Jika anda pembaca blog ini, tentu sudah sedia maklum mengenai kisah Puan Zarini yang berjaya keluar dari kemelut hutang setengah juta yang pernah saya tampilkan. Apa yang diusahakan tidak lain tidak bukan adalah menerusi berniaga secara online menerusi telefon, menggunakan platform Shopee.
Jana Income 4 Angka Dengan Berniaga Menerusi Telefon
Menerusi platform perniagaan Shopee ini, anda tidak perlu peralatan canggih untuk bermula. Dengan sebuah telefon pintar, anda boleh bermula sebaik sahaja anda mendaftar sebagai peniaga di Shopee.
Jika anda tiada produk sendiri pun, anda sudah boleh berniaga di Shopee. Puan Zarini, dalam kesempitan modal, beliau biasa melakukannya berkali-kali tanpa keluarkan modal besar mahupun membayar sebarang kos iklan yang mahal, iaitu dengan menjual PRODUK ORANG LAIN!
Hasilnya, beliau berjaya dan alhamdulillah, rezeki beliau bertambah baik sehingga akhirnya mampu keluar dari kemelut hutang yang menekan.
Malah, perniagaan online beliau semakin berjaya, sehingga beliau mengambil inisiatif membantu peniaga lain sepertinya untuk turut berjaya.
Tidakkah anda mahu berjaya sepertimana peniaga online lain di Shopee seperti Puan Zarini?
Bagaimana Nak Mula Berniaga di Shopee?
Saya rasa, pasti ada waktu sebelum tidur akan ada rasa terdetik di dalam hati..."Alangkah bagusnya dapat mula menambahkan pendapatan bulanan yang konsisten TANPA mengeluarkan sebarang modal besar - kerana tak mampu lagi nak menghanguskan duit yang ada dalam masa yang sukar ini.."
Anda tentu tidak mahu tersungkur kerana salah langkah. Ada rasa takut dan risau. Risau jika percubaan anda tidak mendatangkan hasil.
Ini fakta, walaupun ada yang kurang berjaya ... namun tidak dinafikan ramai yang telah menjana pendapatan, minimum 4 angka sebulan hanya dengan menjual di Shopee walaupun secara part-time tanpa produk sendiri.
Amnya, apa yang perlu dilakukan hanyalah 5 perkara simple ini:
- Mendaftar di Shopee sebagai Seller
- Mencari supplier produk-produk dropship yang terbaik
- Menyenaraikan produk tersebut di Shopee
- Menguruskan order pembeli dengan pihak dropshipper
- Ambil keuntungan jualan anda
Agak-agak bolehkah anda memulakan bisnes online anda sendiri dengan mengikuti lima perkara di atas?
Tak pasti?
Panduan Berniaga di Shopee - Termasuk Menjual Produk Orang Lain Tanpa Kos!
Anda dah baca apa yang terkandung dalam ebook Bisnes Shopee tak?
Dalam ebook itu, ada satu teknik yang didedahkan untuk menarik pengguna di sana dan seterusnya mampu menjadikan kedai online anda di Shopee menjana lebih keuntungan.
Andai anda seorang yang baru bermula di Shopee atau telah mempunyai kedai Shopee sendiri tetapi kurang sambutan, boleh lihat apa yang dibongkarkan sepenuhnya dalam ebook yang berjudul..."Bisnes Shopee".
Anda boleh belajar sendiri dari A-Z cara menjual di Shopee dengan betul, tepat dan berkesan agar anda juga mampu menjana pendapatan lumayan TANPA SEBARANG RISIKO!
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.