Tetapi persoalan yang bermain di benak setiap pengguna MetaTrader 4 adalah – apa strategi dagangan forex yang terbaik bagi platform MT4 ini?
Strategi MetaTrader 4 – Optimakan Dagangan Anda Dengan Mudah
Sebenarnya, strategi yang boleh digunapakai bersama platform ini tidak banyak bezanya dengan yang biasa dipraktikkan dengan sumber data dagangan yang lain. Namun, perbezaan fitur dan perlengkapan dagangan mungkin memainkan peranan kecil dari segi keserasian strategi. Jadi mari lihat senarai strategi forex yang terbaik bagi pengguna MT4.
1. Dagangan Harian (Day Trading)
Strategi dagangan ini mengambil kesempatan atas pergerakan turun-naik harian matawang untuk menjana keuntungan. Seperti yang anda tahu, kadar pertukaran matawang akan berubah setiap detik dan ini akan dipaparkan pada pasaran forex dalam masa nyata. Berdasarkan kemahiran anda dalam memprojeksi alur pergerakan ini setiap hari, anda boleh mengatur dagangan anda untuk mendapatkan pulangan yang terbaik bagi setiap dagangan anda dalam durasi buka dan tutup pada hari yang sama.
Ciri pandangan lanjutan MT4 amat membantu dari segi unjuran nilai matawang serta kajian data historik untuk membantu mencari purata nilai mana-mana matawang yang ditukarkan di pasaran awam.
2. Dagangan Bergrid (Grid Trading)
Ini adalah satu pilihan yang cukup selamat, terutamanya bagi pemula dalam bidang forex. Idea di sebalik strategi ini adalah untuk memanfaatkan pergerakan turun dan naik bagi satu-satu matawang dengan meletakkan permintaan dagangan dalam julat pergerakan yang ditetapkan. Kebiasaannya, julat ini disetkan mengikut jumlah pip yang tertentu – biasanya dalam 10 hingga 15 pip atas dan bawah.
Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh memastikan impas dalam dagangan (“breakeven”) tetapi cara ini juga antara yang paling berpotensi menjana untung, terutamanya dengan pilihan portfolio yang volatil.
Gabungan fungsi pandangan lanjutan serta kalendar dan berita forex MT4 sangat membantu ketika mahu memastikan julat dagangan yang paling sesuai dengan strategi ini buat keadaan pasaran semasa.
3. Dagangan Berpaksikan Trend (Trend Trading)
Dagangan berdasarkan trend ini lebih bersandar kepada data historik trend pergerakan matawang berbanding haluan turun-naik semasa. Ini kerana aliran matawang biasanya tidak jauh dari purata nilai historiknya, kecuali dalam keadaan di mana ia boleh bergerak dalam satu arah akibat perubahan ekonomik tempatan atau global secara mendadak.
Idea di sini adalah untuk mencari peluang dagangan yang selari dengan pergerakan semasa. Dengan cara ini, anda boleh menjana untung buat jangka masa yang panjang.
Jana Keuntungan Forex dengan Strategi Bijak & Bernas!
Dagangan forex ini bukanlah sesuatu yang rumit. Anda cuma perlu arif dalam memadankan strategi profesional sedia ada dengan matawang pilihan anda serta binaan portfolio dagangan anda.
Dan dengan bantuan ciri serta kelengkapan dagangan yang serba terkini pada MetaTrader 4, sudah pasti anda pada haluan yang betul ke arah menjadi pedagang forex berjaya yang seterusnya!
Khabarnya Ios dah banned download kat apps store
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.