As-Salam.
Sejarah telah membuktikan bahawa satu ketika dahulu, negeri Perak merupakan antara negeri yang paling makmur di semenanjung emas ini. Ia sebuah negeri yang kaya dengan segala macam hasil bumi. Dan dari hasil bumi itulah, Perak berkembang dan menjadi negeri paling moden.
Malah, didapati ketamadunan pertama juga dijumpai di sini, penemuan Kota Tampan yang wujud 400K-800K sebelum tahun masehi. Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Roman. Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.
Tasik Kota Tampan. |
Perak menjadi negeri terkaya apabila bijih timah ditemui di Larut pada tahun l848 oleh Cik Long Jaafar. Kemudian, penanaman getah ... yang menjadikan Perak negeri pengeluar getah utama di dunia!
Dek kerana itulah, Inggeris telah berjaya 'menakluk' Perak dengan Perjanjian Pangkor 1874 yang menyaksikan Residen Inggeris Pertama bertapak di negeri Melayu.
Lalu, hasil kaya negeri Perak telah dieksploitasi sepenuhnya oleh Inggeris.
Salam
BalasPadamBanyak sejarah kena kaji lagi ini.
saya anak perak, :)
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.