Kuantan ialah ibu kota negeri Pahang yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandar ini terkenal dengan pantainya yang indah, air terjunnya yang menakjubkan, makanan tempatan yang unik serta kaya dengan budaya Melayu.

Di Kuantan, terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati bersama keluarga, rakan-rakan mahupun bersendirian. Bukan itu sahaja, pilihan tempat penginapan yang memenuhi cita rasa pun tidak kurang banyaknya..

Senarai 5 Hotel Popular Di Kuantan Untuk Percutian Singkat

Senarai Hotel Popular di Kuantan

Anda boleh rujuk senarai hotel Kuantan yang telah dikongsikan dibawah untuk memudahkan anda. Jadi, apabila berkunjung ke sini anda tidak perlu pening kepala lagi untuk cari hotel untuk ditempah..

1. Hyatt Regency Kuantan Resort

Sekiranya anda mempunyai bajet yang banyak, Hyatt Regency Kuantan Resort adalah pilihan yang terbaik. Harga terendah untuk satu malam bermula RM 518.63 untuk bilik Deluxe. Memang agak mahal namun dengan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan, harga tersebut sangat berbaloi!.

Hotel Popular Kuantan
Photo by Ajai Arif on Unsplash

Hotel mewah bertaraf 5 bintang ini terletak di Teluk Cempedak. Ia menawarkan penginapan menarik di hadapan pantai, namun dalam masa yang sama anda boleh bersiar-siar di bandar Kuantan dengan mudah kerana jaraknya yang dekat. .

Kemudahan seperti kolam (untuk dewasa & kanak-kanak), gym, games room dan sebagainya juga disediakan sekiranya anda berhajat untuk luangkan masa di kawasan hotel sahaja.

2. Zenith Kuantan

Walaupun bertaraf 5 bintang, hotel Zenith Kuantan ini menawarkan harga bilik yang jauh lebih murah berbanding beberapa hotel 5 bintang yang lain. Bermula dengan harga serendah RM 351 untuk satu malam, hotel ini memang berbaloi untuk dimasukkan ke dalam senarai pilihan anda. .

Hotel ini menawarkan bilik penginapan yang sesuai untuk percutian singkat di tengah-tengah bandar Kuantan. Apabila terletak di tengah-tengah bandar, sudah pasti ia sangat berdekatan dengan pusat beli belah serta pelbagai kemudahan lain seperti kedai makan, pawagam dan pelbagai lagi. Pengangkutan awam pun mudah nak dapat. .

Sekiranya anda bercuti bersama keluarga, anda boleh pilih bilik family suite dan interconnecting room. Ruang setiap bilik memang luas dengan dekorasi yang ringkas tetapi menarik. Anak-anak anda boleh bergerak dengan bebas dan selesa di dalam bilik.

3. Swissbell Kuantan

Hotel Swissbell Kuantan ini terletak di Jalan Tanjung Lumpur 1, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Dengan harga bermula serendah RM180 untuk satu malam, anda berpeluang untuk menikmati segala kemudahan yang disediakan di hotel ini. .

Bukan itu sahaja, nilai tambah terbesar menginap di hotel ini ialah, pemandangan yang ditawarkan dari tingkap bilik. Anda boleh menempah bilik dengan pemandangan laut ataupun pemandangan bandar Kuantan. Siap boleh nampak Sungai Kuantan lagi. Kalau dapat bilik yang bertuah, anda boleh melihat matahari terbenam menjelang senja dari tingkap bilik sahaja!.

Selain itu, jangan terkejut tau. Bilik-bilik di hotel ini memang luas. Kalau datang bercuti dengan keluarga atau rakan-rakan memang selesa. Kawasan sekitar hotel pun bersih dan staf-staf hotel semua sedia membantu.

4. Mega View Hotel

Sekiranya anda mencari hotel dengan harga yang berpatutan dan review yang baik, Mega View Hotel adalah pilihan yang tepat. .

Walaupun hotel ini tidak menyediakan fasiliti umum seperti kolam renang, gym dan sebagainya namun dengan harga bermula RM178 untuk semalam, ia sangat berbaloi untuk pengunjung yang ingin mencari tempat istirahat yang selesa semasa percutian di Kuantan. Dari segi keselesaan bilik, memang tiptop!.

Bukan itu sahaja, hotel ini juga menawarkan sarapan secara buffet dengan pelbagai pilihan makanan tempatan yang menggiurkan. Lokasinya juga sangat strategik kerana terletak di bandar Kuantan sekaligus menjadikan hotel ini pilihan yang sesuai untuk percutian singkat bersama keluarga.

5. Hotel Sentral Kuantan @ Riverview City Centre

Bermula dengan harga serendah RM 128 untuk satu malam, Hotel Sentral Kuantan @ Riverview City Centre ini menawarkan anda penginapan dengan lokasi strategik di tengah bandar Kuantan. Memang murah sangat untuk taraf hotel yang terletak tengah bandar!.

Setiap bilik hotel dilengkapi dengan kemudahan asas untuk memastikan keselesaan pengunjung. Dengan dekorasi bilik yang ringkas dan minimalis, ia sangat sesuai untuk pengunjung yang memerlukan tempat untuk berehat dan tidur dengan lena setelah menghabiskan masa sepanjang hari berada diluar hotel atau berjalan-jalan di sekitar bandar Kuantan.

Apa yang menarik di hotel ini adalah terdapat restoran terbuka di tingkat atas hotel yang menawarkan pemandangan bandar serta Sungai Kuantan yang memukau. Anda boleh jadikannya sebagai spot untuk mengambil gambar. Cantik!

Jom Tempah Sekarang!.

Rancang perjalanan anda dengan sebaiknya dan buat tempahan awal melalui laman web atau aplikasi Traveloka untuk dapatkan tawaran menarik. Mudah, cepat dan banyak penjimatan yang anda boleh rasai. Jom tempah sekarang!.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement