Manakala buat peminat durian tempatan, kebanyakkannya suka menikmati Durian D2 (Dato Nina), D118 (Durian Tembaga), D175 (Udang Merah), D197 (Raja Kunyit/Musang King), D200 (Duri Hitam/Ochee), Durian D168 (Durian Mas Hajah Hasmah/IOI), tidak dilupa Durian D160 yang turut dikenali sebagai Durian Tekka atau Durian Buluh Bawah - yang turut menerima jolokan sebagai Musang Queen. Namun begitu, Durian Kampung tetap menjadi antara pilihan paling popular disebabkan rasanya serta harganya yang lebih murah.
Senarai 62 Jenis Durian yang Terdapat di Dusun Jabatan Pertanian
Secara rasminya, sehingga Jun 2022, terdapat 137 varieti buah Durian yang telah didaftarkan di Jabatan Pertanian Malaysia. Setiap jenis buah durian ini mempunyai tekstur, rasa dan bentuk buah yang berbeza. Ada yang manis kelat, manis pahit, manis berlemak, manis pahit berlemak, manis susu dan sebagainya. Harga setiapnya juga berbeza, sesuai dengan faktor rasa, usia pokok, kebolehdapatan selain permintaan.
Berikut adalah senarai 62 jenis atau varieti buah Durian yang telah didaftarkan dan kini ditanam di dusun-dusun Pusat Pertanian di seluruh Malaysia.
Secara peribadi, saya lebih sukakan durian kampung yang terdapat pelbagai rasa. Namun, daripada pengalaman menikmati buah durian jenis durian klon/kahwin; saya lebih sukakan buah Durian Tekka dan Duri Hitam.
Durian Nasi Kunyit - Durian 'Rare' Pulau Pinang
Durian Pencen atau Durian Nasi Kunyit juga sedap tetapi sukar untuk diperoleh kerana ia merupakan varieti durian terawal dan sudah tidak banyak dusun yang mengeluarkan buah jenis ini. Buah durian ini rasanya manis, pekat, warna buah seakan kunyit, manakala baunya harum seakan bunga kacang.
Jika ditanya, buah durian negeri mana yang sedap; saya akan mengesyorkan buah durian Balik Pulau dan durian Bentong/Raub. Rasanya lebih pekat daripada durian tempat lain. Manakala, jika mahu mencari durian kampung, saya lebih sukakan durian Batu Kurau dan Kuala Kangsar yang rata-rata berharga jauh lebih berpatutan dari durian tempat lain.
Banyak betul nama durian... Yg pasti memang sedap dan LeYa peminat durian...hehe..
ReplyDeletetu diaa.. banyak nyaa...... hahahha idokler teman tahu... https://modernmumthingy.com
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.