Mengenai Blog Ini

Blog HasrulHassan.com adalah sebuah blog peribadi dikendalikan secara 'one-man-show' oleh Encik Hasrul. Pemilik blog ini juga dikenali sebagai HH di kalangan blogger Malaysia. Malah, Encik Hasrul telah diberikan beberapa gelaran oleh penulis blog Malaysia, antaranya Pakar SEO Blogspot, dan juga Sifu Blogger Malaysia.

Pada Ogos 2010, blog ini diberikan nafas baharu dengan memiliki nama domain sendiri iaitu Hasrulhassan.com. Sebelumnya, url asal blog ini ialah hasrulhassan.blogspot.com

Dikenali Sebagai Sebuah Blog Panduan Untuk Blogger

Mengenai blog HasrulHassan.com

Sejak dari itu, blog ini sedikit demi sedikit semakin dikenali dalam dunia blog Malaysia sebagai Panduan Blogger dan nama HasrulHassan itu sendiri.

Dari segi sejarah kewujudannya, blog ini asalnya adalah sebuah blog peribadi berkaitan fotografi sebelum ianya menjadi sebuah blog niche berkaitan dunia blog Malaysia. Kemudian, pengisiannya ditambah dengan beberapa cerita berfakta menarik sehingga berjaya menambah jumlah pengikut di platform blogspot.

Dalami Ilmu Menulis Blog dan SEO

Disebabkan HH mempunyai minat terhadap teknik-teknik berblogging, akhirnya HH mendalami ilmu berkaitan Search Engine Optimization (SEO) secara online. Ilmu SEO adalah ilmu penting dalam menghasilkan sebuah blog yang mampu menandingi blog dan laman web yang berpengaruh di enjin carian.

Statistik Blog Terbaik

Selama beberapa tahun, banyak entri atau post dari blog HasrulHassan.com menduduki carta teratas enjin carian di Google, Yahoo dan juga Bing. Hasilnya, blog ini telah berjaya menjadi antara top 100 blog paling tinggi trafik menurut Ranking Alexa (MY) (pada bulan tertentu).


Top Sites in Malaysia

Atas kejayaan tersebut, HH telah menjadikan blog HasrulHassan.com sebagai sumber untuk membantu blogger Malaysia lain dalam memahami teknik SEO dan cara menulis blog yang betul. Dari situlah, HH mendapat gelaran sebagai Pakar SEO dan juga Sifu Blogger.

Sumber Rujukan dan Panduan Blogger Malaysia

Bukan itu sahaja, blog ini turut dijadikan sumber panduan untuk blogger Malaysia menjana pendapatan sampingan dengan menulis, samada menerusi penulisan berbentuk advertorial dan review, serta menjana komisen menerusi penulisan produk affiliate percuma.

HH turut berkongsi tips dan kaedah yang betul untuk menjana pendapatan menggunakan platform pengiklanan online seperti Google Adsense, Innity, H12, Geniee, Komli dan banyak lagi.

Setelah lebih 5 tahun berkongsi tips dan panduan untuk penulis blog Malaysia terutama yang masih baharu, HH mengambil keputusan untuk mengubah atau mempelbagaikan lagi pengisian di dalam blog.

Dikenali Pakar SEO Malaysia

Sebagai seorang penulis blog yang juga seorang House Husband sepenuh masa, HH telah menjenamakan blog HasrulHassan.com sebagai sebuah blog untuk House Husband Malaysia. Ia dipenuhkan dengan konten berkaitan pendidikan anak-anak, pengurusan rumahtangga, resepi memasak dan juga kerja di rumah.

Alhamdulillah, pengisian diterima baik malah turut mendapat perhatian daripada media massa arus perdana seperti RTM, TV3, Utusan Malaysia, Harakah dan Karangkraf.

Transformasi ke Sebuah Blog Gaya Hidup

Kini, pengisian blog lebih kepada konten berkaitan gaya hidup (lifestyle), kekeluargaan, percutian dan juga review ringkas berkaitan produk yang dibeli secara online. Pun begitu, tips berkaitan kerja di rumah, cara menambah pendapatan sebagai house husband dan tips menulis blog tetap dikekalkan sebagai konten di blog HasrulHassan.com.

Usia blog HasrulHassan.com bakal menghampiri 10 tahun. Sejak dari 2010, jumlah konten atau post di dalam blog telah mencapai lebih 10,000 posting malah ada di antaranya telah dipadamkan atas sebab-sebab tertentu.

Menerima Kerjasama Pengiklanan Pelbagai Pihak

Dengan pengalaman HH sebagai penulis blog sejak 2007 dan kelebihan yang ada pada blog ini, ia telah mendapat kepercayaan banyak pihak terutama pengiklan untuk menerbitkan artikel berbayar atau advertorial.

Antara agensi, syarikat dan jenama yang pernah bekerjasama dengan HH untuk menerbitkan artikel di blog ini:

  • Tourism Malaysia
  • Tourism Perak 
  • Projek Iqra'
  • Traveloka
  • UMW Toyota
  • Universiti Malaya
  • KLEzcar Rental
  • Shopee
  • Lazada
  • EzBuy
  • Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan KL
  • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
  • Yeo's Malaysia
  • Bangi Golf Resort
  • Best Western Hotel
  • Shangri-La Hotels and Resorts
  • ZTE Mobile
  • Homestay Muslimah Dungun
  • Printcious
  • CoolBlog
  • Zara Indonesia
  • Little Flower Hut Singapore
  • Acco Eureka KL
  • iPro Services and Repairs
  • Best Borneo Car Rental
  • MMSOS
  • Muslim Volunteer Malaysia 
  • Mamee Chef
  • Niaga Hoster Indonesia

Dan banyak lagi ....

Blog ini telah cukup matang dengan usia yang mencecah 10 tahun. Banyak pahit maung telah ditempuhi untuk memastikan blog ini terus menerima kunjungan pembaca setiap hari.

Usaha Untuk Mencapai Objektif

Semoga blog ini akan terus kekal 'bernyawa' dan mendapat sokongan dalam memastikan objektif utamanya tercapai iaitu memberikan sesuatu yang bermanfaat sehingga mampu memberikan perubahan positif dalam kehidupan dan seterusnya menjadikan ilmu pengetahuan sebagai teras dalam penghasilan konten bermutu.

Untuk rekod, blog ini telah menerima lebih daripada 31 juta pengunjung sejak 2010 (*benar setakat April 2020)

Terima kasih untuk semua yang terus memberikan sokongan kepada HH dan blog ini.
full-width