Buat kaki travel atau yang suka melancong ke luar negara, adalah sangat penting untuk menyemak status kebenaran ke luar negara atau mengetahui status perjalanan Imigresen ke luar negara. Semakan perlu dibuat beberapa minggu sebelum perjalanan agar sebarang masalah jika ada mampu diselesaikan dengan segera.

Ada banyak sebab seseorang itu mempunyai halangan untuk ke luar negara, antaranya arahan mahkamah, kegagalan membayar balik hutang pinjaman pendidikan PTPTN, kegagalan membayar cukai pendapatan, bankrap atau terlibat dengan kes jenayah.

Semak Status Kebenaran ke Luar Negara Online Imigresen

SSPI - Semak Status Halangan ke Luar Negara

Jika anda segan atau tidak berkesempatan pergi ke pejabat Imigresen, anda sebenarnya boleh semak status kebenaran ke luar negara online. Mudah. Hanya memerlukan nombor kad pengenalan anda untuk membuat semakan status - samada mempunyai halangan atau tidak untuk ke luar negara.

Seandainya status semakan 'Tiada Halangan', maka barulah anda boleh membuat permohonan untuk memperoleh atau memperbaharui pasport sedia-ada. Walaubagaimanapun, laman web semakan status ke luar negara SSPI ini tidak melaporkan secara terperinci seandainya anda disekat untuk ke luar negara.

Hubungi Imigresen Untuk Ketahu Punca Halangan

Jadi, jika anda kurang pasti sebab musabab anda dihalang untuk ke luar negara, anda perlulah menghubungi pihak Imigresen berdekatan.

Ada sesetengah kes boleh diselesaikan dengan segera dan halangan untuk ke luar negara akan dibatalkan secara serta-merta!

Untuk membuat semakan status kebenaran ke luar negara SSPI ini, anda boleh ke laman web rasmi Imigresen Malaysia atau menerusi link berikut:


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement