Sebelum ini saya pernah kongsikan satu ebook panduan yang menyediakan draft atau dengan kata lain, 176 template pelbagai niche untuk digunakan dalam teknik Story-Selling ini. Ia satu panduan yang cukup baik yang boleh digunakan sebagai starter untuk mereka yang baru nak berniaga online bagi mendapatkan pelanggan.
Contoh Story-Selling Menggunakan Pendekatan Emosi Kelakar
Menerusi ebook panduan tersebut, ia menyenaraikan 4 cara penulisan Story-Selling ini, salah satunya ialah menggunakan kaedah penceritaan kelakar. Haa .... macamana tu? Baik, untuk memberikan satu gambaran mengenai cara Story-Selling emosi kelakar ni, saya akan cuba berikan beberapa contoh yang boleh anda guna-pakai mengikut niche perniagaan atau jenis produk yang anda nak jual.
Ok, yang pertama adalah seperti di bawah ...
Contoh Story-Selling Jual Baju Melayu
“Aku dah beli tiket kapal terbang. Kalau tak ada juga aku tak tau nak kata apa dah!”Salim berkata kepada Zainon sambil tunjuk tiket penerbangan ke Bangladesh.
“Apa kejadah kau nak ke Bangladesh ni Salim? Cari girlfrend ke? Sini banyak lagi lah gadis-gadis yang nak dekat kau,” kata Zainon dengan muka kehairanan.
“Hotak hang. Gadis Bangladesh nak buat apa. Hang ingat aku tak ada taste ka? Dah la. Aku nak gerak dah p airport. 4 jam lagi nak berlepas. Jumpa lagi 3 hari,” Salim yang dah siap kemas nak keluar.
Zainon memang dah malas nak cakap apa dekat si Salim ni. Ditegur dan tanya lebih-lebih, silap berlaku kes pembunuhan dalam rumah.
Lepas 3 hari Salim kembali ke Malaysia dengan membawa pulang 5 gulung kain dan seorang lelaki Bangladesh.
“Salim. Sapa pula kau bawak balik ni?”
“Aku pergi Bangladesh pergi beli kain untuk buat baju melayu. Aku siap bawak balik tukang jahit paling power dekat Bangladesh untuk siapkan baju melayu aku dan family aku yang lain,” kata Salim.
Yang kau susah-susah dan bazir duit kenapa?
Baju melayu yang dijahit dengan elok, kain berkualiti semuanya ada dekat Butik Melayu Sejati.
Pelbagai baju melayu, warna dan saiz semuanya ada disini.
Semua baju terbaik boleh beli dekat: [link website/instagram]
Harga sepastinya murah! Hanya RM100 sepasang percuma sampin!
Jangan risau kalau tersalah beli saiz. Jaminan dari kami, korang boleh tukar semula ikut saiz yang betul.
Boleh juga whatsapp kami terus untuk dapatkan katalog baju, sebarang pertanyaan atau tempahan baju melayu: [Link whatsapp]
“La ye ke? Habis apa aku nak buat dengan kain banyak-banyak dan tukang jahit Bangladesh ni?,” kata Salim sambil melihat lelaki bangladesh tu mula menangis.
Contoh Story-Selling Jual Pakaian Wanita
“Baru balik fashion show ke Rosnah oiii..??”Tanya Pak Samad sambil ketawa beramai-ramai bersama geng-geng pencen di warung kopi Wak Koyok.
Rosnah yang baru turun dari Grab, terus berjalan dan tak layan orang tua-tua yang menunggu masa malaikat maut jentik jantung saja di warung.
“Hek eleh orang tua-tua ni. Nak mengorat pun tak ada skill. Kalau nak mengorat pun, guna la ayat yang ada cia cia cia,” kata Rosnah dalam hati sambil menuju ke rumah sewa yang tak jauh dari situ.
Sambil letak handbag atas meja, Rosnah pun kata dekat kawan serumah beliau, “Kau tau tak Emy, Pak Samad ni selalu kacau aku. Nak mengorat la kita yang cantik ni le tu. Ada hati. Dah la Pak Samad tu muka macam ikan keli. Misai 3 4 helai. Kalau nampak aku selalu kata baru balik fashion show.”
“Kau ingat orang tua-tua tu nak mengorat kau ke? Diorang perli kau la. Kau je perasan cantik dengan pakaian kau ni,” kata Emy.
“Aik, apa masalah baju-baju aku ni?” Rosnah mula rasa pelik.
Pakaian kau ni punya la kau tak nak sama sampai kau buat sendiri, jahit sendiri baru pelik-pelik dah macam badut dah aku tengok. Kau je rasa ok. Orang lain nampak kau aneh.
Dari kau buat sendiri dan beli baju yang entah apa-apa tu, baik kau beli je baju dekat Butik Wanita Chantique ni.
Butik Wanita Chantique ni banyak pilihan pakaian dan pakaian nya selalu update. Tak adalah design 6 bulan lepas ada lagi dalam simpanan dan jual. Biasa 2-3 bulan kalau datang pasti ada design pakaian baru.
Butik pun selesa kalau masuk. Tak sesak berhimpit.
Korang kalau nak beli baju wanita, datanglah Butik Wanita Chantique ni dekat Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.
Memang banyak pilihan pakaian, termasuk seluar, blouse dan pelbagai pakaian lah. Saiz pun banyak ada. Harga memang berpatutan. Pakaian pun terhad untuk setiap design.
Boleh tengok dekat Instagram diorang: [link Instagram]
Atau boleh whatsapp untuk diorang bagi katalog pakaian: [link whatsapp]
“Jubake! Selama ni aku ingat orang nak mengorat aku. Mesti diorang ingat aku gila,” kata Rosnah sambil sumbat kepala celah sofa rumah.
Okeh. Jadi macamana? Menarik tak untuk dipraktikkan?
Sebenarnya ada banyak lagi contoh atau template yang boleh digunakan untuk mempromosikan produk yang anda jual. Di atas cuma dua contoh yang saya ambil daripada ebook panduan - 176 Template Story-Selling. Kalau tak silap saya, ada 44 niche disediakan merangkumi 4 teknik emosi yang berbeza.
Kalau rasa nak guna teknik ini untuk promosi produk anda secara online, terutama di media sosial .. bolehlah muat-turun template tu di sini - https://bukulali.onpay.my/order/form/TSSPL/97
Malah, lama-lama bila dah selalu praktik, anda akan ada kebolehan sendiri untuk cipta Story-Selling anda sendiri ikut kreativiti anda.
Story telling memang best untuk dibaca kerana banyak bermain dengan emosi
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.