As-Salam. Blogger, kalau dah lama sangat dalam dunia blog ni, dia akan dapat penyakit. Dan HH rasanya, dah terkena semua penyakit yang ada. Tak tahu samada dah betul sembuh atau belum. Anda boleh nilai sendiri kot... hehehe...

Ok, apakah penyakit gila seorang blogger? Benar wujudkah? Atau sekadar satu metafora untuk memperlihatkan sikap dan perangai blogger di dalam dunia blog? Jom lihat dan kemudian ...bandingkan dengan diri anda. Anda kan ke blogger? ..hehehe...

13 Penyakit Gila Seorang Blogger

  1. Gila Ping - Asyikkkk ping je sana sini.
  2. Gila Trafik - Kejar trafik sana-sini, suruh orang jenguk blog.
  3. Gila Update - Setiap sejam ada entri baru.
  4. Gila Layout - Cukup sebulan atau seminggu tukar layout baru.
  5. Gila Widget - Blog penuh dengan widget dan gadget.
  6. Gila Kontest - Entri 90 peratus adalah benda ni je.
  7. Gila Giveaway - Sarat blog dengan pelbagai giveaway.
  8. Gila Blogwalking - Blog pun jadi bersawang dah.
  9. Gila Duit - Penuh iklan dalam blog.
  10. Gila Copy-Paste - Sikit-skit nak copy-paste ... erkk.
  11. Gila Komen - Merata-rata tinggalkan komen.
  12. Gila SEO - Buat entri penuh kata kunci nak tarik trafik dari enjin carian.
  13. Gila Follower - I follow U once, U follow me twice.


Arggghh ..banyak benar penyakit gila yang dah HH alami ... nak kena buat medical check-up nih. Apapun, dalam dunia blog, pasti akan ada perkara yang selalu dan terlebih kita lakukan. Sampai ke satu tahap ia dikira melampau sampai merimaskan orang lain. 

Maka, bila tersedar akan kegilaan ini, cepat-cepatlah masak air panas dan rendam kaki bersama garam bukit, kasik segala toksik dan toksin keluar....hehehee

35 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ahahahaha...betol2.. tapi lagi lama dalam dunia blog, banyak kesilapan akan kita perbaiki dari semasa ke semasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... BW belum cukup gila lagi ni sbb baru berblogging. Tp nak try jadi gila no 10 la... nak C&P entri ni yer ;) moh kite ke buatwanita . Komen ni pun dah jadi gila no 11. hahaha

      Delete
  2. hahaha.. nak kena buat tu rendam kaki dalam air garam bukit tu..hehehe

    ReplyDelete
  3. haha betui2...ambik mc lah jwbnye

    ReplyDelete
  4. 14 : Gila blurr :p Takda idea dah nak tulis entry apa lagi, haha.

    ReplyDelete
  5. Salam...Sebagai blogger baru... Perkara2 di atas memang hampir kesemuanya biasa di lakukan sebagai usaha untuk menarik pembaca,trafik dan follower. Siapalah anda tanpanya. Lain lah kalau dah femes (alah dulu2 pun buat benda yg sama) Usaha tangga kejayaan tapi jangan follow yg no 10 tu dah ler... Etika harus di jaga.
    Selamat berbelog...teruskan kegilaan anda!

    ReplyDelete
  6. saya pun maybe tergolong dalam salah satu list gila.. hahaha acane ni.

    ReplyDelete
  7. Hehe..betul tu HH..kalau da namanya blogger..mesti akan ada paling kurang pun satu kegilaan drpd list ni..hehe

    ReplyDelete
  8. hahaha... macam terkena dah ni...

    ReplyDelete
  9. dasyat gila no 3 tu.. heheh

    ReplyDelete
  10. den 4, 8, 11, and 12..kih3...nombor 1 tu pun bila update artikel jer baru ping. tak dak new artikel so tak dak ler ping2 ni.

    ReplyDelete
  11. Hahaha...blogger pon ada penyakit gila yer. Tapi memang betul lah.

    ReplyDelete
  12. setuju. lagi lama jadi blogger buat kita pikir, apa kekdahnya yg selama ni aku buat kat blog. pastu blog pn sikit2 akan diperbaiki, diperbaharui. nikmat sebagai blogger selepas tu lebih syokkkk :D

    ReplyDelete
  13. wahhhhh... banyaknya gila.... heheheh...

    ReplyDelete
  14. hahaha...kemah keming

    ReplyDelete
  15. @0d8e715a0a3050f584347c0d3ec1b9bf:disqus ...ehhh seronok pulak dia .. huhuhuhuhu... hadiah SEO dah dapat ke? Lalalalala

    ReplyDelete
  16. @f74c3e2d5912b43321651746b21e3769:disqus ... ada sangkut kesemuanya ke?

    ReplyDelete
  17. Mak dara ni .. haishhh tu kategori kat mak dara sorang je .. orang lain tak leh ambik tu .. hehehehe...

    ReplyDelete
  18. Kalau boleh ambik MC .. lau tak boleh? Huhuhuhu

    ReplyDelete
  19. Marhaini abdul rahimJanuary 23, 2013 at 6:48 PM

    hahaha.. ye jgk kan dlm xsedar gilakah daku ? heheh

    ReplyDelete
  20. aq juga2 dah gila..... tolong2

    ReplyDelete
  21. saya baru buat blog utk bisnes...hurmmmm....camne nak org jenguk blog saya bila baca kat atas tu...dah buat kecut perut..hehehehe

    ReplyDelete
  22. Hmm memang ada .. semua kerja benda yang dibuat ada kegilaannya ..

    ReplyDelete
  23. HH pernah jadi gitu .. setiap jam mesti ada .. skang dah jarang2 dah .. masa awal2 blog ini dibuat, memang hh ambil masa untuk sediakan satu entri sejam. Simpan dan pastikan ia keluar setiap jam. Jenuh la skit tapi berbaloi. Bayangkan leh dapat sampai 3K UV sehari.

    ReplyDelete
  24. yeah tengah gila seo untuk jadi gila buat duit haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement