi endoskopi perkutan (PEG) atau Pemasangan tiub nasogastrik (NG).

Pembantu Rumah

Pembantu rumah biasanya tidak dilatih untuk mengendalikan penjagaan yang kompleks. Terdapat beberapa pusat latihan yang menyediakan kursus bagi pembantu rumah untuk mengembangkan kemahiran mereka dari segi penjagaan warga emas.

Perbandingan Kos

Anda juga perlu membuat pilihan berdasarkan kemampuan masing-masing. Pusat penjagaan warga emas boleh mencecah RM2,000 sebulan kerana mereka menyediakan penjagaan yang komprehensif dan khusus.

Manakala, gaji minimum pembantu rumah adalah antara RM2000/bulan dan tidak termasuk kos levi pembantu rumah, hari cuti berbayar, insurans, dan elaun makanan dan pengangkutan.

Dengan Homage, anda boleh mendapatkan penjaga berkelayakan dengan hanya RM29 sejam.

Kemudahan & Keistimewaan Bagi Warga Emas

Pusat Penjagaan Warga Emas

Menjadualkan aktiviti untuk penghuni seperti senaman rehabilitasi atau aktiviti berkumpulan. Ini memastikan warga emas kekal cerdas dan aktif.

Pembantu Rumah

Anda boleh menetapkan aktiviti-aktiviti yang perlu dilengkapkan oleh pembantu rumah anda seperti membawa orang yang tersayang berjalan disekeliling taman dan menyediakan makanan mengikut keperluan warga emas tersebut.

Penjaga Profesional

Penjaga profesional bukan sahaja dilatih untuk menyediakan makanan yang sesuai dengan citarasa orang tersayang malah juga memberi tumpuan pada perhubungan yang baik dengan warga emas tersebut.

Selain itu, Care Pro dari Homage juga menyediakan pelan penjagaan peribadi yang mengikut keperluan setiap individu. Pihak kami juga memadankan keluarga anda dengan Care Pro yang boleh bertutur dalam bahasa-bahasa yang diperlukan. Ini untuk memastikan orang yang tersayang dan Care Pro kami dapat berkomunikasi dengan jelas dan mudah antara satu sama lain.

Apakah Pilihan Penjagaan Terbaik untuk Orang Yang Saya Sayangi?

Pilihan Penjagaan Terbaik untuk Ibu Bapa Warga Emas

Anda perlu mempertimbangkan pelbagai faktor-faktor diatas sebelum membuat keputusan yang muktamad. Sebagai contoh, jika warga emas anda memerlukan bantuan yang menyeluruh, anda disarankan untuk memlih penjaga profesional atau pusat penjagaan warga emas.

Sekiranya orang yang tersayang masih aktif dan berdikari, anda boleh memilih pembantu rumah sebagai bantuan penjagaan. Jika anda hanya memerlukan penjagaan jangka masa pendek, penjagaan sementara atau penginapan jangka pendek di pusat penjagaan juga boleh dipertimbangkan.

Memilih Pilihan Penjagaan Terbaik di Malaysia

Homage menyediakan perkhidmatan penjagaan untuk warga emas di setiap peringkat umur. Care Pro kami bersedia untuk berkhidmat sebagai peneman harian atau untuk memberi penjagaan kejururawatan, penjagaan waktu malam, terapi di rumah dan lain-lain.

Penjagaan di mana sahaja anda berada

Homage adalah syarikat perkhidmatan penjagaan yang menggabungkan kemahiran penjaga profesional dengan teknologi pintar untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan di rumah. Anda boleh mengikuti Homage di Facebook @homagecaremy and Instagram at @homagecare_my

Dari peneman harian, penyediaan makanan, bantuan untuk mandi mahupun peringatan pengambilan ubat-ubatan, penjaga profesional atau Care Pro Homage akan memastikan bahawa orang yang anda sayangi dijaga dengan baik di rumah. Homage menawarkan konsultasi percuma dengan Penasihat Penjagaannya untuk lebih memahami keperluan penjagaan orang yang anda sayangi dan menawarkan penjelasan mengenai perkhidmatan yang dapat disediakan oleh Homage.

Homage juga menawarkan pakej penjagaan dengan penjimatan 20%. Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan Homage mengikut jam iaitu dari sesingkat satu jam sahaja. Hubungi Homage di 016-2992188 atau emel ke malaysia@homage.co untuk maklumat lanjut.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement